CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Sardin Bukan Lagi Lauk Orang Miskin

11-11-2014 03:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27298| Komen: 159

Description: Memasak Ikan Sardin Ini Sama Ada Yang Di Dalam Tin Atau Segar Sememangnya Mudah. Tidak Memerlukan Banyak Bahan. Sama Ada Dijadikan Sambal, Dimasak Kari Atau Digoreng Bersama Bawang Dan Halia, Hidangan ...
Ikan sardin bukan lagi lauk orang miskin



Kenaikan harga sardin di dalam tin menjadikan makanan itu tidak lagi mampu dinikmati oleh golongan miskin 

KUALA LUMPUR: "Kalau susah-susah masak saja ikan sardin".

Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.

Malah ada juga yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan 'kecemasan', manalah tahu ada tetamu datang tanpa dirancang.

Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar.

Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap.

Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu penulis, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah.

"Masak lemak pun sedap", tambahnya.

KENANGAN SILAM
Penulis sendiri berasa nostalgik dengan ikan sardin, ikan yang sering dikaitkan dengan rakyat marhaen.

Membesar dalam keluarga yang ramai dengan gaji ayah yang tidak seberapa, ikan sardin adalah sajian lumrah buat kami adik-beradik.

Untuk menjadikannya banyak, emak akan menambah ubi kentang. Cukuplah makanan pada hari itu.

Ikan sardin segar pun pada masa itu harganya mungkin kira-kira RM1.00 sekati (kira-kira 600 gram) dan itu pun boleh berkongsi dengan kucing!

Itu kisah puluhan tahun dulu. Sekarang kalau disebut ikan sardin, ia lebih disebut 'macam ikan sardin', membayangkan keadaan bas atau tren yang sesak dan padat dengan penumpang.

Anak zaman sekarang pun mungkin lebih mengenali ikan tuna daripada ikan sardin.

SEMAHAL AYAM
Hari ini, kalau nak makan ikan sardin tin mungkin lebih elok beli ayam!

Baru-baru ini penulis membeli setin ikan sardin berjenama. Tin leper yang paling besar dan bila terima resit belian, harganya RM9.30. Balik rumah, buka tin, ada tiga tongkol sahaja.

Congak di kepala tidak memerlukan kalkulator, setongkol RM3.10. Bukankah mahalnya?

Di sebuah pasar raya lain, harga sardin tin yang sama RM9.99! Teringat minggu sebelumnya beli ayam, sederhana saiz, harganya kira-kira RM10.00 sahaja.

Nampaknya, ikan sardin bukan lagi semurah semasa saya kecil dahulu!

MENITIS AIR MATA
Rakan FB, Eta MT memberitahu penulis air matanya masih boleh menitis apabila mengimbau kenangan makan ikan sardin semasa belajar di menara gading.

"Ikan sardin antara memori tak akan dapat saya lupakan semasa belajar dengan rakan seperjuangan", katanya.

Menurut Eta, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, beliau dan lima rakan sebiliknya memasak ikan sardin dalam periuk nasi elektrik dan periuk itu juga digunakan untuk memasak nasi.

"Kami hanya tambah bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Biasanya kami masak sardin bila kewangan semakin menyusut.

"Kami akan kutip duit, yang ada banyak bagi banyak. Dapat beli ikan sardin pun dah syukur. Ada duit lebih kami beli telur. Adalah menu tambahan, telur dadar.

"Kami makan berjemaah dan menu sardin menu istimewa kami, Sedap, masyaAllah", kata Eta dan menambah kata bahawa harga setin pada tahun 1997 ialah sekitar RM2.50, yang mengandungi dua tongkol ikan sardin.

NAIK HARGA
Ikan sardin segar yang pada satu ketika dulu dibeli hanya untuk habuan kucing pun tidak kurang mahalnya.

Harga yang pernah penulis beli sedikit masa dulu di pasar tani adalah antara RM7.00 hingga RM9.00 sekilo.

Walau apapun, ikan sardin atau nama lainnya 'pilchard' yang ada kaitannya dengan ikan herring (menurut carian di internet) kaya dengan pelbagai vitamin dan galian.

Istilah sardin dipercayai digunakan orang Inggeris pada awal kurun ke-15 dan mungkin berasal daripada nama pulau Sardinia di Mediterranen yang dikatakan kaya dengan ikan sardin pada suatu ketika dahulu.

Ikan ini juga dikatakan hidangan popular di merata dunia termasuk Kanada, Perancis, Itali, Maghribi, India dan Jepun.

Mungkin ini agaknya yang menyebabkan ikan yang pada satu ketika dikaitkan dengan rakyat marhaen ini semakin mahal harganya.

Meskipun mahal, bagi yang menggemari ikan sardin dalam bentuk apa juga masakan mungkin akan menutup sebelah mata.

Ikan sardin tetap jadi pilihan. Dulu, kini dan selamanya!

5

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wannoorazlina 11-11-2014 02:15 PM
dulu zmn study pon awal2 sem kitaorg kutip duit satu rumah
then beli sedozen sardin dalam tin, kicap sos beras
stock time sesak..selalunya hujung2 sem
beli sardin jenama giant sebab murah
alhamdulilah, sedap dan satu rumah kenyang
balance duit habuan beli telur buat telur dadar
sama mcm yg diceritakan, masak dlm periuk nasik letrik
skrg ada yg murah sikit dan produk anak tempatan mcm brand agromas, adabi
ok je, sedap dan boleh dimakan
Quote kenarikelabu 11-11-2014 02:24 PM
Sardin yg sodap ialah brand cap ayam. Tapi masuk kategori brg mahal dah...
Quote noor2 11-11-2014 02:28 PM
X leh masuk tekak sardin tin ni...
Quote watie_na 11-11-2014 02:29 PM
sy beli sardin murah je... RM3.00 setin besar. sedap buat sardin masak bodoh je... hahahha... bawang besar, bawang putih, asam keping. bila dah msak, habis hingga menjilat jari...
Quote annehuda 11-11-2014 02:30 PM
Sardin skrang pun dh mahal. Dulu aku beli sardin buat laksa
Quote Omong 11-11-2014 02:30 PM
sya pun beli tin sardin buat sandwich kat opis. . .

edited: sardin tin
Quote prettyuglybabe 11-11-2014 02:30 PM
suka sardin ayam brand je
tapi mahal nak mampus
baik beli ikan segar
Quote MengkuduMasam 11-11-2014 02:31 PM
cap ayam ngan kingcup mmg laa mahal... ade yg brand lain rasa pun not bad... cth TC Boy... & some others...
Quote cmf_acura 11-11-2014 02:33 PM
Belilah agromas.....sedapppp dan lazat..
tapi jarang sangat dijual kat pasar raya......cina memang boikot...produk bumi....
Quote harimau76 11-11-2014 02:34 PM
haku pun suka makan ikan sardin.. suka sandwich sardin, kari ikan sardin dan sambal sardin
Quote noor2 11-11-2014 02:35 PM
Sardin mentah buat laksa sodap depa kata...manis ja
Quote cmf_acura 11-11-2014 02:37 PM
Quote azimodin 11-11-2014 02:38 PM
watie_na posted on 11-11-2014 06:29 AM
sy beli sardin murah je... RM3.00 setin besar. sedap buat sardin masak bodoh je... hahahha... bawang ...

Sardin masak bodoh ni kalau kena ngan nasik yg panas berasap, Fuhhhhh... mau 2-3 pinggan. Nak lagi sedap kalau ade ulam timun.

Teringat time blajar dulu, seludup periuk nasik masuk asrama sebab nak masak sardin je pon. Siap bagi sewa kat bilik sebelah.
Quote Jagendas 11-11-2014 02:39 PM
brand pertima legend
Quote alieyrina 11-11-2014 03:08 PM
Murah ka mahal sadin memg sedappp..

Tp mknan dlm tin ni x bagus kann..
Quote duniaku85 11-11-2014 03:09 PM
cmf_acura posted on 11-11-2014 02:37 PM

kat mana ada jual...
cari dkt giant mcm tak de je
Quote lindarafee 11-11-2014 03:13 PM
anak2 saya lebih selera makan nasik berlaukkan sardin dgn telor dadar daripada masak kari atau asam pedas. hmm memang mahal
Quote rospinki 11-11-2014 03:15 PM
ni lauk kesukaan aku dari zaman miskin smpila aku tak berapa miskin..tapi kt umah aku sorg je melahap sadin tin kecik pun tkle abis buat lauk..membazir je..anak2 aku tu eksen, sadin tk makan, chettt!!!
Quote Vellfire 11-11-2014 03:15 PM
penah try sardin ayam brand ni...tak leh masuk x sedap

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.128669 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top