CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Faizal Tahir kini semakin kurus

26-9-2014 03:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22584| Komen: 89

Description: Lima Cahaya Mata Faizal Iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, Dan Ahmad Rifa’Ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3, Dan Siti Nawar Malaeka, 1, Hasil Perkahwinannya Dengan Ister ...
Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif

Faizal Tahir akui kurus kerana sibuk urus anak.


PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.

Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.

"Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.

"Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3,  dan Siti Nawar Malaeka, 1,  hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan.

Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.

"Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan.

"Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja," ujarnya.


Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini.

Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.

"Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 26-9-2014 09:59 AM
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.
Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.

"Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.

"Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3,  dan Siti Nawar Malaeka, 1,  hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

jadahnya kejap lima kejap enam

Quote Suchi 26-9-2014 10:01 AM
brp ank faizal nih ye, kejap 5 kejap 6
rasanya baru 5 kan
Quote kejoraria 26-9-2014 10:04 AM
tp tak dinafikan menguruskan anak mmg buat kita letih dan kebarangkalian nk kurus tu mmg ada...nak2 klau anak2 tu aktif sesangat......
Quote rosmahisham 26-9-2014 10:06 AM
mgkn binik heols ngandung lg kot tu yg kira 6 hi hi
Quote arinieva 26-9-2014 10:07 AM
yg no 6 dlm perut kot
Quote fifie_olin 26-9-2014 10:08 AM
anak ramai kena la berkorban...kurus btl..
dh lama x nmpk dia perform..
xde masa...sibuk dgn anak2 jek
Quote kucen_miang 26-9-2014 10:09 AM
rosmahisham posted on 26-9-2014 10:06 AM
mgkn binik heols ngandung lg kot tu yg kira 6 hi hi

maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.


yg dalam perut pun kuat menendang. tp perut bini dia bukan dia.
Quote lylea 26-9-2014 10:10 AM
dia kata nk masuk 6.. bukan anak 6 orang.. salute la..boleh kurus..aku ni x kurus2..makin naik la plak:
Quote ellZack 26-9-2014 10:13 AM
maxim posted on 26-9-2014 09:59 AM
jadahnya kejap lima kejap enam

ada baby dalam perut kot.

Quote sheetRock 26-9-2014 10:18 AM
aku suke laki yg ramai anak...

ehhh

aku suke FT
Quote lancome 26-9-2014 10:28 AM
suka kat dia niiiiii
Quote zafira 26-9-2014 10:29 AM
wah tabik aku kat dia... ramai anak... susah nak cari lelaki yang nak anak ramai... moga2 berkekalan...
Quote melinda_kerr 26-9-2014 10:32 AM
Yeke sebab anak2. Tak kot. Mesti ade diet.
Quote encikWawad 26-9-2014 10:34 AM
kurus yensem la plop -okbaii
Quote helmeita 26-9-2014 10:34 AM
wow ..6... boleh lah ... banyak duit... kalu kita org biaasa.. ibu pun keje.. duit gaji abis kat pengasuh jer lah
Quote kaklehot 26-9-2014 10:35 AM
mesti berabuk anak2 FT speaking..
Quote putehkundor 26-9-2014 10:37 AM
Laki kurus Sgt tak elok la rupanya.....
Elok gi gym besarkan APA yg patut....
Mesti merembes FT bila body dah cantik kann
Quote aminsaniah 26-9-2014 10:38 AM
suami aku minat gila ngan FT.lagu FT yg mcm sampah pun dia kata sedap.tapi x bermakna suami aku sesuatu..heee
Quote washere2 26-9-2014 10:42 AM
Vocal FT dlm lagu Faith ciptaan dia & Mike Chan utk MH370 tu best...feat Jac (Malay version Percaya - Hazama, Dina)

Skang dia lebih fokus blkang tabir w his Faithful Music & Charity for GAZA

Tak gila glamour

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.068374 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top