CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Di Tolak Selepas Kantoi Sudah Beristeri

15-8-2014 10:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9964| Komen: 59

Cinta Di Tolak Selepas Kantoi Sudah Beristeri


Kuala Lumpur: Gila bayang, Itu perumpamaan kepada seorang lelaki apabila tergamak membelasah bekas teman wanitanya selain memaksa memulangkan semula wang RM1,000 yang pernah dipinjamkan kepada wanita itu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut mengurung mangsa, 30 tahun, di dalam bilik tidur kediamannya di Wangsa Maju, di sini, dan memaksa dia menyerahkan wang diminta jika ingin dilepaskan.

Tindakan gila lelaki berusia 30-an itu disebabkan mangsa memutuskan hubungan dengannya apabila mengetahui statusnya yang masih suami orang sedangkan sebelum ini dia mendakwa masih bujang.

Akibatnya mangsa terpaksa menghubungi pihak polis yang datang tidak lama kemudian dan membebaskannya sementara suspek melarikan diri kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang ketika itu berada di dalam bilik tidur terkejut apabila bekas teman lelaki masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran.

“Mangsa pada mulanya menghalau lelaki itu beredar, namun gagal sebaliknya suspek merayu supaya menerimanya semula dan meneruskan hubungan mereka seperti biasa.

“Bagaimanapun dia enggan kerana tidak sanggup meneruskan hubungan itu kerana suspek sudah berkahwin,” katanya.

Sumber berkata, suspek tetap berusaha memujuk bekas kekasihnya, namun gagal menyebabkan dia terus memeluk mangsa menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Berang dengan tindakan mangsa suspek kemudian terus menampar muka wanita terbabit beberapa kali selain memulaskan tangan ke belakang.

Selepas gagal memujuk mangsa, suspek akhirnya mendesak dia membayar semula wang kononnya digunakan untuk menjelaskan sewa rumah sebanyak RM1,000.

“Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum dibebaskan dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

11

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nebulagazer 15-8-2014 07:52 AM
Bangsa apa ek
Quote sadiq_segaraga 15-8-2014 07:54 AM
memujuk dengan membelasah?
Quote gaara_X 15-8-2014 08:22 AM
i tak rela dimadukan.....
Quote haryatie 15-8-2014 08:31 AM
ramai sgt lelaki sewel...
xde BF @ xde suami..lagik senang..
ada pun belum tentu menyenangkan & membahagiakan..
drpd hidup dlm dilema baik sorang2..
xde apa yg nak dikongsi, xde apa yg nk direbutkan, xde apa yg nak difikirkan..
aman damai gitu...
Quote lavasyawal 15-8-2014 08:34 AM
haryatie posted on 15-8-2014 08:31 AM
ramai sgt lelaki sewel...
xde BF @ xde suami..lagik senang..
ada pun belum tentu menyenangkan & me ...

" ehhh..datang sorang aje...abang mana?"

lu jawab apa..??



Quote muo1202 15-8-2014 08:38 AM
ramai yg patut masuk zoo skrg nie...
Quote haryatie 15-8-2014 08:39 AM
lavasyawal posted on 15-8-2014 08:34 AM
" ehhh..datang sorang aje...abang mana?"

lu jawab apa..??

suka hati la nk jawab apa pun..bukan kena saman kalau jwb ntah apa2 pun..
kalau soal byk2 sgt..ckp je boleh boleh pinjam en. abg ko sekejap..


Quote ida88 15-8-2014 08:41 AM
So bini die dh tau belum prangai laki die yg sebenar
Quote reenz013 15-8-2014 08:53 AM
dh org xnk tu x fhm2 gak ke...
Quote kentel 15-8-2014 09:02 AM
hahaha....laki ni bipolar...
Quote Innrukia 15-8-2014 09:04 AM
Bagus pompuan ni, tak terlajak jauh dgn lelaki saiko...
Quote MengkuduMasam 15-8-2014 09:07 AM
apesal tajuk ade perkataan sex... dlm article tu xde mention pun...
Quote newyork 15-8-2014 09:07 AM
Payah betullll..
Quote batmana 15-8-2014 09:11 AM
Duk serumah ka ni
Quote otai_g 15-8-2014 09:23 AM
haryatie posted on 15-8-2014 08:39 AM
suka hati la nk jawab apa pun..bukan kena saman kalau jwb ntah apa2 pun..
kalau soal byk2 sgt..ck ...

kot yer pun awk ni masih belum laku lg jgn la sampai nak menolak perkahwinan.

nant betul2 jd hidup berseorangan smpi menopaus br tau...

berusaha dan berdoalah dipertemukan jodoh dgn lelaki yg baik..



Quote FlowerGirl 15-8-2014 09:25 AM
haryatie posted on 15-8-2014 08:31 AM
ramai sgt lelaki sewel...
xde BF @ xde suami..lagik senang..
ada pun belum tentu menyenangkan & me ...

setuju!ahahaha
Quote brums08 15-8-2014 09:27 AM
Deret2 kak lunch buka topik ari nih.
Quote haryatie 15-8-2014 09:42 AM
otai_g posted on 15-8-2014 09:23 AM
kot yer pun awk ni masih belum laku lg jgn la sampai nak menolak perkahwinan.

nant betul2 jd hi ...

ada aku kesah..
kalau xde jodoh da...
segalanya da ada..laki je x de...
Quote prettyuglybabe 15-8-2014 10:30 AM
cam mana laki tu boleh senang-senang masuk rumah??

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061375 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top