Hot Topic
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Hot Topic 5-2-2015 12:17 PM 30.7K Views
DescriptionMenurutnya, Filem Berkenaan Yang Dijangka Akan Ditayangkan Pada 12 Februari Depan Itu Dilihat Lebih Kepada Pornografi ...

ADVERTISEMENT


Filem Fifty Shades of Grey diharamkan di Malaysia

Filem berkenaan yang dijangka akan ditayangkan pada 12 Februari depan itu  dilihat lebih kepada pornografi berbanding sebuah filem.



KUALA LUMPUR, 4  Februari: Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF)  mengharamkan filem romantik yang mempunyai unsur erotik, ‘Fifty Shades of Grey’ daripada ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid  berkata, pihaknya mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan  kepada umum di negara ini.
Menurutnya, filem berkenaan yang dijangka akan  ditayangkan pada 12 Februari depan itu dilihat lebih kepada pornografi  berbanding sebuah filem.

“LPF telah membuat keputusan berdasarkan adegan  yang bukan daripada bentuk seksual semula jadi. Kandungan lebih sadis dengan  memaparkan adegan seorang wanita diikat di katil serta disebat,” lapor The Star hari ini.

Sementara itu, pengedar filem berkenaan di  Malaysia, United International Pictures (UIP) memberitahu filem itu pada awalnya  akan ditayangkan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 12 Februari.


Namun begitu, berdasarkan laman web cinema.com.my, UIP mengesahkan filem berkenaan tidak  akan ditayangkan di mana-mana pawagam di Malaysia.
Filem berkenaan merupakan adaptasi daripada  novel judul yang sama hasil karya E.L. James.

Novel berkenaan juga mendapat sambutan hebat  daripada kaum wanita dan telah terjual sebanyak 100 juta naskhah di seluruh  dunia.

Prev.:Mursi Dibicara 15 Februari Depan

Next:Harga Kursus Perkahwinan Naik Walaupun Harga Minyak Turun


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
bazinga 5-2-2015 07:35 AM
Dah agak dah... Kalu tayang pun, mesti dah banyak potong scene,
Baik baca saja buku..
nalis 5-2-2015 07:37 AM
Tunggu kuar kat afdah
makneng 5-2-2015 07:37 AM
Erotic romance movie based on novel mmg x sedap mana pon. Baik hadap je novel tu, imagination went wild gituh!

Mmg dpt agak pun x lepas nak tayang kat msia ni..terkejut ummah tgk elemen2 bdsm nanti uolls!
GhostWalking 5-2-2015 07:53 AM
Quote: makneng replied at 4-2-2015 11:37 PM
Erotic romance movie based on novel mmg x sedap mana pon. Baik hadap je novel tu, imagination went w ...

kalau buku lagi detail kekdahnya
shanshero 5-2-2015 07:56 AM
Tunggu kat utube je
anno_miss 5-2-2015 07:57 AM
Kalu scene byk potong mane best.
mrmerell 5-2-2015 07:58 AM
ini menunjukkan bila baca novel pemikiran kita boleh go beyond your wildest dream .... macam baca novel cikgu suraya ...
Athrun.Zalaa 5-2-2015 08:02 AM
Kalau masuk panggung pun, start2 je movie trus end credits...
Hahaha...
Simunggu 5-2-2015 08:06 AM
saya suka filem aksi dan tembak tembak...kalau takat cintan cintan romen mcm ini bagi free pun aku masuk utk tidur...
tipuware 5-2-2015 08:08 AM
novel ni pun memang genre eksotik so filem tu hasil daripada novel la. novel tu pun tak best ayat2 dia.. tak puitis atau tinggi karya sasteranya.. what to expect from this kind of genre.
cerpen Cikgu Suraya lagi details hahahha
rifhana_ilham 5-2-2015 08:15 AM
Kempunan lah nak tgk christian grey & ana steele on the screen. Novel ni ada 3 volume. Kalau baca boleh jatuh cinta dgn christian grey gitu. Christian ni dah jadi benchmark kpd hero2 novel erotica esp BDSM. Sape2 nak baca boleh baca free online. Dkt bookstore pun berlambak jual.... ada offer lagi.
mrseller 5-2-2015 08:16 AM
Mmg la citer mcm ni nak masuk mesia? Gila ko..tunggu dlm torrent jer la
jofizo 5-2-2015 08:23 AM
org keje LPF mesti best........ hr2 berair jer tgk filem free
rifhana_ilham 5-2-2015 08:25 AM
Quote: mrseller replied at 5-2-2015 08:16 AM
Mmg la citer mcm ni nak masuk mesia? Gila ko..tunggu dlm torrent jer la

Klu masuk pun byk kena potong baik tak pyh. But seriously I was waiting for the film version because the novel was HOT but klu nak dibandingkan dgn novel erotika lain yg ada sekarang...fifty shades seems so tame..haha.

dekmieDandy 5-2-2015 08:26 AM
poster dah ade kat tgv
faraway1 5-2-2015 08:26 AM
Quote: rifhana_ilham replied at 4-2-2015 07:15 PM
Kempunan lah nak tgk christian grey & ana steele on the screen. Novel ni ada 3 volume. Kalau baca bo ...

best ke buku ni..
ada ebook, tapi tak terbaca lagi..
flying_cow 5-2-2015 08:30 AM
Katanya filem ni ada 20 minit aksi panas.
mdhelmi 5-2-2015 08:31 AM
xpe xkeluar kat malaysia...kat yify ada...opsss
chazey 5-2-2015 08:33 AM
Aku baca sikit2 jah novel ni pastu biar jadi tukun dalam rak.
Beli pun takat nak tengok apa yang hype sangat. Bagi aku tak seronok pun novel ni - Monica Belluci jauh lebih erotik banding novel ni.
Lihat semua komen