CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Blog Halal Memukul Diri Ketika Sedih Dalam Islam

26-9-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4402| Komen: 13

Description: Beliau Berkata, Terdapat Juga Beberapa Entri (Tulisan) Di Dalam Blog Berkenaan Mengagungkan Pemimpin Syiah Seperti Entri ‘Menjawab Fitnah Terhadap Imam Khomeini’, ‘Memukul Diri Ketika Sedih Halal D ...
Blog Halal Memukul Diri Ketika Sedih Dalam Islam

Alor Setar: Pemimpin Syiah cuba menggunakan kelompok pendidik khususnya guru yang menjadi pengikut tegar untuk menerapkan nilai dan fahaman berkenaan dalam kalangan murid serta pelajar sekolah, sekali gus menarik mereka menyertai ajaran berkenaan.

  Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah Abdullah Din ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau menerima aduan dan maklumat mengenai segelintir guru cuba meracuni pemikiran pelajar dengan menerapkan nilai serta fahaman Syiah.

“Saya tak mempunyai data penuh mengenai dakwaan berkenaan, namun berdasarkan pemerhatian, memang ada kelompok guru khususnya yang mengajar Pendidikan Islam menganuti fahaman Syiah sekali gus dibimbangi akan mempengaruhi generasi muda.

“Ini bukan dakwaan liar. Maklumat yang diterima memang ada kebenarannya berdasarkan blog milik seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di negeri ini,” katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui di sini.

SEBAHAGIAN kandungan yang disiarkan dalam sebuah blog didakwa milik seorang guru.

ABDULLAH menunjukkan ciri-ciri Syiah yang wujud dalam blog.



  Abdullah berkata, blog guru berkenaan memaparkan beberapa ciri ajaran Syiah seperti mengkafirkan sahabat Nabi Muhamad SAW, iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab menerusi penulisannya.

  Beliau berkata, terdapat juga beberapa entri (tulisan) di dalam blog berkenaan mengagungkan pemimpin Syiah seperti entri ‘Menjawab Fitnah Terhadap Imam Khomeini’, ‘Memukul Diri Ketika Sedih Halal Dalam Islam’ dan senarai Imam 12.

“Ini jelas menunjukkan bahawa guru berkenaan mendokong ajaran terbabit kerana umum sedia maklum bahawa Imam Khomeini dijadikan simbol ketokohan pemimpin Syiah.

“Selain itu, entri yang mengulas bahawa memukul diri sendiri dibenarkan dalam Islam merujuk kepada hari kebesaran Syiah pada 10 Muharam. Pada hari berkenaan, pengikut Syiah akan mencederakan diri bagi meratapi kematian Saidina Ali.

“Bagi mereka, darah yang mengalir pada hari berkenaan begitu berharga di sisi Tuhan dan ini fahaman yang songsang dan kesesatan melampau,” katanya.

  Menurutnya, pihaknya bimbang jika perkara itu tidak dibanteras dengan segera mungkin lebih ramai generasi muda khususnya pelajar tersesat kerana terpengaruh dengan doktrin Syiah.

  Katanya, satu siasatan wajar dilaksanakan Kementerian Pendidikan bagi memastikan tiada tenaga pengajar mendokong ajaran Syiah kerana ia mampu menggugat akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya gesa pihak bertanggungjawab melakukan siasatan menyeluruh kerana bimbang pelajar akan terpengaruh dengan dakyah sesat Syiah. Mereka golongan yang perlu diberi perhatian kerana generasi muda inilah yang akan menyambung akidah Sunni.

“Saya turut mencadangkan seminar berhubung pendedahan kesesatan Syiah dilakukan di setiap sekolah bagi membolehkan mereka mengetahui fakta sebenar,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 26-9-2014 07:21 AM
Jadi penyelesaian nya ..? WujudkAn IS ?
Quote Al-Patih 27-9-2014 06:34 PM
Abdullah berkata, blog guru berkenaan memaparkan beberapa ciri ajaran Syiah seperti mengkafirkan sahabat Nabi Muhamad SAW, iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab menerusi penulisannya.

hebat betui ni...sampai sahabat Baginda kita ...bolih dikafirkan....macam mengatakan Baginda yang dikasihi kita .....bersahabat dengn orang kafir...benggung
Quote mommymonster82 27-9-2014 07:40 PM
Cikgu lagi....cek fakta dulu wartawan oi
Quote bangcak 27-9-2014 08:18 PM
Syiah nih golongan yg bencikan rasullullah.
Kat sini pon golongan yg dok perlekeh sunah nabi dan mentang hukum2 ajaran nabi dah wujud sejak dulu.
Quote akificha 27-9-2014 09:13 PM
astaghfirullahalazim...ya Allah..berilah hidayah kepada manusia sesat ini..
Quote Badut.Sarkas 27-9-2014 10:42 PM
Sunni vs syiah lagi ke
Quote tobby 27-9-2014 11:02 PM
bangcak posted on 27-9-2014 08:18 PM
Syiah nih golongan yg bencikan rasullullah.
Kat sini pon golongan yg dok perlekeh sunah nabi dan me ...

simpati2 syiah pun ada beberapa ekor kat sini.  ‘Memukul Diri Ketika Sedih Halal Dalam Islam’  ajaran hindu ka ni?
Quote Esmiria 28-9-2014 08:48 AM
the world is endinggg
Quote Maideen. 28-9-2014 09:46 AM
Kita haruslah kembali kepada ajaran Isle sebenerrrrr.........
Quote theotherfriend 28-9-2014 10:22 AM
Ikutlah jemaah yg besar. Sekian
Quote kerunai 28-9-2014 10:43 AM
Cek dulu wartawan woi.....bleh thn jugak putar alam puak2 wartawan cilako
Quote annehuda 28-9-2014 10:44 AM
gigihnye la org melayu malaysia ni nak jadi syiah. mcm perasan die ade darah kacukan belah2 arab sana
Quote DeMax 28-9-2014 11:02 AM
Badut.Sarkas posted on 27-9-2014 10:42 PM
Sunni vs syiah lagi ke

Umah Nasrani tepuk tangan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.253016 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top