CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bini Awie Tulang Rusuk Retak, Nyaris Pekak

16-7-2014 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 47551| Komen: 194

Description: “Tulang Hidung Ina Retak Dan Masih Lagi Membengkak. Ia Menyebabkan Hidung Sebelah Kanan Ina Akan Mengalami Halangan Atau Akan Mudah Tersumbat. Doktor Kata Ia Akan Ambil Masa Tiga Bulan Untuk Pulih. T ...
Isteri Awie Dakwa Tulang Rusuk Retak, Nyaris Pekak


Selepas spekulasi demi spekulasi timbul akhirnya isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan beliau berhubung insiden hitam dalam rumah tangga beliau bersama penyanyi itu.

Dalam temubual bersama mStar Online hari ini, Rozana tidak banyak bercakap tentang insiden pukul yang kini sudah menjadi kes mahkamah tetapi lebih kepada perasaan beliau sebagai ibu yang dihalang untuk berjumpa dengan anak anaknya oleh Awie sendiri.

Rozana mendakwa beliau keluar daripada kediaman mereka dua minggu selepas kejadian hitam itu berlaku kerana mengalami trauma dan kesakitan fizikal namun awal awal lagi sudah dipesan oleh Awie supaya tidak berebut anak.

“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat”

“Tetapi Ina terpaksa teruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina,” jelasnya.

Rozana juga berkata yang Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 kepada pihak sekolah anak anaknya agar tidak membenarkan beliau menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

Alami Kecederaan Serius, Hampir Cederakan Paru Paru

Bercakap tentang kecederaan yang dialami, Rozana menambah yang doktor kini sedang berikan perhatian serius terhadap dua tulang rusuknya yang retak dan nyaris terkena paru paru selain kecederaan di wajah yang hampir menyebabkan dirinya pekak sebelah.

“Ina tak tipu, mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru”

“Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih. Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan”

“Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey,” ujarnya.

Mengakhiri perbualan, Rozana menambah yang beliau bimbangkan persiapan raya anak anak & tidak sesekali menyimpan dendam terhadap suaminya, Awie.

17

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 16-7-2014 10:11 AM
semakin serious ni kes
Quote tigerads 16-7-2014 10:13 AM
dakwa dia...

medical report?? gambar x-ray paling koman??

xtau nak caya sapa....tunggu n lihat saja
Quote cikdot 16-7-2014 10:14 AM
bini dah bagi statement pulak..haih
Quote SirihPinang 16-7-2014 10:16 AM
makin serius plak kecederaan dia
Quote iena_jr 16-7-2014 10:17 AM
masing2 nak lawan2 statement
Quote maxim 16-7-2014 10:18 AM
Dah ada la kt benang satu lg
Quote senahsanasini 16-7-2014 10:21 AM
Mengakhiri perbualan, Rozana menambah yang beliau bimbangkan persiapan raya anak anak & tidak sesekali menyimpan dendam terhadap suaminya, Awie.


Perghh tak dendamm..
Quote znuyul 16-7-2014 10:24 AM
napa xboleh berebut anak lak??\
ape2 pun hak penjagaan hak ibu tau
kecuali ada kes2 tertentu
Quote ninjago 16-7-2014 10:24 AM
Apa yg dahsyat sgt dia kena belasah nie.. msti ada wat salah besar nie..
Quote zacrin 16-7-2014 10:28 AM
ni betul2 punya belasah ni..dah mmg laki ko tu kaki pukul mendapatlah
Quote kakasotong 16-7-2014 10:30 AM
Rozana?? Ina??? Huu jauh gak bunyi nama panggilan dr nama sebenar.

Semoga baik2 jahh sheols ni. Teruk btul dilunyaikan abang long kawasan sawie.
Quote jula7 16-7-2014 10:32 AM
nape reporter tu tak tanya pasal curi duit tu?
Quote mizz_fatyn 16-7-2014 10:33 AM
konfius dah nak caya yg mane 1
Quote kakasotong 16-7-2014 10:33 AM
iena_jr posted on 16-7-2014 10:17 AM
masing2 nak lawan2 statement

Oooo sawie ade statement jgak ke?? Setahu iols heols xde bukak citer pn psl kes ni. Yg iols tgk pihak rozana yg byk kluarkan citer.
Quote reenz013 16-7-2014 10:36 AM
ermm serius sgt ni
Quote CrowneGlory 16-7-2014 10:42 AM
Macik punk goth ckp rozana boleh lg jejln g klcc lps kena pukul... Takkan la rusuk retak bole jln2 lg
Quote myralolx92 16-7-2014 10:44 AM
reporter kadang kadang tak boleh percaya suka tmbh tmbh cte
Quote fifie_olin 16-7-2014 11:07 AM
brnded hbeg nya psl...abis muka pecah
Quote sayalala 16-7-2014 11:12 AM
mane satu betul ni

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.218145 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top