CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara

5-9-2014 03:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7812| Komen: 3

Description: Tunku Abd.Rahman Telah Berpeluang Dan Diberi Penghormatan Oleh Pihak Pentadbiran Amerika Syarikat, Untuk Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, Iaitu Tugu Pahlawan Iwoji ...
Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara

Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara



Tugu Negara Dibom pada 26hb Ogos 1975



Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap satu berdiri di atas tubuh musuh-mush yang mati digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan British di Tanah Melayu.


Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.

Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.


Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.


Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir patung-patung gangsa ini.


Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).


Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).


Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.


Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.


2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zamzam2013 15-9-2014 08:13 AM
betullah... cerita Tanda Putra ada lakukan babak tugu negara kena bom...
Quote piao 15-9-2014 03:49 PM
Zamzam2013 posted on 15-9-2014 08:13 AM
betullah... cerita Tanda Putra ada lakukan babak tugu negara kena bom...

yes bnyk lagi kekejaman yang dilakukan kominis yg aku pun xtaw, ketua polis pun kna tmbak
Quote Zamzam2013 15-9-2014 04:02 PM
piao posted on 15-9-2014 03:49 PM
yes bnyk lagi kekejaman yang dilakukan kominis yg aku pun xtaw, ketua polis pun kna tmbak

masa menonton Tanda Putra tu rasa sakit hati tengok orang melayu di perkotak katikkan... teruk rupanya pengorbanan pemimpin negara kita di zaman itu... sanggup rahsiakan sakitnya sbb tak nak orang melayu lemah semangat

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.117308 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top