CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Julia Ziegler Tertekan Soal Kahwin

20-5-2015 06:25 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9514| Komen: 27

Description: KUALA LUMPUR: Tanggal 21 Mei ini genap 31 tahun usia Julia Ziegler. Kalau dilihat angka berkenaan memang molek benar untuk pemilik nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler ini menamatkan zaman bujang. Mal ...



KUALA LUMPUR: Tanggal 21 Mei ini genap 31 tahun usia Julia Ziegler. Kalau dilihat angka berkenaan memang molek benar untuk pemilik nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler ini menamatkan zaman bujang. Malah, Julia juga dilihat sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai isteri, cuma dia tidak mampu melawan kehendak takdir yang jodohnya belum kunjung tiba.


Melihat teman artis dan mereka yang akrab dengannya melangsungkan perkahwinan, hati kecilnya turut terdetik mengimpikan saat bahagia yang sama. Pernah digosip bercinta dengan lelaki itu dan ini termasuk mereka yang bergelar anak seni, Julia bagaimanapun percaya jodohnya ada, cuma belum mendekatinya.


Tekanan nak kahwin itu memang ada. Pendek kata, atas bawah kiri dan kanan Julia 'diserang' dengan soalan bila nak kahwin. Teman media, peminat, ahli keluarga dan sanak saudara memang tak putus-putus bertanya. Tapi apa boleh buat, semua itu atas kehendak Tuhan. Julia percaya Tuhan ada perancangan yang baik untuknya. Kalau ada jodoh atau berita nak kahwin, Julia memang akan kongsi. Tapi nak buat macam mana, Julia belum pasti lagi soal itu. Usia pun makin meningkat bukannya makin menurun.


"Biasalah, ada pasang niat atau menyasarkan usia tertentu nak kahwin juga. Tetapi selalunya yang dirancang tak menjadi. Cinta tak kesampaian itu biasalah. Sedihnya bukan kepalang," katanya. Tapi bagi Julia, dia ambil positif semua yang terjadi. Pasti ada hikmah tersembunyi. Mengenai perkembangan seni, Julia masih aktif berlakon. Dia kini sedang melunaskan penggambaran drama Keluarga Pontimau terbitan Filmscape di samping Keith Foo dan Marsha untuk TV3.


Dalam pada itu, Julia sedar publisiti terhadap dirinya di dada akhbar dan majalah juga tidak serancak waktu dahulu. "Publisiti memang penting dalam kerjaya seni artis. Saya masih memerlukan publisiti tapi kalau tak ada apa yang nak dipukul canang buat apa juga. Jadi kalau ada produk drama atau filem untuk dipromosikan saya bersedia. Walaupun nama saya sudah dikenali, saya tak nafikan masih memerlukan publisiti untuk memberitahu peminat kita masih aktif.


"Macam sekarang pun golongan artis sudah ada platform media sosial seperti Instagram untuk menghebahkan apa sahaja yang berkaitan aktiviti seni dan rutin harian. Jadi saluran ini saya lihat wajar dimanfaatkan artis untuk memastikan atau memaklumkan kepada peminat yang kita masih aktif," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 20-5-2015 12:51 PM
Serious meols cakap, Julia Ziegler makin cantik dan makin slim. At least dah x nmpk perut boroi she dalam Ombak Rindu. Sayang watak mak2 remaja pun dia dah ambik.
Quote sgbuloh 20-5-2015 01:34 PM
nak jadi macam ella ke? dah liat baru nak kawen
Quote miabebe 20-5-2015 01:34 PM
Enchikfitz rembes julia ziegler ke...
Quote enchikfitz 20-5-2015 01:42 PM
miabebe replied at 20-5-2015 01:34 PM
Enchikfitz rembes julia ziegler ke...

Rembes kat miangbebe boleh?
Quote biozipstar 20-5-2015 01:47 PM
hehee.. ramai lagi yg x kawen asenye... moga berjodohan
Quote fealefea 20-5-2015 01:47 PM
ingatkan tua dari aku, rupenye baru 31. haih masa crite degawan pon bajet cam da tua jek
Quote miabebe 20-5-2015 01:57 PM
enchikfitz replied at 20-5-2015 01:42 PM
Rembes kat miangbebe boleh?

Haruslah boleh enchikfitz..
Quote gekkou 20-5-2015 01:57 PM
amboi sampai tertekan gtu
relax2 sudah
bukan tak nk kawen...dah jodoh nya belom sampai
Quote ridz09 20-5-2015 02:22 PM
Dulu dia gumuks jap, skrg dah cantik balik
Quote doubleA 20-5-2015 02:30 PM
iols selalu confuse sheols dgn nita yg pernah ada gosip dgn zahid af tu
Quote chinta89 20-5-2015 02:43 PM
baru 31 tp wajah dia nampak lebih tua dr usia sebenar..
Quote tomet05 20-5-2015 04:27 PM
dah liat baru nak kahwin .. korang  ni .. kikiki
Quote tagas 20-5-2015 04:36 PM
Dulu bkn pernah ade gossip ke dia ni ade mental prob lps eksiden

Tu yg guys2 ke vvip  takut nak dekati kot
Quote silampumeja 20-5-2015 04:49 PM
tuk jamal tengah mencari...julia ni plak tgh diasak soalan begini...nak why not?
Quote spankee_fili 20-5-2015 05:01 PM
cantiknya badan sheols dalam foto ni.....nak jugak body gini.....
Quote sukacactus 20-5-2015 05:26 PM
Bkn dia ni ke yg macam ting tong skit?
Tp kinah ting tong tu kawin gak eh
Blum sampai jodoh la tu
Quote kupuku 20-5-2015 05:40 PM
sgbuloh replied at 20-5-2015 01:34 PM
nak jadi macam ella ke? dah liat baru nak kawen

sbb org mcm ko la kot dia tertekan

kalau jodoh kat tangan dia mungkin dia dah aturkan diri sendiri ada 4 5 anak
Quote ellejo 20-5-2015 06:05 PM
lek ar. 30 is the new 20,julia. (kataku sambil meleleh air mata mengenang diri masih tiada sapa mau ajak dating)
Quote aechae 20-5-2015 07:37 PM
sgbuloh replied at 20-5-2015 01:34 PM
nak jadi macam ella ke? dah liat baru nak kawen

terasa ai taww   

ai sebaya dgn julia ni....same besday sama tahun...tp klu duk sebelah2 ai nmpk lg muda kot

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.115856 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top