CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Edisi Buli] : Lelaki Dewasa Hentak Kepala Warga Emas

30-6-2015 11:27 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 10796| Komen: 32

Description: Walaupun kes ini diselesaikan secara baik atas persetujuan kedua-dua pihak, namun gejala buli jalanan adalah tidak wajar berulang kali berlaku, rakyat Malaysia perlu lebih bijak kawal emosi masing-mas ...





Kejadian buli jalanan sekali lagi berlaku. 

Kali ini melibatkan seorang lelaki dewasa mengasari seoarng warga emas bertempat di belakang Summit USJ. 

Video berdurasi 3 minit 56 saat itu berjaya dirakam oleh videocam seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan yang sama dan tersebar luas dilaman sosial sejak malam tadi. 

Daripada rakman. jelas kelihatan lelaki dewasa yang merupakan pemandu Nissan Sentra ST5199F itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemandu warga emas yang memandu kereta Ford Laser WBF9352,

Kejadian itu dipercayai berpunca dari mangsa yang tidak menyedari kereta Nissan di sebelah kiri hendak memotong keretanya. 

Justeru lelaki itu menganggap mangsa sengaja tidak mahu memberikannya ruang untuk memotong lalu bertikam lidah. 

Sebaik kereta mangsa berhenti untuk beratur mengambil giliran membuat pusingan U, lelaki itu keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan mangsa sekali lagi. 


Berang dengan dengan lelaki tua itu, dia terus meluru ke arah mangsa dan menarik rambutnya sebelum kembali buat kali kedua menolak muka mangsa.

Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju merah yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan menahan pemandu Nissan itu dari terus bertindak ganas.

Malangnya, tindakan lelaki baju merah itu pula mengundang rasa tidak puas hati isteri dan anak kepada pemandu Nissan berkenaan.

Bagaimana pun, kedua-dua mereka buat laporan polis di balai polis Subang USJ 8 dan mereka mencapai persetujuan antara satu sama lain melalui penyelesaian secara baik, akhirnya kes ini dibatalkan.

Walaupun kes ini diselesaikan secara baik atas persetujuan kedua-dua pihak, namun gejala buli jalanan adalah tidak wajar berulang kali berlaku, rakyat Malaysia perlu lebih bijak kawal emosi masing-masing di mana-mana sahaja. - CARI Infonet




3

Bagus
11

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 30-6-2015 07:26 AM
masalah betoi laa puak nie.....berhemah laa sikit...
Quote GhostWalking 30-6-2015 07:33 AM
Gaduh sampai bawa keluar kerambit
Wartawan Sinar Harian
                                 29 Jun 2015                 


  •                                                                              Sedutan video menunjukkan senjata yang didakwa sebuah kerambit (bulatan merah).


    [url=]
[/url]                 




        SHAH ALAM - Sebuah video yang dimuatnaik kurang 24 jam lepas menampilkan seorang lelaki berbaju belang menggertak dan memukul seorang pengguna jalan raya kini viral.

        Dalam kejadian yang didakwa berlaku di USJ 1, Subang Jaya semalam, lelaki berkenaan juga dilihat membawa keluar sebuah senjata, disyaki sebuah kerambit.

        Keadaan tersebut berterusan dengan pergaduhan mulut, sebelum lelaki berbaju belang berkenaan memukul kepala mangsa.

        Seorang lagi lelaki yang berbaju merah kemudian dilihat cuba meleraikan pergaduhan dengan memegang lelaki berbaju belang terbabit.

        Sementara itu, dua orang wanita juga keluar dari kereta yang dipandu lelaki berbaju belang berkenaan untuk membantu meleraikan pergaduhan.

        Punca kejadian tersebut bagaimanapun gagal dipastikan.

        Video tersebut kini sudah ditonton lebih 30,000 pelayar dan rata-rata mengecam tindakan samseng lelaki berbaju belang berkenaan.

        "Walau apapun punca kejadian, anda tidak berhak untuk memukul pengguna jalanraya yang lain!" kata Muammar.

        "Dah boleh dituduh (atas) menghalang lalu lintas, dituduh memukul orang. Fuh boleh tidur (dalam) lokap ni. Ajarkan sikit dan maklum 1 Malaysia biar orang tahu undang-undang. Bukan suka hati je nak pukul orang," kata Ahmad.

        "Kelakar apabila isteri (lelaki berbaju belang) keluar untuk bantu suaminya tapi tidak keluar untuk menghalang suaminya memegang kepala mangsa," kata Lee

http://www.sinarharian.com.my/semasa/gaduh-sampai-bawa-keluar-kerambit-1.405893


Quote WawaRaRa 30-6-2015 07:33 AM
tak phm... apa babak plg menarik tu???? kenapa ngan lelaki dlm bulatan tu????
Quote aTiKah_aYuNi 30-6-2015 07:37 AM
ape yg menarik????sape lelaki dlm butalan tu??????
Quote mzzenma 30-6-2015 07:40 AM
lelaki dlm bulatan tu maybe tersadung kut

haishh umat Islam yang puasa, kaum lain pula yang kena serang angin baran mcm dia yang tak makan
Quote chinta89 30-6-2015 07:56 AM
adekah kerana GST maka masing2 cepat naik angin?
Quote MissNigga 30-6-2015 08:01 AM
Namun, antara babak yang paling menarik sekali ialah...

Apakah babak yang menarik ittewwww????? adakah lelaki ittew tgh membaling batu kearah dua lelaki yang tgh bergaduh ittewww???
Quote qronaldo7 30-6-2015 08:47 AM
biasa la tu. warga emas bawak slow2. cermin belakang pun xbrapa nampak
Quote kecimpret 30-6-2015 08:48 AM
babak paling menarik ialah bila lelaki tu terpeleot pijak lubang dan kontrol macho
Quote jofizo 30-6-2015 08:51 AM
video mana video....
Quote CrowneGlory 30-6-2015 08:55 AM
Babak menarik lelaki tu main tengteng kot

jln2 kat msia ni mmg buat org hilang sabar je..dgn jem, jln rosak, jln berlubang, dah elok bertar licin..tetiba korek balik..tar x rata...mana x angin satu bdn... Btw ni wrestling apek dgn apek kah...
Quote abas8888 30-6-2015 08:55 AM
lambat lak keluar info pasal pemandu tu..selalu cepat je keluar info peribadi lepas ada kes..
Quote prettyuglybabe 30-6-2015 09:46 AM
palig geli hati bila ank pompuan dia kuar dari kete..
ingatkan nak jadi kiki..
last-last garuk kepala je kat tepi
Quote zulka 30-6-2015 10:24 AM
babak paling menarik:-
lelaki dalam bulatan itu cuba mencabul awek tembam berbaju kuning...
Quote redz85 30-6-2015 11:10 AM
https://www.youtube.com/watch?v=yAQOGYbetqg
Quote Bell 30-6-2015 11:22 AM
Moral: jgn buat pasal di jlnraya sebab skrg ramai org ada dashcam!!!
Quote membesar 30-6-2015 11:53 AM
Abang baju merah tu polis ke. Gaya macam polis je.
Quote BungaTepiMeja 30-6-2015 12:45 PM
tayah nak sam the seng sangat la... bajet jeee...
Quote diane_dian 30-6-2015 04:45 PM
menakutkan betul orang malaysia ni punya baran lately

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.104155 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top