CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jasad terapung milik Danish

29-5-2013 10:34 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6189| Komen: 47

Description: Azmi mengusung mayat anaknya, Danish Izz Haikal untuk dibawa ke Hospital Tengku Anis DANISH IZZ HAIKAL PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak dipercayai bermain seorang diri ditemui mati lemas di S ...

Azmi mengusung mayat anaknya, Danish Izz Haikal untuk dibawa ke Hospital Tengku Anis


DANISH IZZ HAIKAL

PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak dipercayai bermain seorang diri ditemui mati lemas di Sungai Semerak, Jalan Limbongan (Belakang Forest) di sini, petang kelmarin.

Mangsa, Danish Izz Haikal Azmi, 3, ditemui jirannya dalam keadaan terapung di sungai yang jaraknya hanya kira-kira 15 meter dari rumahnya pada jam 5.30 petang.

Sebelum itu, bapa mangsa Azmi Zainon, 32, mencari anaknya selepas tidak melihat kelibat kanak-kanak hiperaktif berkenaan.

Kehilangan kanak-kanak itu hanya terjawab apabila jiran mereka, Ismail Daud, 53, menemuinya terapung di sungai dan segera memaklumkan Azmi.

Azmi cuba menyelamatkan anaknya, namun Danish Izz Haikal sudah kaku dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Ketika kejadian, ibu mangsa, Nor Paezah Razali, 23, tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk membeli barang.

Ismail ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, Danish Izz Haikal bermain seorang diri di dalam rumah manakala adik bongsunya, Nor Auni Husna, 6 bulan, pula berada di rumahnya.

“Saya sedih dengan kejadian menimpa keluarga Azmi dan berharap keluarga itu bersabar dengan ujian ALLAH,” katanya kelmarin.

Jenazah Danish Izz Haikal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Aman, malam tadi (kelmarin) selepas dituntut keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Mohd Kamal Zainal mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada keluarga mangsa berhubung kejadian dan mengklasifikasikannya mati mengejut.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 29-5-2013 10:15 AM
takziah.. nama bukan main anaknya

dan mak pak dah tau anaknya hyper, masih dibiar bermain tanpa pengawasan. bila la mak pak jenis tak kisah ni nak belajar dari kejadian-kejadian kecuaian
Quote siputsedut 29-5-2013 10:26 AM
takziah..anak hyper mmg susah nk kontrol..anak jiran I pun hyper..pantang terlepas pandang tengok dia dah dok main atas jalan sorang2..huhu pastuh kan anak2 hyper ni laju sangat...penat nk kejar anak jiran tu ..kesian jugak mak die..nk uruskan anak2 lain lg...

Quote reddots 29-5-2013 11:12 AM



Ketika kejadian, ibu mangsa, Nor Paezah Razali, 23, tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk membeli barang.

Ismail ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, Danish Izz Haikal bermain seorang diri di dalam rumah manakala adik bongsunya, Nor Auni Husna, 6 bulan, pula berada di rumahnya.


apa maksud bermain sorang diri dlm rumah tu? rmh mmg xde org dewasa ke?

xkan budak  hyper umur 3 tahun dan adik 6 bulan dibiar bersendirian...
Quote reddots 29-5-2013 11:21 AM
siputsedut posted on 29-5-2013 10:26 AM
takziah..anak hyper mmg susah nk kontrol..anak jiran I pun hyper..pantang terlepas pandang tengok di ...

betul.. mcm cucu sepupu aku, hazab nya hyper...  cucu dia tu berderet 5 org.. anak #2 n #3 sgt hyper.. tp #3 lebih hyper.. unggun api pun hampir2 nak diredah nya.. nasib la ramai org keliling sanggup memata-matai.. kalau nak harap mak budak tu.. rasanya x terkawal lagi.. mana nak jaga anak no #4 n #5..  dah nasib la branak saban tahun.. korang bayang kan lah, anak #3 tu pun baru je masuk 4 tahun... yg sulung belom sampai 8 tahun rasanya..

Quote whadda 29-5-2013 11:25 AM
buat ape la dilepaskan main kat luar dah tau budak tu hyper... buat cam makcik aku kurung cucu die yg agak hyper kat dalam umah je... dah darjah 2 tapi bile melintas menonong je jalan.. sangat la bahaye... biar die x berkawan pon x pe janji selamat ade depan mata dalam umah...
Quote siputsedut 29-5-2013 11:27 AM
reddots posted on 29-5-2013 11:21 AM
betul.. mcm cucu sepupu aku, hazab nya hyper...  cucu dia tu berderet 5 org.. anak #2 n #3 sgt hyp ...

Kiranya sepruh anak akak tu hyper? larat ke die?
Quote munchkin 29-5-2013 11:28 AM
takziah kepada keluarga mangsa
Quote ctaz 29-5-2013 11:31 AM
dah ajal nyer......
Quote zaiha 29-5-2013 11:32 AM
innalillahiwainalillahirojiun........
al fatihah.....
Quote wafeenaulia 29-5-2013 11:34 AM
Alahai
Quote PITTSBURGH 29-5-2013 11:34 AM
SIAYAN NYE BDK NI
Quote reddots 29-5-2013 11:41 AM
siputsedut posted on 29-5-2013 11:27 AM
Kiranya sepruh anak akak tu hyper? larat ke die?

dia mampu beranak saja....
yg nak jaga kawal semua tu  mak mentua/akak ipar n maid dia je la. and kalau kat majlis keramaian, sepupu2 aku yg lain pun tolong memata2i..

anak #4 n #5 x sure hyper ke x.. sbb yg #5 masih baby... yg #4 pun baru nak masuk 1 tahun..
yg sulung, pompuan.. kalau kat public, sungguh berhemah budak nya.. tp kalau kat rumah, kat si nenek, sama pangai mcm budak lelaki..
Last edited by reddots on 29-5-2013 11:46 AM

Quote PICes_Boy 29-5-2013 11:46 AM
kwn aku ada anak hyper..diikat nya tangan anak dia tu dgn tangan dia..sampai ke toilet pon dibawaknya...
Quote InVendeTTa 29-5-2013 11:49 AM
apsal aku rasa cam sume budak lelaki sekarang nama danish?
even kat kampung2 nun
ape2 pon takziah pada keluarga arwah
Quote imando 29-5-2013 11:56 AM
takziah...
Quote tupaiterbang 29-5-2013 11:58 AM
InVendeTTa posted on 29-5-2013 11:49 AM
apsal aku rasa cam sume budak lelaki sekarang nama danish?
even kat kampung2 nun
ape2 pon takzia ...


itu kena tanya hero tua malaya...rosham noor
dia yg start dok popularkan nama danish ni.....
Quote siputsedut 29-5-2013 11:58 AM
reddots posted on 29-5-2013 11:41 AM
dia mampu beranak saja....
yg nak jaga kawal semua tu  mak mentua/akak ipar n maid dia je la. and ...

Bebudak hyper ni kn..make,sure korng x bg mkn gula sgt tau...nnt lg penat nk kejar...huhu apsal akak tu mampu beranak aje? Baik die family planning utk kontrol,ank yg sedia ade ni je
Quote InVendeTTa 29-5-2013 12:03 PM
tupaiterbang posted on 29-5-2013 11:58 AM
itu kena tanya hero tua malaya...rosham noor
dia yg start dok popularkan nama danish ni..... :l ...

yeke..aku x penah tau pon history di sebalik kepopularan nama ni
yg aku tau, bile sebut danish aku terbayang roti danish
tak terbayang apa signifikan ianya sebagai nama budak lelaki melayu

Quote none88 29-5-2013 12:15 PM
boleh pi tinggal anak kecik sorang2 kat umah...
adoii saboooo je laa....nak salahkan sapa nie....
ishh tetiba geram....

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061371 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top