CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Iklan Tudung Fareeda Kini Di Badan Pesawat Firefly

23-6-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16656| Komen: 112

Description: Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basiron Berkata, Penglibatan Kali Pertama Syarikat Itu Dalam Pengiklanan Melalui Industri Penerbangan Bertujuan


PENGELUAR tudung Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memilih cara pengiklanan yang unik dengan mempromosikan produk keluaran syarikat itu pada badan pesawat milik Firefly Airlines (Firefly) bermula tahun ini.
       
Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basiron berkata, penglibatan kali pertama syarikat itu dalam pengiklanan melalui industri penerbangan bertujuan mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.
       
“Firefly sedang memperluaskan rangkaian (penerbangan) mereka jadi kami berharap kerjasama dengan Firefly ini akan meningkatkan perolehan Fareeda.
       
“Kerjasama ini akan berlangsung selama setahun tetapi kami berharap untuk meneruskannya (selepas itu). Kami percaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran iklan Fareeda pada badan pesawat ATR 72-600 Firefly di Subang, semalam.
       
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong, Pengasas Fareeda Faridah Zakaria, Pengarah Fareeda Mawar Abdul Karim dan Ketua Bahagian Pemasaran Fareeda Fizo Omar.
       
Menurut Aminuddin, promosi melalui Firefly itu diharap dapat menguar-uarkan jenama Fareeda sebelum syarikat itu membuka lebih banyak cawangan tahun ini termasuk di Terminal Skypark, Subang serta cawangan luar negaranya yang pertama di Brunei.
       
Ditanya sama ada Fareeda mempunyai rancangan untuk menjual tudung keluaran syarikat itu dalam penerbangan Firefly, Aminuddin berkata perkara itu masih dalam perbincangan.
       
Sementara itu, Ong berkata, iklan Fareeda pada badan pesawat Firefly hanyalah kerjasama permulaan dan kedua-dua syarikat merancang untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama pada masa depan.
       
“Fareeda ialah jenama tempatan dinamik dan berasaskan keluarga yang kini sangat berjaya, dan dari satu sudut ia serupa dengan Firefly,” katanya.
       
Ong dalam ucapannya sebelum itu berkata, Firefly sebagai syarikat tempatan menyokong sepenuhnya usaha syarikat tempatan lain untuk mencapai matlamat operasi dan komersil mereka.
       
Sementara itu, mengulas berhubung kesan kehilangan pesawat MH370 kepada Firefly yang merupakan anak syarikat Malaysia Airlines, Ong berkata secara umumnya terdapat sedikit kesan kepada keseluruhan industri penerbangan.
       
“Tetapi (industri) penerbangan komersil ialah industri yang sangat rancak jadi ia mengambil tempoh pendek untuk kembali pulih dan kami sudah melihat semula peningkatan penumpang (selepas insiden itu),” katanya.
       
Beliau juga berkata, Firefly menyasarkan jumlah penumpang 20 peratus lebih tinggi berbanding dua juta penumpang tahun lalu berdasarkan keupayaan Firefly merangsang permintaan pasaran selain memberi perkhidmatan di laluan kurang diterokai syarikat penerbangan lain.
       
Firefly yang kini memiliki 14 pesawat akan membuka dua laluan baharu dari Johor ke Ipoh dan Pulau Pinang ke Krabi, Thailand masing-masing bermula 15 September dan 16 September tahun ini.

18

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 21-6-2014 01:03 PM
kelazzzz.... banyak nau buget utk promosi fareeda neh....
Quote zorrro_03 21-6-2014 01:24 PM
Bagusss.
Quote TuntungReturn 21-6-2014 01:27 PM
tudung fareda x cntik.akak x bekenan ( duit takda mmg ckp cm ni)lol
Quote naina 21-6-2014 01:29 PM
pasni org luar negara mesti nk tercari2 tdung ni
Quote naina 21-6-2014 01:29 PM
pasni org luar negara mesti nk tercari2 tdung ni
Quote sayawifenikmie 21-6-2014 01:37 PM
TuntungReturn posted on 21-6-2014 01:27 PM
tudung fareda x cntik.akak x bekenan ( duit takda mmg ckp cm ni)lol


setuju ,, pada pandangan mata saya .. cantik jer ....

Quote beautifulliar 21-6-2014 01:57 PM
TuntungReturn posted on 21-6-2014 01:27 PM
tudung fareda x cntik.akak x bekenan ( duit takda mmg ckp cm ni)lol

Pd mata i pn tk cantik.
Sekali tgok persis cobra tgh mengembang goyang2 melilau kiri kanan mendesah.
2x tgok mcm kepala tutankhamun pun ada.tp tbe2 muncul lampu ultramen plk kt tgh2 tudung tu.
Apa la yg dibanggakan sgt bila dpt pkai serkup sebegini.
I ada duit pn mmg tkkn beli.lol.
Quote nebulagazer 21-6-2014 01:58 PM
Tmbh berdarahla mata aku
Quote satriastendet 21-6-2014 02:05 PM
Saya rasa cantik n ada identity n kualiti mmg terjamin.
Quote annehuda 21-6-2014 02:06 PM
seb baik aku tak penah naik firefly
Quote Dark_Vampire 21-6-2014 02:06 PM
beautifulliar posted on 21-6-2014 01:57 PM
Pd mata i pn tk cantik.
Sekali tgok persis cobra tgh mengembang goyang2 melilau kiri kanan mendes ...

ai pon x berape nak berkenan.....
Quote mizahanan 21-6-2014 02:10 PM
Tgk org pakai cantik , tp aku x teringin. Yg jenis mengembang mcm cicak koben tu, fareeda celup kot
Quote nana5788 21-6-2014 02:11 PM
Kelasss iklan fareeda... tp aku pun x berkenan dgn tdg fareeda.. ishh..jgn kata x cantik nnt meroyan fanatik fareeda
Quote rosasa 21-6-2014 02:15 PM
jadi muka mawar akan ada di badan kapal? wahhhhh....kerlast..siapa kata hari tu menyampah hari2 tengok kat billboard muka mawar, lepas ni tahan la rasa tengok muka dia kat awangan
Quote mattzzx 21-6-2014 02:25 PM
Bleh lah letak gambar Fizo sekali kott.......
Quote shernazz 21-6-2014 02:27 PM
Berkat muslimah bertunggu tangga..fareeda ke persada dunia
Quote SUHA 21-6-2014 02:31 PM
Sapa xsuka tgk paridah kat pireply...sila naik ayerasia ye pasni Last edited by SUHA on 21-6-2014 02:32 PM

Quote lasagnaklcc 21-6-2014 02:49 PM
Tak lama lagi dia sponsor tudung kat stewardess AA plak
Quote batman_2007 21-6-2014 02:59 PM
Mengata la lagi..
Makin maju ada la

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.077602 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top