CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak sunyi kes ragut (lagi lagi ragut)

29-5-2013 02:28 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3682| Komen: 14

Description: Kawasan sekitar KTMB yang menjadi lokasi peragut mencari mangsanya. Jamilah menceritakan situasi ketika dirinya menjadi mangsa ragut semasa menyapu sampah di halaman rumahnya. KLANG – Sejak s ...

Kawasan sekitar KTMB yang menjadi lokasi peragut mencari mangsanya.


Jamilah menceritakan situasi ketika dirinya menjadi mangsa ragut semasa menyapu sampah di halaman rumahnya.

KLANG – Sejak sekian lama, kejadian ragut sekitar Dun Selat Klang tidak pernah sunyi sehingga ke hari ini walaupun polis melakukan banyak tangkapan dengan  Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Telok Gadong adalah antara lokasi panas yang dilaporkan banyak berlakunya kes berkenaan.

Jika KTMB adalah sasaran dan tumpuan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan awam, ia juga menjadi sasaran peragut mencari mangsanya.

Menurut sumber, minggu lalu sahaja tiga kejadian ragut berlaku di kawasan ini, peragut gemar menjalankan aktiviti mereka setelah keadaan di sini menjadi kurang sesak.

“Mereka tidak melakukan jenayah ragut waktu pagi dan petang ketika orang ramai berasak-asak mahu menggunakan KTMB pergi dan pulang dari tempat kerja.

“Selain tengah malam, selalunya mereka memilih waktu dalam lingkungan jam 10 pagi hingga jam 6 petang mencari mangsa. Dalam suasana yang agak tenang tanpa kenderaan yang banyak, ia akan melancarkan kerja mereka untuk meragut mangsa seterusnya melarikan diri dengan mudah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, peragut tidak akan melakukan aktiviti mereka di kawasan menunggu, tetapi di tempat jauh yang memudahkan mereka meloloskan diri.

Tinjauan  ke lokasi itu mendapati KTMB turut mengambil inisiatif membantu dalam usaha mengelakkan pengguna mereka dari menjadi mangsa kes ragut dengan memasang spotlight dan menyediakan papan tanda memberi peringatan kepada pengguna agar lebih berhati-hati.

Turut menjadi mangsa

Kejadian terbaru melibatkan warga emas, Jamilah Razali, 63, yang menjadi mangsa ragut sehingga menjadikan dirinya kini trauma untuk memakai barang kemas.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian hitam itu boleh terjadi semasa dia melakukan rutin harian seperti biasa iaitu menyapu sampah di rumahnya.

Jamilah menceritakan kejadian pada petang itu semasa dia sedang menyapu di halaman rumah, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampirinya  kemudian bertanyakan alamat rumah rakannya.

“Belum sempat saya menunjukkan alamat, gelang emas yang saya pakai tiba-tiba direntap dengan kuat oleh pembonceng motosikal, saya sempat menarik semula gelang saya tetapi saya tewas dan terjatuh ke tanah.

“Akibat terjatuh, tudung yang saya pakai sedikit terselak dan menampakkan pula rantai emas saya pakai di leher. Lelaki itu terus merentap rantai tersebut sebelum memecut motosikal melarikan diri,” katanya.

Tempatkan polis bantuan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mad Yusop menasihatkan orang awam lebih berwaspada semasa menjalankan aktiviti di luar rumah.

Menurutnya, kes yang melibatkan ragut ini bukan satu masalah yang berlaku di tempat tertentu sahaja, tetapi ia berlaku di seluruh negara.

“Mangsa kepada kes ragut kebanyakannya wanita kerana keupayaan peragut yang kebiasaannya seorang lelaki adalah melebihi kekuatan dimiliki mangsa.

“Selain faktor penjenayah itu sendiri, faktor lain yang menyumbang adalah kecuaian,” katanya.

Mohamad berkata, kes ragut ini mampu dielakkan apabila masyarakat mengurangkan satu dari tiga faktor berlakunya kes tersebut.

Menurutnya, tiga faktor berlakunya kes ragut iaitu keinginan, keupayaan dan peluang, jika satu daripadanya tidak ada, kes jenayah tidak akan berlaku.

Polis  akan terus membuat rondaan  di kawasan itu, selain itu beberapa polis bantuan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitihawa 29-5-2013 12:10 PM
takutnya...
aku juga pakai rantai tangan dan leher
grrrrrrrrrrrrrrrrrr......
dan2 rasa nak simpan
Quote sueism 29-5-2013 12:25 PM
aku barang kemas memang pakai silver aje ...emas2 aku tak ada hehehehe
Quote little_sis 29-5-2013 12:29 PM
nk carik duit cara senang.. meragut je kejenye.. tah2 org yg diragut tu pon bukan berduit sgt.. dlm wallet ada RM30 je..
Quote True-X 29-5-2013 12:34 PM
arap dr halimah amik perhatian...
Quote PEPPERMAN 29-5-2013 12:51 PM
harap kerajaan galakkan makcik2 pakjai emas zhulian saja
Quote melia_star 29-5-2013 01:02 PM
ni tempat tinggal lama aku neh...biasa gak guna komuter kt situ....mmg sunyi...

tp kawasan sekeliling ni ala2 kampungan jugak kiranya...lagi2 kawasan Jalan Yadi dan Telok Gadong tu...makcik2 kampung biasalah mmg sakan bergelang rantai emas gitu...lagi gedabak lagi hebat kekdahnyer.....
Quote kaknab 29-5-2013 01:28 PM
anak2 sapa laaa..yg dok meragut tu...mokcik2 sila jgn pakai barang kemas anda..simpan sengap sudeyy..bahaya dimana2. sila berhati2.
Quote munchkin 29-5-2013 01:30 PM
moga dapat tangkap penjenayah ni
Quote Acong 29-5-2013 02:05 PM
sitihawa posted on 29-5-2013 12:10 PM
takutnya...
aku juga pakai rantai tangan dan leher
grrrrrrrrrrrrrrrrrr......

ko tukar laa pakai rantai basikal...... kekeke!
Quote sitihawa 29-5-2013 02:11 PM
Acong posted on 29-5-2013 02:05 PM
ko tukar laa pakai rantai basikal...... kekeke!

rasa2nya gitu ler gamaknya
Quote setia00 29-5-2013 02:59 PM
salah satu sebab kenapa tak minat nak pakai barang-barang kemas ni..
Quote cik.ijaw 29-5-2013 03:17 PM
pakai ala kadar udah ler..melayut2 emas sape x geram
Quote starbee 30-5-2013 09:28 AM
makcik2 mmg stok pakai barang kemas baru nampak berisi... lg2 kt kawasan kampung2...

suami aku pon suruh aku pakai gak... aku tanak sbb tanak jadi mangsa ragut... malaysia kan tak selamat....
Quote freebird 30-5-2013 09:37 AM
Harap supaya KERAjaan berhenti membiarkan pendatang tanpa izin indon caprut masuk kesini sewenang-wenangnya. Kalau nak recruit pengundi hantu pun, recruit lah yang sopan sikit, bukan yang muka pecah rumah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.256513 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top