CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Edisi Seram : Penunggu tagih darah di Jalan Raya

22-5-2013 02:50 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 15848| Komen: 81

Description: Penunggu KM 20.6 tagih darah? 22 Mei 2013 KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, nam ...
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
22 Mei 2013                             


   
KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu?
Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.
        
Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.
   
Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.
        
Anggap kawasan puaka
        
KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka. Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.
        
“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
        
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
        
"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak
        
Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.
        
“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.
        
"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.
        
Masih jadi tanda tanya
        
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.
        
Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas. Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa. Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.
        
Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
        
Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.   
            
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

      
                                                                                       
                                                                KM 20.6 sering mengundang maut.                                                               
                                                                                       
                                                                Kedua-dua mangsa maut di KM 20.6.                                                               
                                                                                        
                                                                Kedua-dua mangsa terbunuh di tempat kejadian.                                                               
                                                                                           
                                                                Motosikal salah seorang mangsa hancur setelah dirempuh suspek.                                                               
                                                                                           
                                            Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Kulim.                                                            


Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_rambutan 22-5-2013 11:54 AM
ada manager inggeris la pulak.... takleh nak hentam melayu pprt percaya antu la camnih
Quote little_sis 22-5-2013 11:56 AM
jln tu lurus je, tp boleh eksiden.. skerinya ku baca psl makhluk separuh badan merangkak..
Quote noor2 22-5-2013 11:57 AM
betui ke....
Quote shizukachan 22-5-2013 11:57 AM
Kalau dah ajal mereka disitu
Quote the_killer 22-5-2013 11:58 AM
setan juga dipersalahkan
Quote tebuanharimau 22-5-2013 12:01 PM
skali skala Sinar Harian buat artikel citer antu seram gak
Quote the_killer 22-5-2013 12:02 PM
ini semua salah hantu kata mak cik felda kampung bangau bunting
Quote tebuanharimau 22-5-2013 12:03 PM
cmf_rambutan posted on 22-5-2013 11:54 AM
ada manager inggeris la pulak.... takleh nak hentam melayu pprt percaya antu la camnih

Mat Saleh pun leka tgk antu sampai lupa fokus bwk kereta
Quote tebuanharimau 22-5-2013 12:03 PM
noor2 posted on 22-5-2013 11:57 AM
betui ke....

kaka slalu lalu sini ka?
Quote harimau76 22-5-2013 12:28 PM
blum pernah dengar cerita drp mangsa yg survive.. cuma pernah dengar tentang byk kemalangan yg berlaku di situ..
Quote ren0_0 22-5-2013 12:45 PM
kenapa gambar 1st ada divider dan gambar last tiada divider & kiri kanan kelapa sawit?

gambar 1st & 2nd okay. tapi gambar ketiga tepi highway ada pintu pagar rumah?

gambar kelima kiri kanan kelapa sawit?
Quote tebuanharimau 22-5-2013 12:48 PM
ren0_0 posted on 22-5-2013 12:45 PM
kenapa gambar 1st ada divider dan gambar last tiada divider & kiri kanan kelapa sawit?

gambar 1st ...

Wartawan ni letak pic kemalangan di sekitar Kulim rasanya bukan spesifik kat Highway tu je kot..
Quote mute 22-5-2013 12:51 PM
Quote abdulariff 22-5-2013 12:51 PM
tebuanharimau posted on 22-5-2013 12:03 PM
Mat Saleh pun leka tgk antu sampai lupa fokus bwk kereta

hebat mak saleh tu, rasanya kalau kita konpem dah pecut tapi beliau boleh tengok sampai leka
Quote tebuanharimau 22-5-2013 12:54 PM
abdulariff posted on 22-5-2013 12:51 PM
hebat mak saleh tu, rasanya kalau kita konpem dah pecut tapi beliau boleh tengok sampai leka

ye kot... dh mcm dalam citer antu plak.. nampak bayangan mcm ada antu lagi nak pergi cari mana antu tu bukan rasa takut ke hapa
Quote azharuchan 22-5-2013 12:55 PM
"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
wah..mat rempit sudah ada kuasa ajaib boleh meramal kejadian ka...
Quote noor2 22-5-2013 12:55 PM
tebuanharimau posted on 22-5-2013 12:03 PM
kaka slalu lalu sini ka?

x pernah sampai kedah nun pun
Quote tebuanharimau 22-5-2013 12:56 PM
azharuchan posted on 22-5-2013 12:55 PM
wah..mat rempit sudah ada kuasa ajaib boleh meramal kejadian ka...

adakah antu/penunggu  ni pernah jadi mat rempit juga
Quote batmana 22-5-2013 12:57 PM
JKR kene buat papan tanda baru

"AWAS KAWASAN BERHANTU"

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.111499 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top