CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Umur Bukan Ukuran Sara Ali Cintai Lelaki Lebih Muda

23-2-2015 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21281| Komen: 94

Description: Sementara Itu, Ditanya Tentang Perkembangan Kerjaya, Sara Yang Tercalon Dalam Kategori Pelakon Filem Wanita Popular Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (Abpbh 2014) Mengakui Kontroversi Yang Mel ...
Umur Bukan Ukuran Sara Ali Cintai Lelaki Lebih Muda


PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan muda bernama John Shaqeel, 22.


Sara atau nama Siti Sarah Hairi Ali, 25, berkata biarpun tiga tahun lebih tua daripada lelaki tersebut, ia bukan sesuatu yang ukuran untuk mereka bercinta.


"Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain.


"Dia lebih muda daripada saya, namun bagi saya umur bukan suatu masalah atau ukuran yang penting kami serasi bersama," ujarnya kepada mStar Online.


Bagaimanapun, Sara berkata, dia masih belum mempunyai perancangan untuk mengikat tali pertunangan atau mendirikan rumah tangga dalam tahun 2015 ini.


"Buat masa ini belum lagi ada perancangan kearah itu, dan kami masing-masing sibuk untuk membina kerjaya dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Gambar Sara bersama kekasihnya, John Shaqeel yang dimuat naik di Instagram.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan kerjaya, Sara yang tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) mengakui kontroversi yang melanda tahun lalu membantu kerjaya seninya.

Dia menganggap kontroversi tersebut sebagai publisiti yang sedikit sebanyak mengangkat namanya dalam industri hiburan tanah air.

"Kontroversi yang datang kepada saya satu persatu sejak tahun lalu langsung tidak menjejaskan kerjaya saya sebagai pelakon. Alhamdulillah rezeki saya semakin baik, peminat juga masih menyokong saya.

"Saya percaya berita baik atau buruk kepada seseorang artis adalah publisiti percuma, terima kasih juga kepada yang menaikan nama saya dengan cara itu," ujarnya

Jelas Sara, tahun 2015 ini akan memperlihatkan kerjaya lakonannya semakin berkembang dengan kerjasama beberapa pelakon dan pengarah hebat tanah air.

Dia bersyukur menerima tawaran-tawaran untuk bekerjasama dengan nama-nama besar yang mampu memberi pengetahuan kepadanya dalam bidang seni lakonan.

"Rezeki yang datang memang tidak boleh dijangka, pada awalnya saya hanya ingin mengumpul portfolio sahaja untuk berlakon dengan pengarah yang bagus dan pelakon-pelakon bagus, namun selepas itu tawaran yang datang semua yang saya impikan.

"Mula-mula saya berlakon dengan Fahrin Ahmad, kemudian saya dapat berlakon dengan Remy Ishak dengan pengarah Jamal Khan, selepas itu saya dapat berlakon dengan Beto Kusyairi dan Sabri Yunus pula.

"Ada lagi projek besar akan datang yang saya tidak boleh umumkan, semuanya berjalan dengan baik," ujarnya.

4

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 21-2-2015 01:54 PM
ko pon sendu sajork...
Quote nikaido 21-2-2015 02:01 PM
Setakat 3thn pun nak kecoh
Quote cik_tonggek 21-2-2015 02:15 PM
gegehnye chuols @enchikfitz beranak benang bekembar
Quote sitihajar76 21-2-2015 02:30 PM
suka tgk dia blakon Kami Histeria
Quote cmf_blingblings 21-2-2015 02:38 PM
kebenda kalau setakat 22-25 tu
Quote bambimbom 21-2-2015 02:43 PM
Pedulik hape aku dgn ko...
Quote doubleA 21-2-2015 02:45 PM
Edited by doubleA at 21-2-2015 02:54 PM

Yela,setajah abby pun rilek je kawen paan dulu.

Cheta jen saidin contoh skg.

Apakedehal umur2 ni khen
Quote owhgee 21-2-2015 03:01 PM
Mana gambar pakwe diaa
Quote aechae 21-2-2015 03:28 PM
ingat bercinta dgn budak form 4 ke.....tajuk kemain...stakat 3 thn beza yg dh kawin pn berlambak aje
Quote mrsLucky 21-2-2015 03:46 PM
Okay la Sara..all the best...
Diusia 25 tahun muda remaja ni bagus improve diri  untuk masa depan
Choose ur friend

Jangan berkawan orang yang sleep around jual diri untuk duit banyak..ambil pil..mabuk2..it will bring you down..coz Sara ada potensi sebagai pelakon terbaik..
Quote makneng 21-2-2015 04:01 PM
Laaaa baru 25thn ko dek? Ingat dah 30thn
Quote hanamunir 21-2-2015 04:03 PM
ingat kan banyak benauuuu beza umur nye..
Quote cikgojesss 21-2-2015 05:49 PM
maintain hausss
Quote alieyrina 21-2-2015 06:36 PM
Edited by alieyrina at 21-2-2015 06:40 PM

Muda lg dia ni ..ingat beza mcm mana..normal ja..

Dia ni belakon mcm x pakai mekap...kusam jah..dlm 1 hati ka apa drama tv9...
Quote monsterwife 21-2-2015 06:45 PM
Last week jumpa dia kat the Curve dgn be dia kot.kecik je Sara ni.i told my hubby yg Sara tu actress.my hubby said...ooo ye ke.i tengok dok verse life dgn that guy, tanga bukan main lagi me rasa - rasa badan that guy.hehehe...
Quote monsterwife 21-2-2015 06:46 PM
Last week jumpa dia kat the Curve dgn bf dia kot.kecik je Sara ni.i told my hubby yg Sara tu actress.my hubby said...ooo ye ke.i tengok dok berselfie dgn that guy, tangan bukan main lagi meraba - raba badan that guy.hehehe...
Quote olaoli 21-2-2015 06:53 PM
Gambaq takdak pum
Quote rosmahisham 21-2-2015 08:34 PM
muda lg rupanye sara ali ni.. igtkn bebaya fazura..
Quote setankuning 21-2-2015 08:42 PM
Sara Ali ni retis pompuan yang nampak busuk tak mandi

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.135988 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top