Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 13-4-2015 11:16 AM 5865 Views
DescriptionDatuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad yang ghairah mengkritik dasar pentadbiran Perdana Menteri, ...

ADVERTISEMENT




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad yang ghairah mengkritik dasar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata, kelemahan kerajaan di bawah pentadbiran Najib yang dikritik Dr Mahathir adalah diwarisi daripada kelemahan pentadbiran terdahulu.

Beliau memberi contoh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu berpunca kelemahan pentadbiran terdahulu menguruskan dengan baik sumber kewangan negara

Presiden PAS itu berkata, mantan Perdana Menteri sepatutnya memberi nasihat kepada Najib untuk memperbetulkan kelemahan dalam pentadbirannya.

“Mereka masing-masing menyalahkan salah satu sama lain, orang dulu menyalahkan orang sekarang, tak perlu sebut nama.

“Hok sekarang pikul hok dulu laa (pemimpin sekarang pikul kelemahan pemimpin dulu). Kita menjadi penasihat untuk menasihatkan kerajaan supaya membetulkan keadaan,” katanya.ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok pada Sabtu.

Antara kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib termasuk mempertikai pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) dan GST.

Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan pentadbiran Najib kembali kepada Islam dalam menguruskan ekonomi negara.

“Jangan bercakap pasal hudud saja, Islam ini bukan hudud saja, ekonomi pun ada,” katanya.

Abdul Hadi berkata, GST tidak akan menyelesaikan ekonomi negara sebaliknya menambahkan lagi masalah dengan kenaikkan kadar inflasi dan harga barangan.

FMT

Prev.:Sila Letak Jawatan Jika Tak Tunjuk Secara Terbuka Sokongan

Next:Ahmad Maslan: Saya Pakai Swatch Rm230 Saja


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
lavaparia 12-4-2015 12:37 PM
wa bukan apa

wa tahu dah

nnti macai mesti akan sebut bung nuar

mesti akan sebut pak lah

mesti akan sebut gst satu dunia dah buat

wa gelak guling2
sgbuloh 12-4-2015 12:56 PM
betul jugak cakap hadi tu sikit2

TDM paling banyak mewariskan bala bencana kat pengganti2 dia

tapi sekarang bukan main syiok dia kritik semua orang
Orix 12-4-2015 01:11 PM
hahaha... kelemahan pentadbiran dlu... emmm kalo PAS yg mentadbir lg laaaaa hancusss leborrr aku rasa
penamparPONDAN 12-4-2015 01:21 PM
makin lama makin nampak sapa hadi ni sebenarnya...
bangcak 12-4-2015 01:25 PM
kene paham istilah

madey desak bijan letak jawatan = kritik
pembangkang dedah kesalahan utk diperbaiki = nak guling kerajaan
airfilterbersih 12-4-2015 02:03 PM
Hadi xde maruah nak sindir2 kununnnn
penamparPONDAN 12-4-2015 03:21 PM
hadi boneka najib!!!
AbukRokok 12-4-2015 04:20 PM

mestila kawan beb
kan rang undang2 hudud nak diperdengarkan di parlimen...kne la jek Najib
Najib kan da bagi gula gula sikit

lvsg8 12-4-2015 04:27 PM
wah... hj hadi pun dah join macai2 najib tunjuk sokongan...habis la tun..kesorangan
Anak_Nogori 12-4-2015 04:36 PM
Hadi patut carutkan je tun tu..
zjen 12-4-2015 04:45 PM
hadi kalu ada niat nak jadi PM,  masuk UMNO konpem ....xde can,  sbb dia x cukup jantan nak lawan kak mah


  cuma satu jalan je,   dia keluar PAS dan PR,  tubuh pasti Islam yg baru,  masa pilihan raya,  parti dia bertanding kat setiap kawasan Melayu,  try rampas semua kerusi UMNO,   w'salm
Anak_Nogori 12-4-2015 04:53 PM
Quote: zjen replied at 12-4-2015 04:45 PM
hadi kalu ada niat nak jadi PM,  masuk UMNO konpem ....xde can,  sbb dia x cukup jantan nak lawan ka ...

Hadi duk jd presiden pas..nik aziz jd mulsiyolhampas pun baru dpt 21 kerusi je..buat parti baru nak rampas semua kerusi umno..

Mabuk ke apa?.
zjen 12-4-2015 05:16 PM
Quote: Anak_Nogori replied at 12-4-2015 04:53 PM
Hadi duk jd presiden pas..nik aziz jd mulsiyolhampas pun baru dpt 21 kerusi je..buat parti baru na ...

hah,   nampak tak hadi,  macai UMNO dah kecut,   kalu hadi tubuh parti Islam baru konpem boleh tawan byk kerusi UMNO
Anak_Nogori 12-4-2015 05:21 PM
Kihkihkihkih.
dess402 12-4-2015 05:24 PM
Quote: Anak_Nogori replied at 12-4-2015 04:53 PM
Hadi duk jd presiden pas..nik aziz jd mulsiyolhampas pun baru dpt 21 kerusi je..buat parti baru na ...




-     rasa laa macam

mabuk ketum sikitt .




MelahJanda 12-4-2015 10:56 PM
Betul la ckp hadi ni
Korang ni mesti baca tajuk je
Pastu terus buta huruf
famri7 12-4-2015 10:56 PM
Amboi ketam mngajar anaknya catwalk kah?
pok adi dah mula main tepuk2 bahu..skrang najib,esok lusa backup jam mahal bik pula kekdahnya.
guesswho09 12-4-2015 11:18 PM
Betul la apa hadi ckp tu
Tun m ingat zaman dia sempurna sgtkah
Siapa yg ikut politik since 80an tentu tau
Segala bala skrg ni akibat salah urus
Zaman tun m lagi
Ditambah kelemahan the current administration & dgn bini yg lebih sudu dari kuah
sayawifenikmie 12-4-2015 11:20 PM
mengada dan memandai2 je hadi ni.... saja mencapub .....
Lihat semua komen