CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Anak Dengan Getah Paip Akibat Pelajaran Merosot

10-11-2014 11:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7413| Komen: 57

Description: Pada Tuduhan Pertama, Bapa Berkenaan Didakwa Dengan Sengaja Menyebabkan Kecederaan Terhadap Anak Kedua Lelaki Yang Berusia 14 Tahun Dengan Menggunakan Getah Paip Di Alamat Taman Haji Mustapha, Kok Lan ...
Pukul Anak Dengan Getah Paip Akibat Pelajaran Merosot

Othman




KOTA BHARU - Seorang lelaki mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam atas tuduhan memukul dua anak dengan menggunakan getah paip, dua bulan lalu.

Tertuduh, Othman Idris, 36, didakwa memukul anak sulung dan keduanya itu di rumah mereka di Kok Lanas, di sini, 29 September lalu.

Pada tuduhan pertama, bapa berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak kedua lelaki yang berusia 14 tahun dengan menggunakan getah paip di alamat Taman Haji Mustapha, Kok Lanas, di sini, pada jam 2.05 petang.

Sementara pada tuduhan kedua, tertuduh didakwa menyebabkan cedera kepada anak sulung perempuan yang berusia 15 tahun dengan menggunakan getah paip di alamat sama, pada jam 3 petang.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit, mereka dipukul kerana si bapa berang selepas mendapat tahu pembelajaran dua anaknya itu merosot.

Akibat kejadian itu, remaja 14 tahun itu dapat luka berjalur panjang di telinga dan belakang badan, manakala adik perempuannya mengalami lebam-lebam di tangan serta beberapa bahagian badan.

Susulan penafian itu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan semula dan menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh.

Peguam bela, Ahmad Nuri Abd Rahman bagi pihak tertuduh merayu supaya jumlah jaminan itu dikurangkan dengan mengambil kira tertuduh yang masih menanggung anak dan isterinya.

Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM5,000  dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Disember depan.

13

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
18

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 7-11-2014 10:06 PM
Perkara biasa sekiranya belaku 20 tahun lepas...
Quote TuntungReturn 7-11-2014 10:07 PM
aku kne dlu ooooo...
Quote berrygurl 7-11-2014 10:24 PM
Apa nyer artikel ni..ayat mengelirukan..wartawan x sekolah ke?@ nak kena libas dgn getah?
Quote makneng 7-11-2014 10:49 PM
erm...kes ni kalo jadik 20-30 thn lampau..takde pon sampai nak berangkut ke mahkamah bagai
Quote nurul_akmar 7-11-2014 10:54 PM
aku slalu kena. seb baik jd org
Quote encikWawad 7-11-2014 11:02 PM
elok la di bantai - kot bengap sangatt
bantai skali wartawan menulis cam syial ni
" remaja 14 tahun itu dapat luka berjalur panjang di telinga dan belakang badan, "
Quote clarizsa 7-11-2014 11:30 PM
hidup semakin tertekan, ramai marah sampai nk membunuh anak sendiri...

mentang2la senang dapat...
Quote prettyuglybabe 7-11-2014 11:30 PM
esok ko dah berjaya, mesti ko teringat dik
klu ko tak berjaya, ko tetap akan teringat
dan menyesal
Quote mak_wa95 7-11-2014 11:47 PM
anak xcerdik sbb bapa pun xberapa cerdik
Quote jengkoil 8-11-2014 12:18 AM
Bapak tu ada usaha ajar anak waktu malam tak? Tak pun anta anak gi tuisyen?

Quote Acong 8-11-2014 04:55 AM
ok laa.... kena paip getah.... sekali kala tak pe
Quote BotakChinPeng 8-11-2014 12:23 PM
Hok aloh !!
Quote HaifaHanna 8-11-2014 12:55 PM
melinda_kerr posted on 7-11-2014 10:06 PM
Perkara biasa sekiranya belaku 20 tahun lepas...

yes, agreed.
zaman 90-an dlu biase je kot.
kami dlu biase je stakat hanger, paip getah..
hahahahaha...
Quote ad_hoc79 8-11-2014 01:12 PM
hurm... aku pun dapat pengalaman mcm ni. dalam report card ada pen merah
aku sembunyikan rotan..... dapatlah hadiah getah paip
Quote magnus 8-11-2014 01:15 PM
lps bantai terus pandai ke anaknya tu..tak boleh ckp elok elok ke..
Quote sabbath_shalom 8-11-2014 01:16 PM
Amalan Meleis Sunni Syafie dr zaman dulu dah lapuk dek hujn kekdahnye.

Syukurrr ummah dah dapat sedikit hidayah.
Quote sabbath_shalom 8-11-2014 01:17 PM
magnus posted on 8-11-2014 01:15 PM
lps bantai terus pandai ke anaknya tu..tak boleh ckp elok elok ke..

Imam Syafie suruh buat camtu kot.
Quote magnus 8-11-2014 01:19 PM
sabbath_shalom posted on 8-11-2014 01:17 PM
Imam Syafie suruh buat camtu kot.

Yu jgn bodo sgt boleh tak...
Quote Orix 8-11-2014 01:19 PM
magnus posted on 8-11-2014 01:15 PM
lps bantai terus pandai ke anaknya tu..tak boleh ckp elok elok ke..

masa bantai, aliran darah laju mengalir ke otak selari dgan kadar degupan jantung mengepam darah lantas mgharapkan otak anaknya cerdas dan pandai selepas itu.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070702 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top