CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2015 Trending Lihat artikel

Bazar Ramadan "Rare", Dalam Ladang Kelapa Sawit

6-7-2015 10:58 AM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 9251| Komen: 27

Description: Kebiasaannya bazar ramadan dibuat ditempat-tempat terbuka seperti berhampiran jalanraya atau ditempat lapang yang senang dilihat.....

Oleh : Dean BZ


Kebiasaannya bazar ramadan dibuat ditempat-tempat terbuka seperti berhampiran jalanraya atau ditempat lapang yang senang dilihat. Namun, sekeping gambar yang telah tersebar luas dimedia sosial mendakwa ada bazar ramadan yang agak unik dibuat dilokasi "rare" iaitu didalam ladang kelapa sawit.

Tapak bazar Ramadan ini didakwa terletak di Parit Tengah Darat, Rengit Batu Pahat, Johor.

Namun, memetik dari SikapKeli.my, Ketua Kampung Parit Tengah, Rengit Husaimi Hashim menafikan bahawa wujud sebuah bazar ramadan  seperti yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Menurutnya, sejak dari arwah bapanya lagi yang menjadi ketua kampung belum pernah wujud bazar seumpama tersebut seperti yang disebarkan.

“Tidak ada bazar seumpama itu wujud di kampung ini,”

“Memang saya tidak nafikan ramai yang bertanya mengenai tempat bazar Ramadan di Kampung Parit Tengah yang kononnya di kebun sawit namun ia tidak pernah wujud.

“Sejak arwah ayah menerajui kampung ini pada tahun 90-an sehinggalah saya pula kini, tidak ada bazar Ramadan seumpananya dibuka,”
katanya.

Sejak gambar  tersebut menjadi viral begitu ramai kenalan menghubunginya untuk mengetahui lokasi berkenaan dan kesahihan gambar tersebut.

Nampaknya lokasi sebenar bazar ramadan seperti didalam gambar masih kabur. Siapa punya kerjalah sebar lokasi tak betul ni, tetapi kalau betul ada bazar dalam hutan macam ni,  memang "rare". Dah macam dalam cerita pendekar Melayu zaman dulu. kan! - CARI Infonet.




16

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rawahah 30-6-2015 08:43 AM
BANGSA JOHOR MEMANG SANGAT HEBAT!! bangsa lain tak hebat.. hidup jawa!!!!
Quote katak hijau 30-6-2015 08:46 AM
Kalau hujan..habislah becak
Quote ninja boy 30-6-2015 09:09 AM
ok la tanah buat tanam sawit, ada tempat lain tanah tak buat apa2 dibiarkan semak berhutan tiada aktiviti ekonomi
Quote babak 30-6-2015 09:15 AM
baya sewa tapak kat majlis daerah ke kat tuan tanah nih??
Quote kecimpret 30-6-2015 09:18 AM
pelik2 ummah jdt nih
Quote xtahumenahu 30-6-2015 09:20 AM
sejuk perr bazar dalam tuhh
Quote musangcomel 30-6-2015 09:24 AM
okay ape bazar kat kebun sawit
at least tak buat jalan sesak
takde la isu org dah parking takleh kuar pas bazar start

Quote FMKiller 30-6-2015 09:59 AM
Kat perlis dah lama ada. Tapi dekat pokok getah laa, bukan kelapa sawit..
Quote rospinki 30-6-2015 10:12 AM
kot tkde sewa..pasal tu buat dlm sawit. elokler..
Quote zameyla 30-6-2015 10:18 AM
mesti banyak lipan bara...
Quote haruslah 30-6-2015 10:19 AM
mesti x panas kannn
Quote miznieda 30-6-2015 10:20 AM
bkn kt johor ni dekkk...
kata nyer felda kt pahang...
Quote batmana 30-6-2015 11:01 AM
bukan kt johor,
kat pahang ler.

parit tengah darat tarak ada bazar, yg ada parit betak,
Quote reezluv 30-6-2015 11:06 AM
jgn ada benda merayap dalam bekas makanan dah le..ahaha
Quote fire_place 30-6-2015 11:06 AM
Bukan johor lah..ada baca dlm portal mana ntah,ketua kampung tu cakap xpernah ada pasar ramadhan mcm diviralkn.ada yg ckp cakap kwn dia yg amik gambo tu kat sabah ke sarawak gitu.tempat tu xjelas..ada yg ckp sana sini.tp ketua kampung kat johor tu dh nafikan.last2 aku baca smpai ada yg ckp tu pasar bunian.haha..
Quote makkaupurple 6-7-2015 10:19 AM
Orang johor unik dan kreatif
Quote namirulmukminin 6-7-2015 10:24 AM
rospinki replied at 30-6-2015 10:12 AM
kot tkde sewa..pasal tu buat dlm sawit. elokler..

Kalu camtu boleh la jual murah2 sikit kan..

Eh.. Murah ke?
Quote akusukaq 6-7-2015 10:32 AM
Bagus jgk tak panas  jalan pun lapang dan tak kena bayar sewa tapak. Boleh jual harga murah skt.
Patut di contohi oleh negeri negeri lain yg ada ladang sawit
Quote ka_one2000 6-7-2015 02:48 PM
FMKiller replied at 30-6-2015 09:59 AM
Kat perlis dah lama ada. Tapi dekat pokok getah laa, bukan kelapa sawit..

kat perhelis tu kat nat pauh kaa...

Lihat semua komen(27)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.061002 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top