CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Malaysia memandu lebih baik daripada lelaki

18-5-2015 05:20 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4745| Komen: 11

Description: Apabila lelaki OVER YAKIn mereka selalu dilihat menjadi pembuli jalan raya dan berakhir dengan kemalangan...


Kecoh apabila kajian di London mendapati bahawa pemandu wanita di London adalah jauh lebih baik daripada pemandu lelaki. 

Ujian yang dijalankan ke atas 50 lelaki mendapati mendapati wanita mendahului lelaki dalam beberapa siri ujian.

Dilaporkan 14 aspek pemanduan termasuk kelajuan, kemahiran pemerhatian, tindak balas terhadap pengguna jalan raya lain, dan pematuhan lampu isyarat dijalankan.

Bagaimana pemandu di Malaysia? 

Adakah pemandu wanita Malaysia lebih baik berbanding lelaki?

Senang sangat rakyat Malaysia melabelkan pemandu mengikut kelas jantinanya.. Kita biasa dengar 'Biasalah perempuan..'...'Adoi makcik ini"..."Perempuan ini lembab".. Pengelasan ini bukan sahaja dilakukan oleh lelaki, malah wanita juga kadang-kadang menggunakan ayat ini jika berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan. Malah, kita biasa akan cepat-cepat melihat pemandu dan jika dia ialah WANITA!! SIAP KAU.

kalau ikutkan di Malaysia, statistik kemalangan jalan raya di Malaysia sememangnya tak pernah menurun malah meningkat sahaja sepanjang tahun. Ini menjadikan Malaysia di tangga ke 17 merekodkan kadar kemalangan jalanraya di dunia. 

Selain peningkatan kenderaan di atas jalan raya, peningkatan pemandu wanita juga adalah punca kepada peningkatan statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.

'Statement' panas oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, suatu ketika dahulu pernah melabelkan wanita memandu secara sambil lewa serta membahayakan orang lain. Namun betul ke kenyataan ini?


Kalau diikutkan kajian oleh MIROS pada 2009 mendapati bilangan nahas jalanraya yang melibatkan pemandu lelaki adalah 2.4 kali lebih banyak dari pemandu wanita.

Pendek kata, lelaki lagi terdedah risiko kemalangan sebanyak 2.5 kali ganda daripada wanita.  

Terdapat 244,336 kes melibatkan pemandu lelaki berbanding 103,153 untuk pemandu wanita. Jika diambil kira bilangan penduduk, lelaki mempunyai kadar nahas jalanraya sebanyak 1,351.74 bagi setiap 100,000 penduduk lelaki, berbanding 537.97 kemalangan melibatkan pemandu wanita bagi setiap 100,000 penduduk wanita di Malaysia. 

Kajian tak hanya terhad pada statistik, tetapi kajian juga mendapati wanita mempunyai keupayaan mengagak jarak dan ruang yang kurang berbanding lelaki. Namun, disebabkan kelemahan ini lah, wanita lebih berhati-hati memandu berbanding lelaki. 

Bagi lelaki mereka mempunyai ciri-ciri psikomotor yang lebih tinggi berbanding lelaki yang menyebabkan mereka menjadi yakin atau 'OVER YAKIN'.

Apabila lelaki OVER YAKIN mereka selalu dilihat menjadi pembuli jalan raya dan berakhir dengan kemalangan.


Kebelakangan ini kita dihidangkan dengan kisah-kisah kemalangan yang dilakukan oleh wanita, antaranya terdapat 3 kemalangan yang menjadi perbualan yang melibatkan pemandu wanita. 

Pertama Kisah Kiki CDM yang memaki hamun seorang pakcik tua, kemalangan DUKE yang meragut tiga nyawa yang salah seorang pemandu tersebut adalah wanita, serta kes terbaharu, kemalangan melibatkan sebuah Myvi kuning di Putrajaya yang meragut satu nyawa.

Walaupun dengan 3 kisah panas ini, lelaki tetap menjadi penyumbang utama statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Namun kenapa jarang kita dengar 'lelaki' dijadikan label? Atau adakah ia situasi biasa kerana lelaki sememangnya cuai dan seriang terlibat dengan kemalangan? 

Jadi, adakah pemandu wanita Malaysia lebih baik daripada pemandu lelaki? - CARI Infonet.

Apa kata anda? 

12

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
17

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote darrendemers12 27-7-2017 09:45 PM
Thank you so much! I loved this post :) You have really made my day and perhaps marked a pivotal point in my life!
[url=http://www.downs-automotive.com]downs-automotive.com[/url] , [url=http://www.ciliauto.com]ciliauto.com[/url] , [url=http://www.lacasadelautor.com]lacasadelautor.com[/url] , [url=http://www.miseauto.info]miseauto.info[/url] , [url=http://www.lerne-auto-fahren.info]lerne-auto-fahren.info[/url] , [url=http://www.autorepairnewark.info]autorepairnewark.info[/url] , [url=http://www. ...
Quote Vympel77 6-7-2015 06:25 AM
Terdapat 244,336 kes melibatkan pemandu lelaki berbanding 103,153 untuk pemandu wanita.


Statistik bodoh

berape pemandu lelaki ? berape pemandu pompuan?
Quote Mr.Robin 5-7-2015 12:44 AM
Betullah. Yang slalu langgar x tentu pasal kan pempuan. Yang slalu text sambil drive kan pempuan . Sebab tu diorang good driver
Quote jay_07 28-5-2015 01:07 AM
Menipu je... yg dok masuk dalam stesen minyak ngan kete tu laki Ke. Hahaha
Quote rokarina 27-5-2015 04:03 PM
rina ngaku je rina cuai..tapi dulu la. hehe
Quote wnwa05 20-5-2015 11:03 AM
racist gender betul artikel ni!!
Quote mayaBB 20-5-2015 12:11 AM
Memang betul tu.. perempuan atleast ngaku la penakot n bawak pun hati2.. even x semua la.. tp lelaki mostly... mg selalu slhkan perempuan.. mcm lah die betul sgg.. nk suh bf baca atikel ni.
Quote SayaSayangMama 19-5-2015 09:50 AM
Bagus. Tolong viralkan artikel ni. Ckp pkai statistik la wehh
Quote intriQue 19-5-2015 07:53 AM
Safety first. My kids are important
Quote binisupir 19-5-2015 12:02 AM
thorbaik.. hehe
Quote red_cattleya 18-5-2015 11:35 PM
well said..haha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.039003 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top