CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa

1-7-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17552| Komen: 90

Description: “Ramai Kawan Saya Bertanya Tentang Amalan Berpuasa Dan Kenapa Saya Berpuasa? Mereka Semua Pelik, Ketika Saya Menunggu Waktu Berbuka Di Sebuah Restoran Di Taiwan, Beberapa Pelayan Datang Bertanya Meng ...

Soo Wincci berkongsi gambarnya ketika berbuka puasa sendirian di Taiwan.


PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

"Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.

10

Bagus
6

Marah
25

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 30-6-2014 02:11 PM
ok la tu...sambil2 leh jaga kesihatan walau pon dia bukan muslim..

amalan yg bagus tuh kan SWC
Quote kaki_palsu 30-6-2014 02:16 PM
bagus SWC ni.. mmg minat dia dri masterchef lagi..
Quote gadogado 30-6-2014 02:37 PM
rajin nau dia ni
Quote elamor 30-6-2014 02:47 PM
kagum jap.. tahun ke-3 pulak tuh
Quote achicha 30-6-2014 02:48 PM
bagus soo wincci. Harap2 lepas tu dapat hidayah masuk islam
Quote zila_hakimie 30-6-2014 02:57 PM
moga dia msk Islam...
Quote lululun 30-6-2014 03:02 PM
wow... dah 3 tahun. hebat hebat. tp mmg ramai pun tahu kebaikan puasa sebulan nih
Quote user2012 30-6-2014 03:09 PM
Harap2 kalau sheolls nk msk Islam nanti xkecoh2 mcm sorang lagi.
Quote alesandra 30-6-2014 03:10 PM
umat islam yg maleh nak puasa dan solat kat oberc patut malu la kat ahso neh.siap alert waktu subuh.kdg2 org islam usahkan solat mana arah kiblat pun tak tau dan malas nak cari
Quote hzln 30-6-2014 03:17 PM
apalah minah nih gigih posa kat taiwan, sentap tau golongan istana juga vvip yg asal masuk bulan posa ajer gi buat umroh ke london paris new york, bila raya dia yg terlebih beraya banding dgn orang lain walopun posa nan hado
Quote biggirlduncry 30-6-2014 03:28 PM
dia puasa...buka puasa mkn apa? bak kut teh ka??
Quote blackred99 30-6-2014 03:35 PM
org kita pun tau waktu Subuh dgn Maghrib waktu bulan pose je.
Quote Cik_Andak 30-6-2014 03:36 PM
Teruskan usaha mu Soo Wincci....
Cik suka dia dlm Masterchef...
Quote sepiITUindah 30-6-2014 03:43 PM
kalau org taiwan pelik soo wincci puasa
aku pelik tengok ada umat islam kat mesia tak puasa tanpa keuzuran
Quote lolali 30-6-2014 03:45 PM
sepiITUindah posted on 30-6-2014 03:43 PM
kalau org taiwan pelik soo wincci puasa
aku pelik tengok ada umat islam kat mesia tak puasa tanpa k ...

hoho terbaikk!
Quote solstice 30-6-2014 03:49 PM
Ok lah
Anggap sbg diet & natural detox
Agama lain pon ada puasa
Tp lain caranya
Ada yg minum air jer
Bukan satu amalan yg pelik
Cuma zaman moden ni penganut agama lain pon dah x folo amalan puasa depa kut

Tp kuat semangat minah ni
Org Islam pon ramai ponteng
Dan malas bangun sahur
Quote Vellfire 30-6-2014 03:55 PM
aku suka dia ni
dia tau manfaat dan khasiat berpuasa
Quote star_anisse 30-6-2014 03:59 PM
doakan yg terbaik utk soo wincci..
Quote chickenwing 30-6-2014 04:02 PM
bagus dijadikan contoh untuk warga2 Melayu Islam yang malashhhh nk pose...asal bulan pose je sakit.....asal sakit je mesti bulan pose

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.091033 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top