CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerapu Gergasi, Ah Soh Tersenyum Bangga

21-11-2014 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8914| Komen: 49

Description: Nelayan Yang Hanya Mahu Dikenali Sebagai Madin, 40, Memberitahu, Dia Langsung Tidak Menyangka Mendapat Rezeki Lumayan Tersebut Kerana Selama Ini Belum Pernah Berjaya Menangkap Ikan Sebesar Itu.
Kerapu Gergasi, Ah Soh Tersenyum Bangga

BINTULU 20 Nov. – Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg) berbaloi bagi seorang nelayan di sini semalam apabila dia berjaya menjual hasil tangkapan tersebut pada harga RM19,000.

Nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Madin, 40, memberitahu, dia langsung tidak menyangka mendapat rezeki lumayan tersebut kerana selama ini belum pernah berjaya menangkap ikan sebesar itu.

Katanya, ikan tersebut telah dibeli oleh seorang peniaga ikan di pasar basah Bintulu.

“Hasil tangkapan ini ternyata menjadi rezeki segera buat keluarga saya apabila ada peniaga ikan yang sanggup membelinya dengan harga RM19,000 atau RM95 bagi sekilogram.

“Sejak bekerja sebagai nelayan, inilah kali pertama saya menangkap dan melihat ikan kerapu sebesar itu, mungkin antara yang terbesar pernah ditangkap di negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Madin, dia menyedari ikan ‘gergasi’ itu tersangkut di pukatnya ketika berada di kawasan kira-kira 50 kilometer dari luar pantai Bintulu petang semalam.

“Saya mengambil masa kira-kira dua jam bertarung dengan ikan tersebut sebelum berjaya mendaratkannya atas bot.

“Saya bernasib baik kerana tali penarik yang digunakan untuk menaikkan pukat itu tidak putus,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di pasar basah Bintulu mendapati orang ramai tertarik untuk melihat ikan gergasi tersebut dari dekat.

Beberapa pengunjung turut ti-dak melepaskan peluang un-tuk merakamkan gambar dan menyentuh ikan tersebut.

1

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 21-11-2014 08:27 AM
Wow...rezeki dia...
Quote mirage_46 21-11-2014 08:37 AM
lavakerapu.........
Quote fifie_olin 21-11-2014 08:38 AM
skali belah....bangkai manusia ade dlm itu perut ikan
Quote jazaa 21-11-2014 08:41 AM
mirage_46 posted on 21-11-2014 08:37 AM
lavakerapu.........

Bukan....

Yg paling sesuai lavamerapu....

Quote jofizo 21-11-2014 08:50 AM
perghhhh goyang kaki 5 bulan penangan sekor ikan..........
Quote Vellfire 21-11-2014 08:51 AM
sekali tengok ikan tu kan mcm terbaring atas katil spital
Quote Vellfire 21-11-2014 08:53 AM
fifie_olin posted on 21-11-2014 08:38 AM
skali belah....bangkai manusia ade dlm itu perut ikan

tu ikan bukan boya
Quote kejoraria 21-11-2014 08:53 AM
camnerlah ikan tu leh jd sebesar tu.....muda lg ker dah tua ikan tu
klau tua mesti isi dia tak berapa nak sedap kan
Quote magnus 21-11-2014 08:54 AM
Oooooooo maaakkk...besaunya..mesti tak sedap dah tu...
Quote sapp73 21-11-2014 08:54 AM
Rezeki...
Quote TuntungReturn 21-11-2014 08:56 AM
dlu pnh ade petandingan memancing area labuan.abis ptndingn suma bawak ikan besar2. area tu ikan bnyk oooooo...
Quote fifie_olin 21-11-2014 09:00 AM
Vellfire posted on 21-11-2014 06:53 AM
tu ikan bukan boya

ape2 je la nok...aku terigt2 nelayan jmpa bangkai manusia dgn segerombolan ikang2 tu....
Quote Simunggu 21-11-2014 09:02 AM
makan org ni...
Quote Vellfire 21-11-2014 09:05 AM
fifie_olin posted on 21-11-2014 09:00 AM
ape2 je la nok...aku terigt2 nelayan jmpa bangkai manusia dgn segerombolan ikang2 tu....: ...

erkkk tak nak ingat gambor tu...
habis isi perut ikan makan
Quote blackred99 21-11-2014 09:12 AM
peh, 19k camtu je. tahniah Madin.
Quote duyong95 21-11-2014 09:14 AM
ilang lg sekor khazanah alam
Quote lindarafee 21-11-2014 09:18 AM
kejoraria posted on 21-11-2014 12:53 AM
camnerlah ikan tu leh jd sebesar tu.....muda lg ker dah tua ikan tu
klau tua mesti isi dia tak b ...

x kisahlah muda ke tua. yg penting harga sekor x payah turun laut 3 bulan. rezeki dia.
Quote rospinki 21-11-2014 09:21 AM
jazaa posted on 21-11-2014 08:41 AM
Bukan....

Yg paling sesuai lavamerapu....






Quote Omong 21-11-2014 09:23 AM
kerapu melavabesar tak sedap . . .

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067642 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top