CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengalaman jahit kepala mayat

27-5-2013 12:15 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4516| Komen: 16

Description: Daud menceritakan pengalaman yang begitu berharga dalam bidang ketenteraan. MESKIPUN tidak pernah terlibat dengan pertempuran menentang musuh negara, namun khidmat beliau sentiasa diperlukan ketika ...

Daud menceritakan pengalaman yang begitu berharga dalam bidang ketenteraan.

MESKIPUN tidak pernah terlibat dengan pertempuran menentang musuh negara, namun khidmat beliau sentiasa diperlukan ketika berada di medan pertempuran.

Masakan tidak, setiap pertempuran pasti akan mengundang kecederaan dan setiap kecederaan pastinya memerlukan rawatan secukupnya.

Ketika ada anggota yang tercedera dalam peperangan, beliau dan rakan sepasukan adalah orang yang bertanggungjawab merawat mangsa. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, siapakah ‘beliau’ itu dan apakah tugas-tugasnya.

Beliau yang dimaksudkan ialah Sarjan (B) Daud Ng Mat Nooh, 51, yang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak  tahun 1980, dalam Kor Kesihatan Diraja (KKD).

Berkhidmat sebagai anggota tentera selama 21 tahun, banyak pengalaman pahit manis yang pernah dilalui Daud terutamanya sepanjang bergelar Pembantu Pegawai Perubatan untuk KKD.

Pembantu Pegawai Perubatan merupakan satu daripada jawatan dalam ATM. Tugas utama mereka adalah untuk merawat anggota tentera dan juga keluarga anggota tentera di kawasan mereka ditugaskan.

Malah, khidmat mereka kadang kala diperlukan untuk merawat anggota yang tercedera dalam operasi menentang musuh negara seperti komunis dan pemberontak.

Peluru tembusi kepala

Menceritakan kisahnya, Daud tidak akan lupa pengalaman menjahit kepala mayat seorang anggota yang telah ditembak di bahagian mata sebelah kiri dalam operasi menentang komunis sekitar 1980-an.

“Masa itu ada operasi menentang komunis di Keroh, Gerik. Saya tunggu di pangkalan di Kalian Intan untuk "standby" bagi menjaga kesihatan anggota yang bertugas di situ.

“Pada suatu hari, jam 5 petang, ada anggota dapat telegram dari kampung yang memintanya pulang. Jadi, ada lima anggota perlu mengiringi anggota tersebut dari kawasan operasi ke pangkalan.

“Dalam perjalanan, mereka diserang hendap dan seorang anggota terkena tembakan di bahagian mata. Peluru itu menembusi kepalanya,” cerita Daud.

Tambahnya, apabila mayat tiba di pangkalan, beliau diarahkan untuk menjahit koyak di kepala mangsa.

“Sayu hati bila lihat rakan kita maut dengan cara sebegitu. Tapi itulah lumrah dan semangat anggota tentera, kami rela mati mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Sepanjang bertugas dalam KKD, Daud tidak banyak menyertai operasi menentang musuh negara sebaliknya beliau lebih banyak terlibat dengan misi menyelamat.

Helikopter bergegar

Antara misi yang masih segar dalam ingatan anak kelahiran Bota, Perak ini adalah misi menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam nahas kapal terbang di Sarawak.

Menurutnya, misi menyelamat itu turut disertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), namun tugasan yang diamanahkan kepada beliau pada waktu itu hampir meragut nyawanya dan rakan seangkatan lain.

“Masa itu, kami melakukan misi menyelamat menggunakan tali. Helikopter kami turun agak rendah kerana mangsa berada jauh di dalam gaung. Tiba-tiba, bilah helikopter terkena pokok.

“Helikopter terus bergoyang kuat. Saya memang takut masa itu. Memang saya fikir helikopter yang saya naik ini akan terhempas.

“Tapi juruterbang nekad untuk terbangkan juga helikopter itu sebab nak selamatkan tiga mangsa yang masih hidup. Dia (juruterbang) memang seorang yang berani,” ujarnya.

Nahas tersebut mengorbankan dua orang sementara tiga lagi mangsa yang masih hidup dibawa ke pekan Balaga untuk menerima rawatan lanjut. Mangsa yang masih hidup pula melecur teruk kerana terkena minyak dari kapal terbang yang terhempas itu.

“Semua mangsa dipercayai bukan warga Malaysia. Sedih bila lihat keadaan mereka. Badan mereka melecur teruk sebab kena minyak dari kapal terbang.

“Saya lihat ada seorang mangsa melecur bersandar di sebatang pokok. Bila badannya ditarik, kulitnya juga tercabut kerana melekat di pokok,”katanya.
Pendaratan cemas

Kisah Daud tidak berakhir di situ. Beliau dan rakan terpaksa melalui detik mencemaskan dalam perjalanan pulang ke pekan Balaga. Bilah helikopter yang bengkok teruk menyebabkan helikopter terbang dalam keadaan yang tidak stabil dan mungkin terhempas jika sebarang kesilapan berlaku pada masa itu.
“Masa kami terbang dari hutan untuk ke pekan Balaga, helikopter terbang dalam keadaan bergegar dan tak seimbang. Saya hanya berdoa sahaja pada masa itu, memohon supaya kami selamat sampai ke tempat yang dituju.

“Setelah 45 minit terbang, akhirnya kami tiba juga di Balaga. Lega sungguh rasanya bila helikopter berjaya mendarat,” katanya.

Daud menyifatkan pengalaman yang beliau tempuhi sepanjang bergelar anggota tentera merupakan pengalaman yang sangat bernilai dan akan terus berada dalam kotak fikirannya.

“Kerjaya sebagai anggota tentera bukanlah tugas yang mudah sebenarnya. Jadi janganlah anda memandang rendah kepada anggota tentera.

“Tanpa mereka, keselamatan dan kedaulatan negara akan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya mengakhiri perbualan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neymo 27-5-2013 11:49 AM
Ada pihak yang "sembang derasss" jer tu camno pulak? Lebih2 lagi yang tak pernah ada pengalaman jadi askar langsung tapi cakap macam askar & cakap askar tu berlakon... adoi...
Quote zorrro_03 27-5-2013 11:49 AM
pengkhianat saja yang tidak menghargai tentera.  sebab tu kami mendesak supaya kemudahan ketenteraan dijaga dan pada tahap terbaik. bukan lagi menggunakan heli buruk yang membunuh anggota keselamatan.  
Quote AbukRokok 28-5-2013 02:56 PM
helikopter xboleh terbang
kapal selam xboleh menyelam


xlama lagi boleh beli kapal selam terbaru dari spain...kapal selam xboleh timbul hehehehe
Quote starbee 28-5-2013 05:26 PM
kat LIMA langkawi bt pameran gempak2 tp peralatan penting macam helikopter, kapal terbang dgn kapal selam beli yg 2nd hand punyer... dah tau 2nd kualiti tak berapa baik buat pe beli... agak2 la nak jimat kos pon...
Quote SepupuBen10 28-5-2013 05:30 PM
neymo posted on 27-5-2013 11:49 AM
Ada pihak yang "sembang derasss" jer tu camno pulak? Lebih2 lagi yang tak pernah ada pengalaman jadi ...

siapa cakap askar berlakon? kelakarnya

yg aku paham, org cakap ini sandiwara saja
bukan sebutir2 semua ikut skrip
tapi pemain utamanya sahaja


Quote jasmeen 28-5-2013 09:15 PM
Kesian jugak kat askar kan...
Quote jasmeen 28-5-2013 09:16 PM
Kalau aku, memang x sanggup nak jadi askar, satu pasal training bawah panas, tu nak kene tidur kat hutan lagi...memang x selesa....terima kasih anggota keselamatan yg bertungkus lumus menjaga negara....semoga kalian seniasa dirahmati Allah....
Quote krukx 28-5-2013 09:20 PM
askar kita antara yg terbaik di dunia, tapi peralatan perang & senjata tak bagus. agak2 kalau Singapore serang Malaysia siapa yg menang?
Quote Peterpan17 29-5-2013 12:05 AM
Mcm mana penulis artikel ni kira tahun?? Jd askar sejak 1980 tp sepanjang pengalaman 21 thn jd askar? Klu sejak 1980 sepatutnya dah 33 thn jd askar.
Quote raxief 29-5-2013 12:26 AM
apsal masih ada lg yg ckp kapal selam tu 2nd hand? malas membaca ke ape
Quote gbam 29-5-2013 01:29 AM
Peterpan17 posted on 29-5-2013 12:05 AM
Mcm mana penulis artikel ni kira tahun?? Jd askar sejak 1980 tp sepanjang pengalaman 21 thn jd askar ...

tak kot, dia bersara pada tahun 2001, jadi betul la 21 tahun pengalaman jadi askar, 2001 sampai sekarang bukan lagi askar, tapi pencen
Quote Emrymama 29-5-2013 04:59 AM
askar servis 20 thn je..bukn mcm gov yg lain..sevis smpi umo 58 thn..sbb tu dia tulis berkhidmat 21 thn
Quote bbalik 29-5-2013 09:30 AM
Peterpan17 posted on 29-5-2013 12:05 AM
Mcm mana penulis artikel ni kira tahun?? Jd askar sejak 1980 tp sepanjang pengalaman 21 thn jd askar ...
Beliau yang dimaksudkan ialah Sarjan (B) Daud Ng Mat Nooh, 51, yang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak  tahun 1980, dalam Kor Kesihatan Diraja (KKD).


terang2 ada (B) - BERSARA...
Quote zalll 29-5-2013 09:33 AM
Forumer yg tue
tue x reti membaca kot.
Quote Peterpan17 29-5-2013 10:44 AM
bbalik posted on 29-5-2013 09:30 AM
terang2 ada (B) - BERSARA...

Aku tak faham maksud (B) tu. Kurang arif dlm hal2 title askar atau polis. Itu yg aku tanya.
Quote Peterpan17 29-5-2013 10:45 AM
gbam posted on 29-5-2013 01:29 AM
tak kot, dia bersara pada tahun 2001, jadi betul la 21 tahun pengalaman jadi askar, 2001 sampai se ...

Td ada budak bgtau (B) tu maksudnnya bersara. Maksudnnya dia dah bersara 2001. Awal gak eh dia bersara. Blm 55 thn .

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.082860 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top