CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengamuk Kerana Tidak Puas Hati Potongan Rambut Baharu

23-2-2015 12:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8632| Komen: 26

Description: Polis Berkata, Alan Becker Yang Berusia 47 Tahun Itu Tidak Berpuas Hati Dengan Rambutnya Malah Bertambah Berang Apabila Diberitahu Caj Perkhidmatan Itu Yang Perlu Dibayarnya Ialah As$50 (Rm183.35).
Lelaki Mengamuk Kerana Tidak Puas Hati Potongan Rambut Baharu

Alan Becker bertindak mengamuk kerana tidak berpuas hati terhadap potongan rambut baharunya. 

SEORANG lelaki berhadapan dakwaan melakukan jenayah selepas bertindak ganas dengan mengamuk hanya disebabkan tidak berpuas hati terhadap potongan rambut baharunya.

Polis berkata, Alan Becker yang berusia 47 tahun itu tidak berpuas hati dengan rambutnya malah bertambah berang apabila diberitahu caj perkhidmatan itu yang perlu dibayarnya ialah AS$50 (RM183.35).


Polis, Sarjan Kelly Conelly berkata, Becker menendang dinding salon itu di Connecticut, Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan ia berlubang selain bersikap biadap kepada pekerja dan pelanggan.

Malah dia kemudiannya melemparkan paparan lilin dan beberapa barangan lain ke arah tukang gunting rambut sebelum beredar.

Sarjan Kelly memberitahu media Connecticut, Hartford Courant: "Dia tidak suka potongan rambutnya."

"Dia tidak suka gaya rambutnya dipotong."

Becker kemudiannya kembali ke salon berkenaan dan menuntut supaya tukang gunting rambut "memperbetulkan" gaya baharunya itu tetapi salon tersebut enggan melakukannya.

Dia kemudiannya ditahan di kediamannya di Stamford atas dakwaan menganggu keamanan dan jenayah kerosakan.


Bagus

Marah
8

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 22-2-2015 02:38 PM
Dah lah mahal tak lawa plak tu....
Quote atekome 22-2-2015 02:39 PM
Tp mmg hangin kalo pi salon laen yg d cakap laen yg d buat..dah le kna byo..
Quote kimsa-ra 22-2-2015 02:43 PM
klu iols pn mengamuk dh la mahal x cantik plak tu..
Quote wunan88 22-2-2015 02:44 PM
potong rambut sampai 180 hinggit..nie potong semua bulu kea apa
Quote Artemesiaa 22-2-2015 02:54 PM
Kalau bayar mahal hasilnya ok tak pa lagi tapi kalau dah tersalah gaya pasti boleh mendatangkan marah.
Quote famri7 22-2-2015 03:00 PM
Tapi seriously barber di us dulu xpandai potong rmbut laki...sebab most laki kokeshen rambut pendek no1-2 jah..xda burfeshen persis meleis fefeeling kpop...

Zaman muda2 selalu saya cari asian barber jah sebab kedai barber white hauk dan charge skali dgn hair wash..usd 30 jua palim murah.
Quote stilla 22-2-2015 03:05 PM
Memang pun patut mengamuk seh!
Quote MissNigga 22-2-2015 03:08 PM
sejibik muka cam laba ... tak potong rambut mmg dah hodoh semula jadi  ... lepas potong rambut lagilah hodoh
Quote lavapuma 22-2-2015 03:14 PM
jab lagi geng2 anjing kurap tido tepi tong sampah menderu2 mai cover geng dia..





Quote MsKathryn 22-2-2015 03:15 PM
byk je salon mcm tu...
nak style tu sekali jadik style plak, dh tu charge mahal

Quote Felycya 22-2-2015 03:17 PM
Gile xsmart lgsung rambot dy.
Quote MsKathryn 22-2-2015 03:18 PM
agaknye lelaki tu nak style rambut justin bieber kot
Quote CrowneGlory 22-2-2015 03:21 PM
Salon kat msia pun berapa kerat sgt yg dgr ckp pelanggan..semua ikut suka hati dorg je... Naknya salon apek2 & nyonya2
Quote Toppaz 22-2-2015 03:24 PM
dgn style rambut cam tu selayak nya kena hentak, dah lah tak semengah mahal pula tu..
Quote mamiayu 22-2-2015 03:34 PM
memang tak lawo pun for AS50
Quote mamiayu 22-2-2015 03:34 PM
memang patut mengamuk, approved!
Quote tungkai 22-2-2015 03:40 PM
Ala..cer try gi A-Cut-A-Above. Profesional style konon padahal sebijik cam gunting bulu hanjing je. Cas RM150...brengsettt...Menyesal aku pegi..
Quote artgeex 22-2-2015 04:01 PM
Aku dulu pun pernah, dah la masa tu esoknya nak melapor diri kerja. Aku soh potong layer atas bahu, dia pergi potong pendek cam pengkid. Jahanam style betol.
Quote batu kikir 22-2-2015 04:03 PM
Kalau dah memang "kureng" hensem tu...........sedar2 lah sikit.
Buat rambut stail Beckham ke, Ronaldo ke..........semua tak menjadi

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.125628 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top