CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pernikahan unik pasangan OKU

27-5-2013 10:14 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6400| Komen: 28

Description: Mohd Saiful Izzuan menyarungkan cincin di jari manis isterinya, Hamzuriatul Akmarina TAMPIN –Biarpun menggunakan bahasa isyarat, pasangan Mohd Saiful Izzuan Ahmad, 26, dan Hamzuriatul Akmarina Ham . ...

Mohd Saiful Izzuan menyarungkan cincin di jari manis isterinya, Hamzuriatul Akmarina

TAMPIN –  Biarpun menggunakan bahasa isyarat, pasangan Mohd Saiful Izzuan Ahmad, 26, dan Hamzuriatul Akmarina Hamdan, 24, selamat diijab kabul oleh Imam 2 Masjid Jamek Tengku Besar Tampin, Abdul Ghani Kaeh di Surau, Kompleks Kediaman Anggota Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini, semalam.

Mohd Saiful Izzuan menggunakan bahasa isyarat bagi melafazkan akad “Aku terima nikahnya, Hamzuriatul Akmarina dengan mas kahwin RM220 tunai”.

Acara akad nikah bagi pasangan kedua mempelai telah dibantu oleh adik pengantin perempuan, merangkap jurubahasa isyarat, Hamzuriatul Akmarinie Hamdan.

Pernikahan pasangan kedua mempelai yang masing-masing merupakan OKU cacat pendengaran dan bisu telah dianggap hadirin sebagai pernikahan unik sekali.

Bagi saksi Imam Satu, Masjid Tunku Besar Tampin, Ustaz Saiful Islam Dol Hamid, sejak beliau dilantik menjadi imam dan dilantik menjadi juru nikah sejak tiga tahun lalu, inilah kali pertama dirinya menikahkan OKU.

“Pernikahan ini amat unik sekali kerana kedua-dua pasangan ini tidak boleh bertutur dan mendengar apa yang dicakapkan ,melainkan menggunakan bahasa isyarat,” katanya.

Sementara itu, pengantin perempuan, Hamzuriatul Akmarina yang dibantu adiknya sebagai jurubahasa isyarat berkata, dia dan suami telah berkenalan sejak enam tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam.

“Kemudian kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti, Selayang, Selangor dalam jurusan penyediaan makanan dan pengurusan hotel,”

Pasangan itu bersyukur semuanya selamat dan berdoa agar hubungan ini berkekalan

6

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tuah_r 27-5-2013 09:53 AM
aku ada saudara yg pekak dan bisu, wife pon pekak dan bisu...

tp dieorg nie duduk area rumah parents dan adik beradik yg normal.so anak die boleh cakap mcm biasa.

kalau tinggal dgn parent die jer..dikhuatiri die lambat cakap/tak boleh cakap sebab parent pon tak cakap kan...

tp budak nie kalau cakap dgn parents auto bhasa isyarat..unik
Quote dualchicks 27-5-2013 09:54 AM
Islam itu INDAH ... Tahniah kedua pasangan mempelai hingga ke akhir hayat...
Quote gasing 27-5-2013 01:12 PM
semoga kekal ke akhir hayat..
Quote MissNigga 27-5-2013 01:16 PM
bestnya...
kalo gado gado laki bini pun diam jer.. tak bising...
Quote akubest 27-5-2013 01:25 PM
MissNigga posted on 27-5-2013 01:16 PM
bestnya...
kalo gado gado laki bini pun diam jer.. tak bising...

tak bising tak pe...
jangan terus bertumbuk jekkk hahahahhaa


Quote MissNigga 27-5-2013 01:27 PM
akubest posted on 27-5-2013 01:25 PM
tak bising tak pe...
jangan terus bertumbuk jekkk hahahahhaa

... pakai bahasa badan katanya...

talk with my hand ...
Quote kak_sue 27-5-2013 02:01 PM
MissNigga posted on 27-5-2013 01:16 PM
bestnya...
kalo gado gado laki bini pun diam jer.. tak bising...

Tak bising tapi tangan dorang pas pus pas pus....sign language. Kita boleh tau dorang gaduh! Akak penah nampak...tepranjat juga mula mula lihat.
Quote cmf_jeangrey 27-5-2013 02:11 PM
semoga berbahagia
Quote voiletiris 27-5-2013 02:23 PM
MissNigga posted on 27-5-2013 01:16 PM
bestnya...
kalo gado gado laki bini pun diam jer.. tak bising...

mulut memang tak bising tapi tgn kaki boleh tndang.tikam periuk belaga
Quote Slav 27-5-2013 03:22 PM
MissNigga posted on 27-5-2013 01:16 PM
bestnya...
kalo gado gado laki bini pun diam jer.. tak bising...

jgn lupa kaka nigga... time mencelop pun aman2 adja suasana nya..
Quote green_life26 27-5-2013 03:25 PM
Uh, terharu...
Quote seroja11 27-5-2013 03:42 PM
MissNigga posted on 27-5-2013 01:16 PM
bestnya...
kalo gado gado laki bini pun diam jer.. tak bising...

tau2 je bunyi pinggan mangkuk terbang...heheheh
Quote bbalik 27-5-2013 03:45 PM
tak bunyi sora tetiba dah lebam kene sepak...
Quote amyainsamad 27-5-2013 03:51 PM
cun gak pengantinnya.....thniah la
Quote tom2 27-5-2013 06:58 PM
ni saiful yang anuar tu kan? alhamdulillah, kawen ...
Quote MissNigga 27-5-2013 07:12 PM
kak_sue posted on 27-5-2013 02:01 PM
Tak bising tapi tangan dorang pas pus pas pus....sign language. Kita boleh tau dorang gaduh! Akak  ...



ala ala cam nak bersilat kekdahnya....
last last teruih bersilat
Quote MissNigga 27-5-2013 07:14 PM
voiletiris posted on 27-5-2013 02:23 PM
mulut memang tak bising tapi tgn kaki boleh tndang.tikam periuk belaga

sedangkan somi ister yang normal leh terbang gunting kena anak...
ni kan pulak yang pakai sign language nak bergado....zas zus zas zus tangan bergerak.. tak sedar tangan terpegang senduk sudu... mau melayang apa yang ada dalam tangan time tue ...
Quote MissNigga 27-5-2013 07:16 PM
kak_sue posted on 27-5-2013 02:01 PM
Tak bising tapi tangan dorang pas pus pas pus....sign language. Kita boleh tau dorang gaduh! Akak  ...

jgn.... ingat yang bisu ni tak leh kuarkan bunyi ker.....
tyme inzal... mau menghasilkan bunyi angin kuar dari tayar pancit jer.... shusssttttttttttttttttttttttttttttttt..... ahhhhhhh....
Quote voiletiris 27-5-2013 07:17 PM
anak aku ada classmate anak org oku..mak/pak dia buta. Dia normal .pintar lak tu.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070447 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top