CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MP: Antara sebab ditahan polis adalah membangkitkan 'perkahwinan anak PM'

5-5-2015 05:44 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6778| Komen: 26

Description: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendakwa bahawa antara alasan yang diberikan oleh polis untuk mereman beberapa pemimpin berkaitan protes anti-GST semalam ialah kerana soal majlis perkahwinan a ...



Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendakwa bahawa antara alasan yang diberikan oleh polis untuk mereman beberapa pemimpin berkaitan protes anti-GST semalam ialah kerana soal majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ditimbulkan di perhimpunan tersebut.

N Surendran merupakan sebahagian daripada pasukan peguam yang mewakili empat orang pemimpin semasa pendengaran permohonan reman mereka pagi ini.

"Sesetengah isu yang dibangkitkan oleh pihak polis sebagai alasan permohonan reman adalah bahawa terdapat tuntutan di perhimpunan tersebut untuk membatalkan GST.

"Satu lagi sebab ialah tentang rasuah dibangkitkan, dan satu lagi ialah penganjur perhimpunan itu membangkitkan tentang perbelanjaan mewah di negara ini.

"Satu lagi sebab ialah semasa perhimpunan itu, penceramah membangkitkan tentang perkahwinan anak perempuan Najib (Nooryana Najwa).


"Ini adalah antara sebab-sebab individu terbabit disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata Surendran kepada pemberita di luar pusat pusat tahanan polis Jinjang petang ini.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menjadikan suatu kesalahan untuk terlibat dalam perhimpunan haram.

Keempat-empata mereka ialah bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hatta Ramli, dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ambiga, Loke dan Arutchelvan ditahan lewat malam tadi dan ditahan semalaman, manakala Hatta menyerah diri pagi ini.

MP Puchong Gobind Singh Deo yang juga sebahagian daripada pasukan peguam itu berkata majistret menolak permohonan polis untuk tahanan reman selama empat hari atas alasan bahawa keempat mereka bersedia untuk bekerjasama dan telah hadir apabila dipanggil pihak polis.

Bagaimanapun, katanya, keempat mereka perlu melapor diri di ibupejabat polis daerah Dang Wangi pada pukul 4 petang untuk kenyataan mereka direkodkan.

Sementara itu, Loke dan Arutchelvan berkata polis tidak mengambil kenyataan mereka atau berbuat apa-apa, walaupun kedua-dua mereka ditahan semalaman di di pusat tahanan polis Jinjang.

"Semalam, apabila polis memanggil secara tergesa-gesa, saya kata (kepada mereka) bolehkah saya datang pagi ini. Mereka berkata, 'Tak boleh, kamu datang sekarang. Jika tidak kami datang dan tangkap kamu."


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freebird 5-5-2015 05:38 PM
tak lama lagi, ramai lah orang nak datang malaysia nak interview bijan....

macam cerita 'The Interview'...
Quote cik_tonggek 5-5-2015 05:46 PM
hasut kat mana kalo dah memang semua org tau kerajaan
spend lavishly while rakyat semua sengsara
Quote kudajantan77 5-5-2015 06:15 PM
Bangsat punya kerajaan ... makin malu aku jadi rakyat Malaysia ... tapi nak lari ke mana ... tanahairku dikuasai perompak ...
Quote xAthenax 5-5-2015 06:23 PM
lavish 1 hal
kemudian minta guests jangan share gambar ? apa ke jadah? takut orang persoalkan the "lavishness"  kah?
we are not so maslan lah
sampai tak tahu se bouquet dan se stalk bunga import tu berapa rega nya
we aren't that village too, sampai tak reti nak buat anggaran
Quote dani-rox 5-5-2015 07:17 PM
Cubaan utk membantutkan kebebasan bersuara di saat rakyat tengah hangen satu badan...
Wrong move.
Quote Staratila 5-5-2015 07:24 PM
Oh Malaysiaku... Lepas satu, satu hal yg timbul. Semuanya memalukan
Quote kelip2_07 5-5-2015 07:44 PM
Yg nie gmbr ms bersanding ktner plak??
Quote EJALTI 5-5-2015 07:50 PM
kelip2_07 replied at 5-5-2015 07:44 PM
Yg nie gmbr ms bersanding ktner plak??

Kat KLCC Convention Centre.....
Quote kelip2_07 5-5-2015 07:56 PM
Oo..cantik gak bj dia yg nie..yg kt kazakh tu huduh la..nmpk biasa dan murah
Quote dodolgemok 5-5-2015 08:25 PM
persoalkan saja pon kena tahan? babi apakah ini??
Quote estrelle 5-5-2015 08:29 PM
hati2 rejim bijan dah menggila
Quote kecimpret 5-5-2015 08:51 PM
Ke arah negara korea utara
Quote giyomi 5-5-2015 09:07 PM
tahap dewa pemimpin kita ni ek, sampai takleh soal.
Quote EJALTI 5-5-2015 09:22 PM
Spammer vavi anak haram  buat hal dah.....

Quote BelitaBela 5-5-2015 09:42 PM
Itu tak boleh
Ini tak boleh
Apa pun tak boleh

Quote ice_sky92 5-5-2015 09:46 PM
Shame on you Najib.
Quote DARSITA 5-5-2015 09:50 PM
So lepas ni kalau BN attack pemimpin DAP ka PKR ka PAS ka .. PDRM kena tahan mereka jugak.


kelakor nya lah PDRM nampak nar dah jadi lembu!
Quote kangkong999 5-5-2015 10:34 PM
Emperor is getting angrier.
Quote akificha 6-5-2015 10:40 AM
ye la..rakyat sedang berduka pasal GST..yang rosmah buat event grand gilerrr..tak heboh pulak tu..cmn tu????

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060801 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top