CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

“Gangsterock” akan mula ditayangkan pada 17hb Julai 2015

19-6-2015 10:40 AM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 3798| Komen: 0

Description: Shake ( Soffi Jikan ) mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo ( Apek ) yang mahu membantunya. Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekera ...

Shake ( Soffi Jikan ) mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo ( Apek ) yang mahu membantunya. Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan Rockers. Hanya dengan semangat Rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, menjadi jalan keluar. Mampukah Rockers bersatu?





YKS Film Maker Sdn Bhd, hari ini, dengan amat bangganya mengumumkan bahawa filem “Gangsterock” yang dimulakan penggambarannya pada 11hb Januari, 2014 lalu, akan mula ditayangkan pada 17hb Julai, 2015. Filem aksi muzikal komedi yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta ini, dikonsepsikan, ditulis, diskrip dan diarah oleh pelakun berpengalaman dan berkaliber Soffi Jikan, yang juga memegang watak utama dalam filem ini. Ditampilkan bersama Soffi, adalah ramai pelakun-pelakun popular seperti Khir Rahman, Izara Aishah, Saiful Apek and Sharifah Amani yang memegang watak-watak penting dalam filem cereka ini. Gangsterock yang diterbitkan bersama SKT Media & Entertainment Sdn Bhd dan 1 Man Film, menggambarkan cerita Shake (Soffi), seorang pemuzik rock yang ingin menyatukan semua Rockers di Kuala Lumpur untuk mengatasi cabaran daripada gangster yang menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan tentangan daripada rockers. Walaupun Gangsterock adalah filem cereka pertama untuknya, Soffi pernah mengarahkan beberapa filem pendek dan telemovie sebelum ini.

YKS Film Maker Sdn Bhd telahpun ditubuhkan selama lima tahun, dan telah menerbitkan berbagai program televisyen. Ia adalah kerjasama dua personaliti dalam industri hiburan, iaitu pengarah drama dan filem Yusof Kelana dan pelakon dan pengacara Serina Datuk Redzuawan. Mereka bersama membangunkan YKS Film Maker Sdn Bhd dengan berkongsi modal serta pengalaman dengan harapan untuk memeriahkan lagi industri perfileman negara. Meskipun ketika ini bilangan filem cereka tempatan yang memasuki pawagam semakin bertambah tetapi YKS Film Maker Sdn Bhd tetap yakin dengan masa depan pasaran industri filem kita dalam menghadapi persaingan yang sengit. Keyakinan ini berasaskan semangat mereka untuk menerbitkan filem sendiri dan menyerahkan kepada masyarakat penonton untuk menilai dan memberi sokongan. YKS Film maker Sdn Bhd cuba memberi satu kelainan dalam genre filem tempatan supaya filem Melayu terus mendapat perhatian dan pengikutnya di negara sendiri. Serina Datuk Redzuawan dan Soffi Jikan adalah penerbit eksekutif filem Gangsterock yang sangat dinanti-nantikan ini, manakala Dato’ Sri Gavin Tee adalah penerbit bersekutunya. Antara penaja rasmi Gangsterock ialah King of Rims (http://kingofrims.com.my/) dan Hotel De Art (http://www.hoteldeart.com.my/).

Disamping pelancaran filem Gangsterock, album OST berjudul “Gangsterock – Kasi Sengaat” yang membentang lagu tema “Gangsterock Style” yang dinyanyikan oleh Soffi Jikan, akan turut dilancarkan. Album ini juga memuatkan beberapa lagu baru daripada Edry Hashim.

Sila layari https://www.facebook.com/MyRexFilm untuk maklumat lanjut.


Dibintangi

1. SOFFI JIKAN - SHAKE

2. SAIFUL APEK - BROMO

3. IZZARA AISHAH - MALA

4. SHARIFAH AMANI - NIAN

5. KHIR RAHMAN - KHIDIR

6. AQASHA - RUDE

7. HARUN SALIM BACHIK - ZUAN

8. NAMRON - DINO

9. SYAFIE NASWIP - RINGGO

10.Z ZAMRIE - ZAM


Penampilan Khas

* FAUZIAH NAWI * CHEF WAN * MR OS * WAN HANAFI SU *

* MON RYANTI * KAMAROOL HJ YUSOF * SANI SUDIN KOPRATASA *

* ITO BLUES GANG * LOMAK KRIS *BENJI * ZAITON SAMEON *

8

Bagus
8

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.043453 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top