CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pas Pengkhianat Tak Layak Jadi Exco Selangor

25-9-2014 02:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22657| Komen: 294

ZURAIDA - PAS PARTI PENGKHIANAT TAK PERLU BERI EXCO




Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berpendapat komposisi pembahagian kerusi Exco Selangor perlu dinilai semula kerana PAS dianggap khianat, tidak menyokong PKR dan DAP semasa krisis politik negeri itu.

“Saya secara peribadi berperdirian (bahawa) kerusi Exco perlu dinilai semula.


“Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku,” kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti hari ini, lapor KiniTV.

Astro AWANI turut melaporkan berdasarkan mesyuarat Biro Politik PKR semalam beberapa nama telah diketengahkan untuk menjawatan jawatan Exco.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan tersenarai dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali, lapor portal itu.


Sumber dalaman PKR memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik pada Selasa, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco kerajaan Selangor atas kapasitinya sebagai Ketua AMK.

Sementara Naib Presiden PKR, Nuruk Izzah Anwar pula mahu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dikekal sebagai exco kerajaan Selangor.

“Azmin dijangka akan menerima cadangan yang dikemukan oleh Anwar yang mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco atas kapasiti sebagai ketua AMK.

“Tetapi beliau (Azmin) tidak akan memilih Elizabeth sebaliknya akan melantik Adun Rawang, Gan Gan Pei Nei sebagai pengganti,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Selain Nik Nazmi, nama Adun Taman Medan, Haniza talha disebut-sebut akan mengisi jawatan exco menggantikan Rodziah Ismail makanala Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi akan dikekalkan.

Bagi jawatan exco mewakili kaum India, ramai yang menjangkakan Azmin akan melantik Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar tetapi tidak mustahil Adun DAP akan mengisi jawatan tersebut.

Ini kerana, Azmin mahu memberi peluang kepada DAP untuk menamakan calon exco mewakili kaum India dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

“Adun Kota Alam Shah, V. Ganabathirau berkemungkinan akan dipilih menjadi exco mewakili kaum India biarpun Xavier dikatakan orang kuat Azmin,” kata sumber itu lagi.

Dua penyokong setia Azmin, Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) tidak ada dalam senarai exco.

“Mungkin mereka akan diberikan jawatan lain,” kata sumber itu lagi.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arinieva 25-9-2014 09:35 AM
aku lak menyampah dgn sume lawak2 politik nie. Shame on you PR.
Quote magnus 25-9-2014 09:37 AM
Mokcik ni mmg jahat kan...
Quote crossfire 25-9-2014 09:39 AM
magnus posted on 25-9-2014 09:37 AM
Mokcik ni mmg jahat kan...

apalah nasib PAS di kala ini, lebih malang dari lebai malang ke sana kena, ke sini kena...

Quote magnus 25-9-2014 09:44 AM
Itulah..bukanla semua tak elok pas ni...tp yg elok tu sikit sgt kot....entahlaaa..kifarah mungkin..
Quote crossfire 25-9-2014 09:46 AM
magnus posted on 25-9-2014 09:44 AM
Itulah..bukanla semua tak elok pas ni...tp yg elok tu sikit sgt kot....entahlaaa..kifarah mungkin..

memetik The Star hari ini: Hadi nada merayu kpd Abam Jemin


PAS wants Azmin to keep exco four
   
Hadi sends request to new Selangor MB

RAZAK AHMAD [email protected]


PETALING JAYA: PAS is insisting that Selangor Mentri Besar Azmin Ali retain the party’s four executive council members despite DAP labelling them as traitors to Pakatan Rakyat.

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali confirmed that the party wanted Azmin to re-appoint the four in his new executive council line-up that would be sworn in tomorrow.

“Our president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, has already informed Azmin about this,” said Mustafa.

Hadi’s political secretary Dr Ahmad Samsuri Mokhtar confirmed that the party president informed Azmin yesterday about PAS’ stand but declined to give further details.

DAP secretary-general Lim Guan Eng had on Tuesday labelled the four PAS executive council members as traitors for remaining in the state government headed by Tan Sri Khalid Ibrahim following his sacking from PKR.

The four are state PAS commissioner and Cempaka assemblyman Iskandar Samad, Sallehen Mukhyi (Sabak), Dr Halimah Ali (Selat Klang) and Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang).

The previous line-up comprised 10 members - four from PAS, three from DAP and three from PKR.

Selangor DAP chief Tony Pua, when asked whether DAP wanted Azmin to retain the party’s three executive council members and not retain the four PAS representatives, said the matter was still being discussed.

Meanwhile, Universiti Sains Malaysia Assoc Prof Dr Sivamurugan Pandian said Azmin was in a no-win situation.

“If he appoints the four PAS exco members, it could anger DAP, but if he drops them then it could upset PAS,” he said.

He said failure to resolve the problem could result in the inter-party squabble spreading beyond Selangor to the national level.

Prof Jayum Jawan from Universiti Putra Malaysia said that according to convention, a mentri besar would ask political parties in the ruling coalition or group to nominate their respective executive council members.

However, he said Azmin did have some room to manoeuvre.

“Those from PAS whom he cannot appoint as exco members can still be appointed to non-political positions, such as heads of Selangor government-linked companies,” he added.


Quote kasmela 25-9-2014 09:49 AM
he he he! UMNGOK melopong!
Quote a_gen2 25-9-2014 09:50 AM
lantik aje Din Ayam jadi MB... tentu dia melompat2 suka..
Quote magnus 25-9-2014 09:50 AM
crossfire posted on 25-9-2014 09:46 AM
memetik The Star hari ini: Hadi nada merayu kpd Abam Jemin



Macam macam hal....
Quote ketum 25-9-2014 09:53 AM
kasmela posted on 25-9-2014 09:49 AM
he he he! UMNGOK melopong!

aku pun conpius dulu ada macai pas pis pus kata umno melopong tapi sebaliknya pulak hahaha
Quote amirgo 25-9-2014 10:02 AM
zuraida ni bodoh memanjang
Quote kasmela 25-9-2014 10:02 AM
ketum posted on 25-9-2014 09:53 AM
aku pun conpius dulu ada macai pas pis pus kata umno melopong tapi sebaliknya pulak hahaha

UMNGOK dah bayar lobai2 PIS tu. Tu pasal UMNGOK melopong! haha!

Konpius jgn tak konpius.
Quote Maideen. 25-9-2014 10:03 AM
magnus posted on 25-9-2014 09:37 AM
Mokcik ni mmg jahat kan...

Dulu Maideen anggap makcik ni okay lah juga... Tapi setelah membaca pendedahan mengenai dia, memang scary lah.....

Ini dia pendedahan yang mengubah persepsi Maideen itu:

http://theflyingkick.blogspot.co ... di-umpan-anwar.html
Quote ~anya~ 25-9-2014 10:04 AM
crossfire posted on 25-9-2014 09:39 AM
apalah nasib PAS di kala ini, lebih malang dari lebai malang  ke sana kena, ke sini kena...
...

Kan bang cross...
Kehulu kehilir disepak terajang.... anya kesian exco pas 4 orang tuh... :-( :-(
Quote kasmela 25-9-2014 10:06 AM
Maideen. posted on 25-9-2014 10:03 AM
Dulu Maideen anggap makcik ni okay lah juga... Tapi setelah membaca pendedahan mengenai dia, mem ...

EII! Takut!
Quote kasmela 25-9-2014 10:07 AM
amirgo posted on 25-9-2014 10:02 AM
zuraida ni bodoh memanjang

hahaha...PIS tak sokong calon MB dia katanya. Bila masa parti dia calonkan Jemin IC?
Quote ~anya~ 25-9-2014 10:07 AM
magnus posted on 25-9-2014 09:37 AM
Mokcik ni mmg jahat kan...

Hati dia sangat busuk...
Sudalah rupa burok.... sesiapa yang ada niat untuk lihat beyond her looks akan ngeri pula dengan keburukan hatinya...
Quote cmf_herrhughie 25-9-2014 10:07 AM
Hadi ular-ma hanya layak cium bontot umno saja, sila berambus la
Quote cmf_herrhughie 25-9-2014 10:08 AM
Good slap into pas pis pus face, sesiapa macai ular-ma tak puas, sila undi umno tuan ko next PRU, sila bla
Quote alesandra 25-9-2014 10:10 AM
tak setuju..jgn ikut cara politik bangsat umno ..politik balas dendam .cuma kalo azmin nak selamat amik exco pas yg bukan pro hadi.

Lihat semua komen(294)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066624 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top