CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Whatsapp : Perbaharui Pesanan Yang Dihantar Telah Dibaca

7-11-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27527| Komen: 202

Description: Alternatif Kami Ialah Tidak Melakukan Kemaskini Ke Versi 2.11.431. Tetapi Ingat Alasan “Maaf Saya Belum Kemaskini Whatsapp Saya” Hanya Boleh Dilakukan Hanya Sekali. Jadi Pandai-Pandailah Gunakan Tal ...

Whatsapp : Perbaharui Pesanan Yang Dihantar Telah Dibaca



WhatsApp
ialah aplikasi pemesejan paling popular di dunia. Kami sendiri menggunakannya untuk berhubung dengan teman dan saudara mara. Kemaskini terbaru untuk WhatsApp kini membolehkan anda melihat sama ada mesej yang dihantar sudah dibaca oleh penerima.

Kini, apabila anda menghantar mesej dan ia diterima penerima, dua tanda right akan diperlihatkan pada mesej, dan sekiranya ia dibaca, pihak WhatsApp akan memperlihatkan tanda berwarna biru.

Ini boleh dikatakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai, sekaligus membolehkan anda mengetahui yang mana mesej anda telah dibaca oleh penerima ataupun sebaliknya.

Sebelum ini WhatsApp hanya menunjukkan notifikasi mesej yang ditulis berjaya dihantar kepada penerima. Kini tiada lagi alasan “maaf sayang saya tak baca lagi mesej yang awak hantar” atau “maaf boss tak perasan mesej yang boss hantar tadi”. Sekiranya anda gemar berbohong menggunakan dua alasan di atas segeralah menggunakan aplikasi pemesejan percuma yang lain. Jika tidak tembelang akan pecah dan keharmonian perhubungan mungkin akan terganggu.

Alternatif kami ialah tidak melakukan kemaskini ke versi 2.11.431. Tetapi ingat alasan “maaf saya belum kemaskini WhatsApp saya” hanya boleh dilakukan hanya sekali. Jadi pandai-pandailah gunakan talian hayat ini.

Kemaskini baru ini hadir secara berperingkat untuk pengguna Android, BlackBerry, Windows Phone dan iOS seluruh dunia.

6

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 6-11-2014 11:21 PM
?
Quote olaoli 6-11-2014 11:30 PM
Tak de ponnn. Kuar dabel tick kelabu tu jua walhal sudah update whatsapp.
Quote myvios 6-11-2014 11:33 PM
olaoli posted on 6-11-2014 11:30 PM
Tak de ponnn. Kuar dabel tick kelabu tu jua walhal sudah update whatsapp.

maknenye msg tak dibaca lg le... hehe..

Quote kucingTomey 6-11-2014 11:34 PM
dah baca tapi takde niat nak reply.....harap lepas ni wasap update yang version tahu niat tukang reply
Quote TuntungReturn 6-11-2014 11:36 PM
aku gune whatsupp pluslol
Quote ren0_0 6-11-2014 11:36 PM
Oooo padan ler tanda right tu kaler biru. Tapi ada biru ada tak. Padal orang tua dah reply pun tak biru gak.

Group chat pun tak biru kan?
Quote olaoli 6-11-2014 11:40 PM
Tapi sudah aman aman sahaja berbalas msg bersama sahabat walhal semua tick kelabu.

Whatsapp penipuuu

Sila sebarkan
Quote mrseller 6-11-2014 11:42 PM
Certain service provider saja nampaknya nih...so far celcom no jer nih..btui tak?
Quote dino 6-11-2014 11:43 PM
kucingTomey posted on 6-11-2014 11:34 PM
dah baca tapi takde niat nak reply.....harap lepas ni wasap update yang version tahu niat tukang rep ...

hbis la whatsapi takle jln.... sia2 dok wat menda alah ni dekat sbln.... hantar 5 mesej stp limit minit pun kena blok... bkn nak hantar spam pun.. hantar mesej kat client jah.... maybe kena tunggu semua pakat2 guna telegram.... yg ni ade api yg legal punya....
entah apa algorithm ntah depa guna nak detect no utk diblok neh.... tahu la against policy depa.... melepas peluang nak jual....bdk2 sales mmg berminat klau cite blast message nih.... stakat spam email tak jln skrg...
Quote dino 6-11-2014 11:44 PM
olaoli posted on 6-11-2014 11:40 PM
Tapi sudah aman aman sahaja berbalas msg bersama sahabat walhal semua tick kelabu.

Whatsapp penip ...

ade bugs lg la tuh...


Quote breakfrequency 6-11-2014 11:51 PM
try mcm ni:

off wifi/data -> open whatsapp -> baca -> close whatsapp

rsnya read report xde.

Quote PencuriHati 6-11-2014 11:56 PM
ada je tick biru.pastu group chat siap boleh nampak msg kita dh delivered kat ahli group & boleh nampak participant dlm group tu yg dh baca msg kita.

dah tahu takpe.saja nak tulis
Quote hambaallah1709 7-11-2014 12:02 AM
baru jer update whatsapp tapi takde pulak dabel tick biru tu...
or it happened only to iphone users?
android belom lagi ker?
sebab tengok dekat reviews from other people tu pon ade yg kate kt android xde lagi dabel tick biru ni..
or camne?
Quote MissLibra 7-11-2014 12:08 AM
koserr la aku nak kisah whatsapp. Aku nak app ni untuk email. Terutama email rasmi kakitangan awam yg susah sangat nak reply email rasmi orang lain. Kalau ada app ni untuk tau dorang dah baca email tapi tak jawab senang sikit nak bash.
Quote myvios 7-11-2014 12:09 AM
aku guna andorid ade je thick biru..
Quote lavalive 7-11-2014 12:09 AM
nak berwasap ke berwechat ke...

sila jelaskan bill tenet p1wimax...jgn sampai kena potong

kalu tak duk tumpang mcd punyer aje la...



Quote PencuriHati 7-11-2014 12:38 AM
hambaallah1709 posted on 7-11-2014 12:02 AM
baru jer update whatsapp tapi takde pulak dabel tick biru tu...
or it happened only to iphone users ...

android user dah ada juga tick biru.take time sikit la.
Quote myvios 7-11-2014 12:57 AM
MissLibra posted on 7-11-2014 12:08 AM
koserr la aku nak kisah whatsapp. Aku nak app ni untuk email. Terutama email rasmi kakitangan awam y ...

kalo guna outlokk boleh je tau org dah bace email kite.

Quote asamfish 7-11-2014 02:18 AM
kucingTomey posted on 6-11-2014 11:34 PM
dah baca tapi takde niat nak reply.....harap lepas ni wasap update yang version tahu niat tukang rep ...

kalu bule buat la skali yg bule bace marah dlm ati
senang sikit
tak la penat nak menaip

Lihat semua komen(202)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.196536 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top