CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera Arab Saudi saman majalah Forbes!!!

10-6-2013 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8745| Komen: 32

Description: Putera Arab Saudi, Alwaleed Talal menyaman majalah Forbes selepas didakwa menyiarkan maklumat palsu tentang jumlah kekayaannya sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion), berbanding jumlah seb ...
Putera Arab Saudi, Alwaleed Talal menyaman majalah Forbes selepas didakwa menyiarkan maklumat palsu tentang jumlah kekayaannya sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion), berbanding jumlah sebenar iaitu AS$30 bilion (RM93 bilion).

Laporan MailOnline menyebut, Alwaleed yang juga antara ahli perniagaan terkaya dunia, mendakwa majalah berkenaan memandang rendah kekayaannya dengan meletakkan beliau di tangga ke-26 dalam Senarai Individu Terkaya Forbes 2013.
Menurut Alwaleed, 58, jika Forbes mengambil kira jumlah sebenar, kedudukannya akan dicatatkan dalam senarai 10 orang paling kaya.
Putera itu turut mendakwa, majalah itu melakukan pengiraan yang tidak tepat sekali gus memaparkan sifat berat sebelah terhadap pelaburan dan institusi kewangan dari Asia Barat.

Beliau memfailkan saman terhadap tiga kakitangan Forbes iaitu editor, Randall Lane dan dua wartawan majalah berkenaan di Mahkamah Tinggi, London, Britain.
Alwaleed menegaskan, senarai yang dikeluarkan Forbes itu menjejaskan reputasi dan kewangan syarikatnya, Kingdom Holdings yang menguasai beberapa pelaburan besar termasuk dalam syarikat Apple, Facebook, Twitter dan News Corp.
Beliau turut memiliki aset di beberapa buah negara seperti Hotel Savoy, Hotel Plaza di New York, rangkaian Hotel Four Seasons dan mempunyai pelaburan bersama pemilik kompleks Canary Wharf di London. 

9

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 10-6-2013 12:30 AM
Tuan punya Four Seasons Langkawi, sempoi orgnya. Datang bercuti dgn bini muda dia siap bayar semua bil.
Quote straycat 10-6-2013 12:49 AM
Aik? Sendiri punya hotel pun bayar kah? Bagus. Patutlah kaya.
Quote Vokuro 10-6-2013 12:54 AM
straycat posted on 10-6-2013 12:49 AM
Aik? Sendiri punya hotel pun bayar kah? Bagus. Patutlah kaya.

Konsep business mmg sebegitu kak, sebab itu ummah melayu islam sunni  business lingkup sebab bila buka business, semua barang business ambik free. Saya yg bukan budak business pun tahu konsep sebenar business gimana.
Quote tobby 10-6-2013 01:07 AM
cmf_blingblings posted on 10-6-2013 12:30 AM
Tuan punya Four Seasons Langkawi, sempoi orgnya. Datang bercuti dgn bini muda dia siap bayar semua b ...

oic. arab ini yg jual arak di hotel. sumber rezeki yg haram.
Quote cmf_blingblings 10-6-2013 01:16 AM
tobby posted on 10-6-2013 01:07 AM
oic. arab ini yg jual arak di hotel. sumber rezeki yg haram.

Cuba ko tengok Tajuddin Ramli, income from arak diasingkan, separate bill. Aku tak tahu macam mana Arab ni manage but at least he is a real businessman compared to those Saudi royal family yg dapat buta dari government setiap bulan. Kerabat Saudi yg paling ramai di dunia dapat income dari government. Income dari jemaah haji satu dunia tu lagi banyak dari minyak sebenarnya.
Quote prettyuglybabe 10-6-2013 01:22 AM
kalau lapor lebih, diam-diam.. kalu lapor kurang, ribut satu dunia
Quote boyagombak 10-6-2013 01:31 AM
Boya yg ada harta muto Eee es pai pun x kisah walaupun awek boya tuduh boya ada beskal tua.patutkah boya saman awek tersebut biar tinggal spender je ?
Quote Kittie 10-6-2013 01:35 AM
Bising dia, kat Malaysia nih ramai jer yg senyap2 sorok taknak org lain tahu...
Quote xpdckelate 10-6-2013 01:52 AM
org berniaga meme kena menunjuk demi imej yang gah,hu2
Quote razhar 10-6-2013 02:10 AM
arab tu wahabi or syiah?
Quote razhar 10-6-2013 02:10 AM
kalu wahabi..tak pe kot....
Quote munchkin 10-6-2013 03:21 AM
businessman yang berjaya
Quote sitisenyum 10-6-2013 06:48 AM
kalau saman kaya dia bertambah ker atau business dia bertambah???
Quote batmana 10-6-2013 07:11 AM
mamat trillion harta tu xsaman skali ka?
Quote kakiputaralam 10-6-2013 07:22 AM
Buleh la beli JDT pasnie

Quote benzo33 10-6-2013 07:26 AM
utusan keluarkan berita lama ke?

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=710580
Quote zzola 10-6-2013 10:28 AM

lebih kaya dari
yang di laporkan
rupanya


umat islam boleh
lah berbangga dan
menadabik dada
dengan kejayaan macam ni

Quote kelip2_07 10-6-2013 11:01 AM
bertambah lg la reta kekayaan beliau
Quote DeMax 10-6-2013 11:08 AM
razhar posted on 10-6-2013 02:10 AM
arab tu wahabi or syiah?

Kristian

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062652 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top