CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Kerana Hujan Lebat?

10-4-2015 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4292| Komen: 8

Description: Jurucakap Kerajaan Delhi Berkata, Mereka Pernah Berdepan Pengalaman Melihat Kekecewaan Petani Yang Menanggung Kerugian.
Puluhan Petani India Bunuh Diri Kerana Hujan Lebat


Hujan lebat memusnahkan tanaman menyebabkan petani semakin bimbang sukar meneruskan kehidupan.

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 30 petani India dilaporkan membunuh diri sejak seminggu lalu selepas hujan lebat memusnahkan ratusan hektar tanaman sebelum sempat dituai.

Menurut laporan media, kejadian berlaku di kawasan utara negara berkenaan.

Biro kaji cuaca India berkata, Mac lalu mencatatkan kadar hujan tertinggi dalam tempoh 100 tahun.

Pegawainya berkata, dianggarkan secara keseluruhan berjuta-juta hektar tanaman pertanian rosak atau musnah akibat hujan lebat di seluruh negara, terutama di Delhi, Haryana, Punjab dan Rajasthan.

Kerajaan negeri Uttar Pradesh, Haryana, Punjab dan Madhya Pradesh pula melaporkan, mereka belum dapat mengesahkan kes bunuh diri yang berkaitan dengan kerosakan tanaman itu.

Bagaimanapun, seorang petani di pinggir New delhi berkata, keadaan semakin buruk dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kami tidak ada tempat mengadu dan pada masa sama, kami tidak yakin kerajaan mampu membantu.

“Kami terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup mengikut kemampuan yang ada,” katanya.

Kejadian membunuh diri ekoran kerugian ditanggung bukan sesuatu yang asing di India.

Jurucakap kerajaan Delhi berkata, mereka pernah berdepan pengalaman melihat kekecewaan petani yang menanggung kerugian.

“Ia tidak semestinya disebabkan hujan. Kadang-kadang kemarau atau ribut juga memusnahkan tanaman dan petani menanggung kerugian besar.

“Sebahagian daripada mereka pula menanggung hutang dan berharap hasil pertanian itulah yang akan membantu membayar hutang itu,” katanya.

Sementara itu, penganalisis berpendapat, kerajaan Narendra Modi berdepan risiko jika gagal menangani isu kerugian dialami petani di India.

“Modi perlu ingat, dia memenangi pilihan raya umum tahun lalu hasil sokongan petani dan tahun ini mereka mengharapkan beliau melakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan,” katanya.

25

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
28

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 9-4-2015 07:02 PM
bunuh diri..harap dilahirkan semula hidup dh x susah kot
Quote penjejak_awan 9-4-2015 07:07 PM
keling dan kebodohan berpisah tedaaa
Quote Acong 10-4-2015 01:10 AM
mungkin doa lepas mati dilahirkan semula sbg lembu?
Quote akusukaq 10-4-2015 01:28 AM
Jangan pulak ada macai kat melesia hidup susah sgt sebab gst ikut bunuh diri
Quote kemaruk 10-4-2015 01:40 AM
kalau ada hudud kat india, benda camni takkan berlaku
Quote naina 10-4-2015 01:56 AM
Nasibla kt pantai timur ritu xda kes bunuh diri sebab banjir besor.
Quote nuyunnisa 10-4-2015 06:46 AM
Kill yourself or being killed....
Only in India..
Quote ultra78 10-4-2015 06:55 AM
Antara sebab org bunuh diri adalah sebab hutang. Betapa tenangnya diri jika tiada hutang. Walaupun tak cukup makan, tapi kita tak owe duit dari orang lain dan tiada org nak tuntut hak mereka dari kita

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.165408 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top