CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perubahan fesyen Hijab Wanita Indonesia

4-12-2014 10:43 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7551| Komen: 0

Description: Seriring masa berlalu, wanita muslim Indonesia juga tidak ketinggalan untuk mengikut perkembangan fesyen yang terlalu pantas melanda setiap negara. Kalau kita tengok, hijab di Indonesia atau mereka pa ...
Oleh Fyruz

Seiring masa berlalu, wanita muslim Indonesia juga tidak ketinggalan untuk mengikut perkembangan fesyen yang terlalu pantas melanda setiap negara. Kalau kita tengok, hijab di Indonesia atau mereka panggil jilbab/kerudung mempunyai ciri-ciri dan gaya tersendiri yang mengidentitikan pemakai kepada sesebuah negara.

Banyak yang memperkatakan mengenai hijab kini yang sudah mula melupakan dasar-dasar dan garis panduan islam. Jika dulu banyak warna pastel digunakan dalam pembuatan hijab namun kini terdapat pelbagai warna dan gaya untuk menarik wanita islam untuk beralih menggunakan hijab.

Awal 90an


Trend pertama dan masih di gunapakai sehingga hari ini adalah hijab bergaya klasik yang sederhana. Hijab ini menggunakan tudung segi empat yang dibentuk menjadi segitiga, dan di pin di bawah dagu. Gaya ini ringkas namun terbatas kepada satu gaya sahaja. Wanita zaman ini tidak mementingkan gaya. Cukup hanya dengan mengenakan tudung untuk tampil moden.

Pertengahan 90an


Trend memakai tudung sarung menyelinap ke pemikiran wanita Indonesia, mungkin dengan kepantasan masa berjalan, tudung jenis ini sekali sarung sahaja sudah siap. Tidak memerlukan butang/pin. Trend ini masih banyak juga digunakan oleh wanita Indonesia yang menetap di Malaysia.

Tahun 2000




Gaya hijab seperti ini sempat popular di tahun 2000-an. Gaya ini diperkenalkan oleh artis Indonesia yang lama kelamaan di tiru oleh orang ramai. Sama seperti hijab segitiga, cuma diberi sentuhan baru dengan diikat dibahagian leher supaya nampak lebih ringkas dan rapi.

Trend Kini



Gaya hijab wanita Indonesia kini lebih variasi, kebanyakannya dipengaruhi oleh fesyen antarabangsa dan pemakaian hijab kini lebih terarah kepada bentuk loose/longgar. Meskipun banyak gaya tercipta kini, namun hijab terus berubah mengikut zaman. -CARI Infonet.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.132656 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top