CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minuman, Buah-Buahan Potong Naik Harga

26-6-2014 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24491| Komen: 143

Description: Segelas Air Kelapa Dan Air Tebu Yang Sebelum Ini Dijual Pada Harga Rm1.50 Dinaikkan Sebanyak 20 Sen, Air Oren Atau Air Sirap Pula Pada Harga Rm1.20.
Cuaca panas yang melanda negara sejak dua minggu lalu telah menyebabkan harga minuman dan buah-buahan potong yang dijual oleh penjaja naik antara 10 sen hingga 50 sen.

Segelas air kelapa dan air tebu yang sebelum ini dijual pada harga RM1.50 dinaikkan sebanyak 20 sen, air oren atau air sirap pula pada harga RM1.20.

Pelbagai air minuman bergas pula RM1.30 dan air jus yang sebelum ini dijual pada harga RM2 secawan dinaikkan kepada RM2.20, sementara air soya pula yang dijual RM1.20 sebelum ini, naik kepada RM1.30.


Seorang penjaja air di pasar Ampang berkata, harga kelapa dinaikkan oleh pembekal, lantaran itu taukehnya terpaksa menaikkan harga air kelapa.

Kata pekerja Indonesia yang dipanggil Sudi itu, meskipun harga air kelapa meningkat namun permintaannya cukup tinggi.

Beliau yang berniaga daripada pukul 8 pagi hingga 3 petang berkata, setiap hari kedainya menjual kira-kira 200 gelas air kelapa, tidak termasuk air limau, air cincau dan air tebu.

"Berbanding air tebu, air kelapa paling banyak dijual," katanya.

Sudi mengakui pendapatan warung airnya bertambah sejak musim panas, maka taukehnya juga perlu mendapatkan bekalan buah kelapa dan air pada jumlah yang banyak setiap hari.

Sementara itu, seorang peniaga buah-buahan di Jalan Raja Chulan pula mendakwa harga buah-buahan naik sejak kebelakangan ini, mendorong beliau menaikkan harga buah-buahan.

Uncle Wong yang berniaga buah-buahan di Jalan Raja Chulan sejak 10 tahun lalu berkata, harga buah-buahan naik 50 sen hingga RM1.50 sekilogram.

Antara buah-buahan yang naik ialah nenas, betik, sengkuang Cina, mangga, ciku dan tembikai.

Kenaikan itu menyebabkan beliau menjual buah nenas, sengkuang cina dan betik pada harga RM1.50, tembikai RM1.20 dan buah mangga RM2.

"Bukan buah-buahan tempatan sahaja yang naik, buah epel, buah oren pun naik juga," katanya sambil mengeluh kerana kenaikan harga buah-buahan itu menyukarkannya.

Beliau mengaku susah hati setiap kali harga barangan naik kerana menyebabkan jualannya terjejas.

"Lima tahun dulu, saya jual buah 70 sen atau 80 sen, ramai pekerja pejabat yang lalu lalang di sini beli banyak. Tetapi sekarang mereka beli, tapi sedikit.

"Mereka pun bising kalau saya naik harga. Ada pelanggan kata harga buah-buahan saya sudah sama dengan harga di gedung membeli-belah tapi saya pun kena naikkan juga sebab saya beli pun mahal," ujarnya.

5

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 25-6-2014 11:36 PM
panas2 pekena cendol.fuuuhhhh..betapa nikmatnya...
Quote Acong_II 25-6-2014 11:36 PM
ptg tadi minum fresh oren & ABC....... RM5 jer...... takde laa mahal sgt kan?
Quote gnote_2 26-6-2014 12:10 AM
Acong_II posted on 25-6-2014 11:36 PM
ptg tadi minum fresh oren & ABC....... RM5 jer...... takde laa mahal sgt kan?

ABC ade aiskrem ke x.. mahal tuu
Quote CiliPadiSedap 26-6-2014 12:54 AM
Acong_II posted on 25-6-2014 11:36 PM
ptg tadi minum fresh oren & ABC....... RM5 jer...... takde laa mahal sgt kan?

murah tu. air fresh oren.

makan kt mana acong?

kalau kt tmpat akak. rm 7 mmg sendawa 5 kali akak.
Quote courtney_xo 26-6-2014 01:40 AM
Tembikai lani 0.90-1.00rm sekilo. Sebijik beso dapatla rm3-5 gitu... Kalau sepotong jual 1.20, kira dh byk untung tu....
Quote Acong_II 26-6-2014 01:43 AM
CiliPadiSedap posted on 26-6-2014 12:54 AM
murah tu. air fresh oren.

makan kt mana acong?

kat warung tepi longkang
Quote Acong_II 26-6-2014 01:43 AM
gnote_2 posted on 26-6-2014 12:10 AM
ABC ade aiskrem ke x.. mahal tuu

xde      
Quote Acong_II 26-6-2014 01:44 AM
panas2 nie minum slurpee 7e
Quote 5229 26-6-2014 01:45 AM
jeles ngn orang kg..panas ada byk pokok..nk buah pon banyakk..takat nk mintak tembikai sebijik kt jiran xdehal..
Quote CiliPadiSedap 26-6-2014 01:57 AM
5229 posted on 26-6-2014 01:45 AM
jeles ngn orang kg..panas ada byk pokok..nk buah pon banyakk..takat nk mintak tembikai sebijik kt ji ...

buah tembikai bukan tanam cm pokok ubi. tembikai banyak kt kedah.

belah2 sini mana ada.
Quote Czaziq 26-6-2014 05:53 AM
kat area bukit jelutong industrial
area shah alam aku beli nasi ayam 3 bungkus n air mango 4 bungkus rm19. huhu hepi aku semalam. air mango fresh rm1 lak tu sebungkus. ada tembikai honeydew jugak pun rm1. buahan2 potong xtau bape rm sebab x beli.
Quote FanTasyCreaTioN 26-6-2014 06:09 AM
Acong_II posted on 25-6-2014 11:36 PM
ptg tadi minum fresh oren & ABC....... RM5 jer...... takde laa mahal sgt kan?

murah sangat2 dah tu bang Acong
sini fresh oren ja dah rm5
belom nak tambah ABC tu

Quote NHolmes 26-6-2014 06:46 AM
Sila tanam buah2an sendiri
Tak payah beli :lol
Quote NHolmes 26-6-2014 06:46 AM
FanTasyCreaTioN posted on 26-6-2014 06:09 AM
murah sangat2 dah tu bang Acong
sini fresh oren ja dah rm5
belom nak tambah ABC tu
...

Hi
Sedapnye sebut ABC
Quote FanTasyCreaTioN 26-6-2014 06:55 AM
NHolmes posted on 26-6-2014 06:46 AM
Hi
Sedapnye sebut ABC

morning yang

kita suka bubur buang panas time panas2 gni







Quote nurul_akmar 26-6-2014 07:00 AM
kalau panas2 kena air kosong pon cukup nikmat
Quote NHolmes 26-6-2014 07:00 AM
FanTasyCreaTioN posted on 26-6-2014 06:55 AM
morning yang

kita suka bubur buang panas time panas2 gni

Buang tu apa? Sedap sangatlah tu sampai tertumpah2 hehehe
Quote FanTasyCreaTioN 26-6-2014 07:05 AM
NHolmes posted on 26-6-2014 07:00 AM
Buang tu apa? Sedap sangatlah tu sampai tertumpah2 hehehe

tu nama dier yang haha

bubur buang panas

kat saner takde .. kot?

bawah ni pun paberet kalau musim panas atau masa demam



ais krim soda atau ada orang panggil oren bodoh
haha jangan tanya .. kita pun tak tau awat jadi nama tu




Quote FanTasyCreaTioN 26-6-2014 07:10 AM
nurul_akmar posted on 26-6-2014 07:00 AM
kalau panas2 kena air kosong pon cukup nikmat

ha`ah kan..
kadang minum2 benda ni semua boleh buat makin haus

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070191 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top