CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah Susu Ibu Dicampur Dengan Air Menyebabkan Kematian Bayi Sendiri

26-5-2015 05:31 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 4021| Komen: 4

Description: lazimnya dalam tempoh 6 bulan selepas bayi dilahirkan, susu ibu yang diberi kepadanya tidak harus bercampur aduk dengan sebarang makanan atau minuman, termasuk air. ini kerana susu ibu mengandungi seg ...


CMF Repoter
Article Diterbitkan : 26 Mei 2015


Lahirnya seorang bayi, bermakna perbelanjaan ibu bapa akan menjadi bertambah dan ia juga merupakan satu bebanan dan cabaran buat keluarga tersebut.

Di Georgia , Amerika Syarikat terdapat sepasang suami isteri , berikutan berdepan masalah kewangan dan kejahilan sendiri, mereka telah menyebabkan kematian bayi kandungan mereka, Niveah yang hanya 10 bulan besar. 

Menurut ibu kepada bayi tersebut iaitu Lauren Fristid sebab utama dia mengambil keputusan mencampurkan air ke dalam susu ibu untuk diminum oleh bayi perempuannya adalah berikutan keluarganya tiada wang yang cukup untuk membeli susu tepung dan kandungan susu ibu pada dirinya pun tidak banyak. 

Akibatnya kesihatan bayi terjejas teruk kerana diserang keracunan air.  


Selain itu, Niveah juga mengalami penurunan berat badan sekurang-kurangnya 20 % akibat kurang khasiat. 

Laporan bedah siasat menunjukkan selain keracunan air, Niveah turut dipercayai mati kebuluran.  

Setelah didapati kekurangan khasiat, Niveah pun tidak dibawa ke hospital untuk rawatan. 


Pihak polis memberitahu semasa memberi keterangan di mahkamah, kedua-dua suami isteri mengatakan bayinya telah dirasuk oleh syaitan dan hanya perlu melakukan doa selamat maka bayi itu akan terselamat, mereka langsung tidak percaya yang doktor mampu selamatkan anak mereka.

ketika ini, mereka telah didakwa atas tuduhan membunuh. 


Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), lazimnya dalam tempoh 6 bulan selepas bayi dilahirkan, susu ibu yang diberi kepadanya tidak harus bercampur aduk dengan sebarang makanan atau minuman, termasuk air. ini kerana susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi.

Jika bayi itu dibiarkan minum terlalu banyak air, ia mungkin akan menyebabkan khasiat itu terbuang sehingga menimbulkan air itu beracun. 

Tanda-tanda awal bagi mereka yang mengalami keracunan air adalah seperti kekuncupan tubuh badan, tidak cerdas, rasa gelisah, mengantuk, muntah, muka kelihatan lebam dan lain-lain, rawatan segera diperlukan. 

Pakar kesihatan mengatakan, bayi yang sebelum enam bulan usianya, tidak perlu diberi air yang berlebihan, mereka hanya perlu minum susu ibu atau susu tepung yang berformula dan pada kuantiti yang ditetapkan.  - CARI INFONET

36

Bagus
19

Marah
29

Terkejut
34

Sedih
25

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kakdee 6-4-2016 04:46 PM
Hai semua

Bagi yang nak dapatkan milkbooster
wassap je akak

Berkesan tak guna EMLAC ni?
kat bawah tu akak bagi gambar testimoni
jemput baca yer

Akak bagi harga DISKAUN dekat sis semua
Quote mayaBB 28-5-2015 05:59 PM
yekee?? ye air tu beracun.. ape pun sedih la mati bayi ni
Quote ultramantujuh 28-5-2015 09:37 AM
memang kesian lah, anyway baru gua tahu tak boleh campur dengan air .... sekarang semua orang yang tahu jangan buat lagi.... jangan campur air bersama susu ibu
Quote Shahreen74 28-5-2015 08:38 AM
kesiannyer... family x berkemampuan...  x boleh salahkn dorang.. itu jer yg dorang mampu.. ingat ok.. tp jd sebaliknyer pulak...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053809 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top