CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putrajaya: Jenaka dan Gurauan boleh dikenakan Akta Hasutan 1948

23-4-2015 05:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10103| Komen: 98

Description: "Sebaliknya Kami Kini Menggunakan Lebih Banyak 'Jurucakap' Tanpa Nama Atau Rekaan Untuk Membuat Komentar Dan Gurauan Bagi Menyampaikan Mesej Yang Sama, Dengan Harapan Kami Selamat Daripada Dikenakan ...
Putrajaya: Jenaka dan Gurauan boleh dikenakan Akta Hasutan 1948

Gambar hiasan


Jenaka, gurauan dan sindiran, atau satira, kini bukan lagi boleh dijadikan bahan ketawa apabila Putrajaya mengetatkan lagi undang-undang hasutan bagi mengawal pandangan berbeza dan komen melalui Internet.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 9 April itu juga memaksa saluran berita satira lebih berhati-hati menjadikan ahli politik dan badan kerajaan sebagai bahan gurauan mereka.

Salah satu daripadanya, Fake Malaysia News (FMN), mengakui mereka  kini lebih berhati-hati dengan cara penulisan berita palsu secara sindiran, selepas undang-undang terhadap laman berita dan penggunaan media sosial semakin ketat

"Kami cuba supaya bahan lawak kami tidak menampakkan seolah-olah ayat itu datang secara langsung dari mulut seseorang ahli politik.[size=43.5799407958984px]

"Sebaliknya kami kini menggunakan lebih banyak 'jurucakap' tanpa nama atau rekaan untuk membuat komentar dan gurauan bagi menyampaikan mesej yang sama, dengan harapan kami selamat daripada dikenakan tindakan undang-undang," kata pengasas FMN yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, kepada The Malaysian Insider.

Katanya, setiap orang kini lebih cermat dan penerbit kandungan perlu lebih bertanggungjawab terhadap setiap bahan di atas talian.

"Kami tak boleh bercakap bagi pihak orang lain, tetapi di FMN, kami meletakkan penafian (disclaimer) di merata tempat supaya pihak berkuasa sedar kami tidak ada agenda lain kecuali ingin membuat lawak," kata Adam.

Pindaan Akta Hasutan termasuk memberi kuasa kepada mahkamah mengharamkan pengedaran penerbitan yang dianggap menghasut.

Selain itu, mana-mana penerbitan yang boleh membawa mudarat kepada tubuh badan atau harta benda, atau dilihat menimbulkan niat jahat, permusuhan dan kebencian antara kaum dan agama, juga dianggap menghasut.

Mahkamah juga boleh mengarahkan pihak berkuasa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia memadam bahan hasutan atas talian yang dimuat naik individu yang tidak dikenalpasti.

Pindaan akta ini mengundang kritikan peguam dan ahli politik pembangkang yang menganggapnya sebagai "serangan" terhadap kebebasan bersuara dalam masyarakat demokratik.

"Tahap apa yang dikatakan hasutan itu rendah dan ini sudah memadai untuk mahkamah membenarkan permohonan dari peguam kerajaan," kata peguam hak sivil Syahredzan Johan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberi amaran kepada Putrajaya mengenai bahaya mengenakan kawalan ketat sedemikian terhadap laman web, kerana ia akan akhirnya menyebabkan rakyat sangsi dengan keupayaan kerajaan berhujah secara bijak mempertahankan pandangannya.

"Jika mereka didiamkan atau disekat, ia akan menghadkan orang ramai melontarkan pandangan dan boleh menyebabkan hilang minat terhadap proses politik.

"Jika undang-undang itu digunakan untuk menekan mereka, ia akan memberi mesej bahawa kerajaan berasa tidak selamat dan tidak berupaya berhujah menjawab isu secara bijak.



6

Bagus
18

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 23-4-2015 03:25 PM
apa nih..... gurau pun takleh
Quote chaintea 23-4-2015 03:27 PM
aku kt negara mana ni
kena sindir pon xleh dah
Quote dubuk 23-4-2015 03:28 PM
wow wow wowwwwwwwww

where am i where am i

Quote MeghanK 23-4-2015 03:29 PM
Haih, najib ngn kak Mah ni menyetap tahap langit ke 7.. Hari tisu sungguh
Quote AbukRokok 23-4-2015 03:40 PM
Welcome to the newest police state
Quote AbukRokok 23-4-2015 03:41 PM
Boleh guna word kemaslanan x?

Bye smua mlm ni aku msuk lokap
Quote GhostWalking 23-4-2015 03:42 PM
Fine laaaaa mulai esok aku Sirius jahhh pppfftt
Quote dino 23-4-2015 03:45 PM
GhostWalking replied at 23-4-2015 03:42 PM
Fine laaaaa mulai esok aku Sirius jahhh pppfftt

aku cdgkan kite pakat create new language yg spesis sentap takkan paham......
Quote dewi 23-4-2015 03:47 PM
rasa macam kat wonderland

off with the headd .....
Quote Aya_Osman 23-4-2015 03:47 PM
ok fine..lps ni ckp yg baik2 jah...
Quote Kittie 23-4-2015 03:47 PM
Kittie kena review balik ker post2 lama Kittie?
Quote monyet02 23-4-2015 03:49 PM
tak cukup la penjara nak menampung "pesalah"
Quote GhostWalking 23-4-2015 03:51 PM
dino replied at 23-4-2015 07:45 AM
aku cdgkan kite pakat create new language yg spesis sentap takkan paham......

cafakafap bafahafasafa gifinifi jafalafa sofo defepafa takfakdafapafahamfam
Quote EJALTI 23-4-2015 03:52 PM
Edited by EJALTI at 23-4-2015 03:53 PM

Gurau pun tak boley?

Nyammmpahhhhh.....

Songlap menyonglap sampai bawak lombu dalam kondo, boleh plakkkkkkkkkk....
Quote dino 23-4-2015 03:52 PM
Kittie replied at 23-4-2015 03:47 PM
Kittie kena review balik ker post2 lama Kittie?

berbahasa mieoww mieowww dah le ye lps nih..... takpun berdavinci code.... aku post dlm format encrypted pastu sila decrypt sendiri....

Quote dino 23-4-2015 03:57 PM
GhostWalking replied at 23-4-2015 03:51 PM
cafakafap bafahafasafa gifinifi jafalafa sofo defepafa takfakdafapafahamfam

P8XxtEgV+gRfrEd0WaBq5g/6cmsqfVIaHrf5L0Xje9TpRymDcaYb3y0JXm4p/9jyIixvkmI1+9hg4bRL
DOhZLiz1vSNfCrc4A+Unm86ivZ0=


https://www.infoencrypt.com/

password: testing





Quote Kittie 23-4-2015 03:58 PM
dino replied at 23-4-2015 03:52 PM
berbahasa mieoww mieowww dah le ye lps nih..... takpun berdavinci code.... aku post dlm format enc ...

Kena wat secret BBS, ala2 zmn IRC tp with improved security & multi-layer walls. Pestu pengunjung dia by invitation only & ada ujian IQ gak. Klu IQ ala2 hot search CARI skrg nih, sila sedar diri nk join.






Post kat nih nnti leh kena siasat ke?
Quote lavamorningstar 23-4-2015 03:59 PM
habis si sutun pink......kaki fitnah kena pasong.

Quote Kittie 23-4-2015 04:00 PM
dino replied at 23-4-2015 03:57 PM
P8XxtEgV+gRfrEd0WaBq5g/6cmsqfVIaHrf5L0Xje9TpRymDcaYb3y0JXm4p/9jyIixvkmI1+9hg4bRL
DOhZLiz1vSNfCrc4 ...

Kejap lg dino kena... Haaaa... tak tahu...


Laki bini tuh tgh hati tisu skrg...

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.076165 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top