CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berlari Dengan Kesan Kelaran Dan Tangan Terikat

2-6-2014 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4787| Komen: 18

Description: Seorang Saksi, Zul Ismail Berkata, Mangsa Dilihat Berlari Sehingga Sampai Ke Sebuah Gerai Makanan Sambil Meminta Pertolongan Sebelum Mendakwa Mereka Dirompak Oleh Orang Yang Tidak Dikenali Semasa Bera ...
ALOR SETAR: Aksi dua pendatang asing mengundang kekecohan dan mengejutkan penduduk di Taman Seri Putera, Kuala Kedah, di sini malam tadi.

Seorang dilihat berlari dengan leher berdarah, manakala seorang lagi berlari dengan dua belah tangannya terikat di belakang.

Menurut saksi, kedua-dua pendatang asing itu yang dipercayai warga Bangladesh, berlari sejauh kira-kira 300 meter sebelum salah seorang daripada mereka rebah akibat pendarahan di bahagian leher.

Seorang saksi, Zul Ismail berkata, mangsa dilihat berlari sehingga sampai ke sebuah gerai makanan sambil meminta pertolongan sebelum mendakwa mereka dirompak oleh orang yang tidak dikenali semasa berada di dalam rumah.

Zul yang tinggal bersebelahan dengan rumah sewa mangsa itu berkata, ketika kejadian pada pukul 8.30 malam itu beliau sedang menonton siaran berita di televisyen sebelum dikejutkan dengan kekecohan di luar rumah.

“Masa kejadian tu saya sedang menonton televisyen, lepas itu anak saya dan isteri saya masuk memberitahu kata ada orang bergaduh. Saya keluar hendak tengok, tetapi mereka terus berlari, mereka terus lari dan jatuh di hadapan kedai itu.

"Dekat situlah saya lihat seorang itu luka, seorang lagi tangan dia terikat dia tidak buat apa-apa, tidak luka apa, dia cuma tolong kawannya itu” kata Zul.

Menurut Zul, kedua-dua lelaki itu yang berusia sekitar 30an itu kemudian kelihatan dibawa oleh sebuah ambulan ke hospital setengah jam kemudian.

Kedua-duanya dipercayai* baharu sebulan tinggal menyewa di taman perumahan itu.

Tinjauan wakil Astro AWANI ke rumah sewa lelaki terbabit mendapati pintu rumah mereka terbuka dan tiada penghuni di dalamnya.

Tiada sebarang tanda pergelutan berlaku dan terdapat sebilah pisau di atas pangkin rumah terbabit. Namun tiada langsung kesan darah ditemui.


5

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-5-2014 04:30 PM
woohoo..mcm mexico plak aku nengok nye
pakej lengkap
rogol, rompak, bunuh, kelar2
Quote mak_wa95 30-5-2014 04:31 PM
pendatang ni,macam2 hal...
Quote supernaturalee 30-5-2014 04:33 PM
setiap daerah kt msia ni pun ade je dorang
Quote sapp73 30-5-2014 04:33 PM
Diorang ni menambahkan statistik kes jenayah aje
Quote ResellerMaxis 30-5-2014 04:37 PM
mak_wa95 posted on 30-5-2014 04:31 PM
pendatang ni,macam2 hal...

tah-tah dia orang di rompak oleh orang malaysia..nasib baik ada dia orang..kalau x mesti jiran mereka yang warganegara malaysia tu yang diperlakukan macam ni..
Quote mak_wa95 30-5-2014 04:38 PM
ResellerMaxis posted on 30-5-2014 04:37 PM
tah-tah dia orang di rompak oleh orang malaysia..nasib baik ada dia orang..kalau x mesti jiran mer ...

perompak malaysia hat pakai uniform tu...
Quote pakwetizzaqyah 30-5-2014 04:40 PM
pelik2 je aloq setaq ni
Quote ResellerMaxis 30-5-2014 04:43 PM
mak_wa95 posted on 30-5-2014 04:38 PM
perompak malaysia hat pakai uniform tu...

betul gak tu..xpun yang menyamar pakai uniform..kalau perompak biasa di malaysia..mesti takut dengan warga asing..baik rompak orang malaysia jer..
Quote mak_wa95 30-5-2014 04:46 PM
ResellerMaxis posted on 30-5-2014 04:43 PM
betul gak tu..xpun yang menyamar pakai uniform..kalau perompak biasa di malaysia..mesti takut deng ...

pakai uniform tu sapa nak berani lawan..so xde darah2 ni..aman2 je...
Quote ResellerMaxis 30-5-2014 04:48 PM
mak_wa95 posted on 30-5-2014 04:46 PM
pakai uniform tu sapa nak berani lawan..so xde darah2 ni..aman2 je...

[youtube]DNQc7szVop0[/youtube]

ni berani lawan uniform..
Quote mak_wa95 30-5-2014 04:50 PM
ResellerMaxis posted on 30-5-2014 04:48 PM
ni berani lawan uniform..

keling mabuk todi..ramai berani...cuba kalau depa sorang..suara pun jadi kcik je..takut..
Quote tengokjerrr 30-5-2014 04:54 PM
malaysia dah mcm mexico .. errr betol la
Quote nagapompuan 30-5-2014 05:41 PM
Waduh. Bahaya oi
Quote kudajantan77 30-5-2014 06:00 PM
Nak selamat pi dok Pavillion la ....
Quote clarizsa 30-5-2014 06:18 PM
kesiannya kna rompak teruk ni ..
Quote ResellerMaxis 30-5-2014 06:45 PM
mak_wa95 posted on 30-5-2014 04:50 PM
keling mabuk todi..ramai berani...cuba kalau depa sorang..suara pun jadi kcik je..takut..

aku tengok video tu macaam dia sorang jer..rileks jer maki hamun polis tu..
Quote roblucci 30-5-2014 07:39 PM
pakwetizzaqyah posted on 30-5-2014 04:40 PM
pelik2 je aloq setaq ni

bukan pelxxq ka?
Quote mak_wa95 30-5-2014 08:04 PM
ResellerMaxis posted on 30-5-2014 06:45 PM
aku tengok video tu macaam dia sorang jer..rileks jer maki hamun polis tu..

hahahahaha..aku xbuka pun..terus komen je,,selalu keling macam tu...
kawasan dia kut..tu yang berani dok cabar polis...soh tanggal uniform..nak lawan..
pas2 menjerit la dalam lokup..menghalang penjawat awam bertugas..masak dia kat dalam..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.067549 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top