CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lokasi Larangan Merokok Di Singapura Semakin Banyak

20-4-2015 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6263| Komen: 20

Description: Selain Hampir Semua Kawasan Awam Tertutup, Larangan Merokok Di Republik Itu Telah Diperluas Pada Tahun 2013. Lokasi Larangan Yang Disenaraikan Adalah Di Bawah Kolong Blok, Laluan Pejalan Kaki Berbumbu ...
Lokasi Larangan Merokok Di Singapura Semakin Banyak


SINGAPURA: Tabiat merokok mungkin akan diharamkan di lebih banyak lokasi di Singapura pada masa akan datang selepas sebuah perbincangan mengenainya berlangsung antara pemerintah dengan pihak berkepentingan, lapor portal berita ChannelNewsAsia.com.

Menteri Kedua Alam Sekitar dan Sumber Air, Grace Fu sedang menilai perkembangan selanjutnya yang bertujuan menyediakan Singapura yang bebas daripada asap rokok.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa polisi yang dibuat perlu seimbang antara impak tabiat merokok terhadap bukan perokok dan juga keperluan golongan perokok.

Selain hampir semua kawasan awam tertutup, larangan merokok di republik itu telah diperluas pada tahun 2013. Lokasi larangan yang disenaraikan adalah di bawah kolong blok, laluan pejalan kaki berbumbung dan radius lima meter dari perhentian bas.

Dalam sesi perbincangan tersebut yang turut disertai organisasi bukan kerajaan (NGO), para profesional perubatan dan golongan perokok serta bekas perokok.

Ramai yang menyokong agar disediakan tempat khas untuk merokok manakala sesetengahnya pula meminta agar tempat itu ditutup.

“Kami menerima cadangan agar tempat merokok itu bukan sekadar dibuat garisan malah tembok pemisah kerana asap rokok boleh tersebar ke tempat lain,” ujar Peter Ong, seorang perokok dan juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Tai Seng Gardens.

Terdapat juga cadangan larangan merokok dikenakan ke atas mereka yang lahir selepas tahun 2000.

Dr Koong Heng Nung dari Hospital Mount Elizabeth Novena berkata: “Cadangannya adalah untuk melarang penggunaan tembakau bagi tahun kelahiran tertentu dan seterusnya. Kita bukan mahu melarang perokok yang sedia ada tetapi untuk menghasilkan norma sosial baharu kepada generasi perokok.”

Polisi pemerintah selama ini adalah sekadar memberitahu lokasi larangan merokok  namun ia telah menimbulkan kekeliruan. Maka, pihak pemerintah kini mahu memberi tumpuan kepada peraturan di tempat yang dibenarkan merokok.

“Kita perlu peraturan yang jelas supaya orang awam memahami di mana sesetengah kelakuan dibenarkan dan di mana tabiat merokok tidak dibenarkan.

“Bagi ramai perokok yang bertanggungjawab, ini akan memudahkan mereka. Mereka mahu mengikuti peraturan dan mahu mengetahui perkara terbaik untuk dilakukan,” ujar Fu yang juga menekankan soal penguatkuasaan bagi pihak yang melanggar peraturan.

17

Bagus
26

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
26

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dcruins 19-4-2015 10:58 PM
dah macam New York pulak, dah taraf barang mewah la katakannn.....
Quote tightcherry 19-4-2015 11:11 PM
Yes I sokong
Quote tahanlasak 19-4-2015 11:14 PM
langkah yg mmg terbaik Msia bila lagi .......
Quote sgbuloh 19-4-2015 11:17 PM
gud effort from pihak pemerintah spore.

pemerintah malaysia mampu ke buat?
Quote zorrro_03 19-4-2015 11:24 PM
Nampaknya nilai murni semakin mendapat tempat di negara yahudi asia tersebut.  Dah laa rasuah rendah.   Padan muka najib.   
Quote Esmiria 20-4-2015 12:00 AM
zorrro_03 replied at 19-4-2015 11:24 PM
Nampaknya nilai murni semakin mendapat tempat di negara yahudi asia tersebut.  Dah laa rasuah rendah ...

Big thumb up for this komen
Quote MeghanK 20-4-2015 12:01 AM
Bila nak implement Kat malaysia
Quote sherry70 20-4-2015 12:49 AM
kalau org yg tak merokok memang suka dgn implement no smoking ni...says setuju je kalau  campaign no smoking d Msia wujud .
Quote alinone78 20-4-2015 12:49 AM
Ada aku kesah?
Banyak juga port nak merokok ni
Quote zorrro_03 20-4-2015 06:57 AM
Edited by zorrro_03 at 20-4-2015 07:07 AM
Esmiria replied at 20-4-2015 12:00 AM
Big thumb up for this komen


Kau quote aku ni kang bf kau @spiderman80 potong kredit aku.   


Tu masuk madu kau bodohcingpeng.  
Quote stinger_attack 20-4-2015 07:13 AM
Bakal mendapat status negara ISLAM......spopura nee......

No sales of liquor after 10 pm.........

Kawasan pengharaman merokok dipetluaskan......


Negara Kepimpinan KAPIR...Tapi jiwanya, ISLAM..............


P.S...kembang kuncup hidung Si LINA...kena angst.....
Quote stinger_attack 20-4-2015 07:19 AM
tahanlasak replied at 19-4-2015 11:14 PM
langkah yg mmg terbaik Msia bila lagi .......

Hutang 1MDB bila nak habis bayar kalau kita haramkan sales of cigarettes?......the tax revenues generated and pump into the gomen coffers.......too enormous to be ignored kan,kan,kan?


Quote spiderman80 20-4-2015 08:15 AM
Singapore negara kecik, asap rokok mudah terperangkap.
Quote Dunhill. 20-4-2015 09:14 AM
Edited by Dunhill. at 20-4-2015 09:16 AM
stinger_attack replied at 20-4-2015 07:13 AM
Bakal mendapat status negara ISLAM......spopura nee......

No sales of liquor after 10 pm......... ...


Khabarnya penyeludupan rokok di spore tertinggi di ASEAN salepas Malaysia...

Pi lah check kontena masuk kt port...ni asyik kacau woodlands checkpoint...

Kasihan org yg nk bergegas ke lokasi disebabkan sikap berteler2 pemerintah..

Asap rokok berkira tp pelepasan asap kenderaan yg berputar2 di spore tak nak amik kira...dpt tangkap 1 kotak rokok pun kecoh sampai keluar berita..

So funny...
Quote Esmiria 20-4-2015 09:21 AM
zorrro_03 replied at 20-4-2015 06:57 AM
Kau quote aku ni kang bf kau @spiderman80 potong kredit aku.   

camne ko tahu ...spidey....bf aku?...ngee....
Quote dcruins 20-4-2015 09:27 AM
larangan jerebu ada tak?
Quote sekel 20-4-2015 10:12 AM
perkara yang baik patut dicontohi oleh Malaysia
Quote zorrro_03 20-4-2015 10:41 AM
Esmiria replied at 20-4-2015 09:21 AM
camne ko tahu ...spidey....bf aku?...ngee....

Smlm masuk berita.  Kau jgn sampai puan bodohcingpeng dia tahu.  
Quote Esmiria 20-4-2015 10:45 AM
zorrro_03 replied at 20-4-2015 10:41 AM
Smlm masuk berita.  Kau jgn sampai puan bodohcingpeng dia tahu.

kahkahkakah....... @spiderman80

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059047 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top