CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Yang Boleh & Yang Tak Boleh Buat Ketika Cuaca Panas!

29-6-2015 04:05 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 8555| Komen: 5|Original author: ultramantujuh

Description: Kebelakangan ini, tidak kira di mana saja kita berada, baik dalam bilik mahu pun di luar rumah seluruh Negara sekali lagi mula rasa kebahangan. Setiap hari purata suhu sebanyak 34°C dan keadaan cuaca ...

Oleh : LOO TUNG SEANG
Artikel Diterbitkan : 29 Jun 2015


Kebelakangan ini, tidak kira di mana saja kita berada, baik dalam bilik mahu pun di luar rumah, kebahangan sekali lagi terasa di seluruh negara.  


Walaupun negara kita tidak seperti negara-negara lain yang mengalami kadar suhu yang lebih daripada 40°C sehingga menyebabkan berlakunya kematian akibat kepanasan yang melampau. 

Namun demikian, setiap hari purata suhu sebanyak 34°C dan keadaan cuaca yang kering dan panas, sememangnya membuat seseorang itu rasa kurang selesa. 


sumber foto :


Lebih-lebih lagi, jabatan kajicuaca turut mengatakan keadaan cuaca yang panas macam ini akan dikekalkan sehingga awal bulan September, kenyataan tersebut mengundang kegusaran masyarakat umum.

Berdepan cuaca yang panas, selain tidak dapat tidur, kehidupan dan rutin harian sedikit sebanyak terganggu kerana keadaan sebegitu mudah membuatkan kita rasa tidak bermaya. Namun, masih perlu diingatkan ketika cuaca panas, beberapa perkara yang harus diberi perhatian…




     Yang Harus Dilakukan Ketika Cuaca Panas :

1) Guna Bahan Pelindung Matahari
Pancaran cahaya matahari yang panas sememangnya boleh mencederakan diri kita. Oleh itu, apabila keluar dari rumah, selain guna payung dan topi, jangan lupa menyapu bahan jagaan kulit yang berfungsi untuk melindungi kita dari bahang cahaya matahari. Tambahan lagi, apabila keluar dari rumah, adalah leih baik memakai baju yang longgar dan berwarna pudar.



2) Sentiasa Membawa Bersama Sebotol Air
Cuaca panas, mudah berpeluh, badan biasa kekurangan air, oleh itu perlu minum banyak air untuk menambah kandungan air dalam badan. Kita juga boleh menambah kandungan air melalui makan bubur dan sup untuk memastikan tahap kehilangan air dalam badan dapat diminimakan demi meningkatkan kecerdasan seseorang itu.



3. Minum Lebih Air Teh Panas
Mungkin anda akan kata hilang akal ke cuaca panas suruh minum teh panas. Tetapi menurut kajian yang dilakukan oleh pakar selidik Universiti Ottawa, Kanada, pada tahun 2012 mendapati suhu panas yang terkumpul dalam badan ketika minum minuman panas sebenarnya kurang daripada semasa kita minum air sejuk.
 


4. Banyakkan Makan Buah-buahan Segar Dan Bahan Buatan Kacang Soya
Cuaca panas boleh menyebabkan selera makan menurun, maka lebihkan makan buah-buahan dan sayuran, bukan sahaja boleh menghilngkan kepanasan malah juga boleh menambah lagi kandungan fiber daripada makanan.



5. Membasahkan Pergelangan Tangan Dengan Air Paip
Anda boleh selang beberapa jam guna air paip membasahkan pergelangan tangan selama 5 saat, ini kerana pergelangan tangan merupakan bahagian aliran nadi, dengan berbuat demikian mampu menurunkan kadar suhu darah.



6. Cuti Sementara Untuk Mengelakkan Diri Dari Cuaca Panas.
Selain berada di rumah dengan memasangkan hawa dingin atau bersiar-siar di pusat membeli belah untuk mendapatkan suasana yang sejuk, sebenarnya boleh juga memilih bercuti di tempat yang berkedudukan tinggi, kawasan air terjun, taman tema berair atau kolam berenang, selain meghilangkan rasa panas, juga boleh merehatkan diri buat sementara waktu.



   Yang Dilarang Ketika Cuaca Panas : 

1) Minum Bir Yang Berlebihan
Cuaca panas, kalau dapat minum sebotol bir yang sejuk memang sesuatu perkara yang amat menyegarkan buat sesetengah orang. Tetapi perlu diingat juga alkohol yang terkandung dalam bir mudah membuatkan seseorang itu cepat rasa ingin buang air kecil, jadi kandungan air dalam badan akan banyak dan cepat dikeluarkan.

Di samping itu, alkohol turut mengakibatkan saluran darah berkembang besar sehinggakan seseorang itu lebih merasai kepanasan.



2) Melakukan Senaman Yang Keterlaluan
Cuaca panas, jangan melakukan senaman yang keterlaluan, tindakan sedemikian boleh membebankan badan. Kalau kebiasaannya berjogging selama 30 minit, maka buat masa sekarang rasanya adalah lebih baik kurangkan tempoh berjogging menjadi 20 minit. Ini kerana bersenam dalam keadaan cuaca yang panas, badan akan berada dalam situasi metabolik yang tinggi. 
 
Berjogging dalam keadaan cuaca yang panas selama 20 minit, mungkin akan menghabiskan tenaga haba yang biasanya dihabiskan ketika berjogging dalam masa 30 minit.


3) Makan Makanan Berminyak Dan Dibakar
Tidak kira sama ada yang pedas, yang dibakar dan digoreng atau makanan lain yang berperisa tinggi, semuanya harus dikurangkan. makan, kerana boleh merangsang perut,terlebih makan mudah diserang demam, sakit kerongkong.



4) Berhati-hati Makan Makanan Berais Dan Mentah.
Ketika cuaca panas, ramai akan makan makanan seperti ais cream yang dapat menyejukkan badan, tapi pendapat itu adalah salah kerana cuaca panas, badan mudah diserang kepanasan dalaman, kesan ini membolehkan fungsi penghadaman usus kita terjejas. 
  
Kalau makan lagi bahan yang sejuk dan mentah, ia boleh merosakkan organ usus dalam perut. Ketika cuaca panas adalah digalakkan makan makanan yang kurang perisa dan panas bagi menambahkan daya ketahanan. - CARI Infonet



























































31

Bagus
25

Marah
26

Terkejut
23

Sedih
27

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 29-6-2015 03:07 PM
Hai geng, tapi minum teh nanti pedih ulu hati. Caner tu? Tidor dalam peti ais jela, sejuk sikit.
Quote cutebaby5907 29-6-2015 03:11 PM
buka & sahur kami sekeluarga minum teh + lemon
Alhamdulillah badan rasa ringan jek

x mcm tahun2 sblm bantai gila2 ais waktu berbuka
kesannya badan rasa berat & malas
Quote red_cattleya 30-6-2015 01:12 AM
pns betol skrg neh
Quote FanTasyCreaTioN 30-6-2015 01:55 AM

Quote FanTasyCreaTioN 30-6-2015 02:00 AM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.055586 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top