CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakistan Keluar Fatwa Benarkan Berbuka Awal

8-7-2015 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7600| Komen: 47

Description: Dalam pada negara Pakistan dilanda gelombang panas, ketua masjid terbesar Karachi, Mufti Mohammad Naeem berkata penduduk Islam dibenarkan berbuka puasa terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan ...
Oleh Adib Za

Sememangnya Islam itu tidak menyukarkan umatnya. Dalam pada negara Pakistan dilanda gelombang panas, ketua masjid terbesar Karachi, Mufti Mohammad Naeem berkata penduduk Islam dibenarkan berbuka puasa terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan.


Memetik laporan Sinar Harian, mufti ini amat peka mengenai keadaan bandar yang sedang dilanda gelombang panas dan keadaan ini boleh mengancam nyawa penduduk. 

“Jika doktor memberitahu bahawa nyawa anda terancam kerana panas, atau keadaan kesihatan akan menjadi lebih buruk jika terus berpuasa, maka anda dibenarkan untuk berbuka.

“Bagaimanapun, pelepasan ini bergantung kepada keadaan kesihatan dan bagaimana penduduk bertindak balas dengan haba. Ia bukannya diberi kepada semua orang,” katanya.

(Sumber foto: Pakistan Today)


Mufti ini bagaimanapun menafikan fatwanya itu adalah untuk meraih kontroversi. Malah, menegaskan bahawa agama Islam itu mudah dan tidak membebankan rakyatnya. 

Ini sekaligus, memberi pencerahan dan kelegaan di kalangan penduduk yang terkesan dari segi kesihatan dengan gelombang kepanasan yang melanda negara itu. - CARI Infonet

8

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alion 7-7-2015 04:04 PM
Lapar & dahaga memang bahaya.
Quote Simunggu 7-7-2015 04:13 PM
Alion replied at 7-7-2015 04:04 PM
Lapar & dahaga memang bahaya.

saya setuju tapi kalau setakat 8 jam kira OK lagi sbb tu Allah bagi puasa disiang hari...
Quote harimau76 7-7-2015 04:20 PM
I sokong dia kuarkan fatwa ni... sekurang-kurangnya kuar masa yg sesuai bila ada krisis kat situ.. bayangkan kalau fatwa tu tak kuar, harus org lain dah label yg Islam ni kejam... at the same time, tak leh nak avoid org yg akan amik kesempatan.. tp pandai2 la set2 ni menjawab sok2 bila sampai masanya..
Quote gekkou 7-7-2015 04:22 PM
bukan kat pakistan jek mufti bg berbuka awal
ada d country yang berpuasa almost sehari suntuk pn
benarkan umat islam kat sana berbuka awal
sebab katanya badan manusia ada had juga
Quote ketekodok 7-7-2015 04:24 PM
logik. kesihatan wajib dijaga
Quote chinta89 7-7-2015 04:29 PM
ape komen2 ustaz kat mesia? xde bg respon lg ke?
Quote kelapaparut 7-7-2015 04:33 PM
Jarum halus yahudi meresap dlm jabatan agama pakistan, ummah meleis jugak org islam yg terbaik lg syumul, ustaz2 mee segera fb pasti tgh terbakar rentung dgn fatwa tbaru ni
Quote Alion 7-7-2015 07:08 PM
Sini bila lagi nak keluar fatwa boleh buka awal jika cuaca panas atau kerja tempat panas.
Quote Alion 7-7-2015 07:12 PM
Simunggu replied at 7-7-2015 04:13 PM
saya setuju tapi kalau setakat 8 jam kira OK lagi sbb tu Allah bagi puasa disiang hari...

Bila deria rasa dahaga maknanya tubuh perlu air. Ada bahagian tubuh mungkin rosak jika biarkan.
Quote kemaruk 7-7-2015 07:14 PM
itu baru panas dunia, belum panas neraka

allah saja uji orang pakistan, dah tak boleh tahan
Quote ellejo 7-7-2015 07:18 PM
heat stroke kah? aihh Selangor yg panas membahang ni pun ku hampir tumpas.
apatah lg Pakistan.
Quote Alion 7-7-2015 07:21 PM
Sepatutnya org yg makan minum di publik tak kena tangkap sebab mungkin tak boleh tahan.
Quote hanakikan 7-7-2015 07:29 PM
Best klau puasa kat chile argentina nz skrg ni. Tunggu 10 thn lg bila ramadhan jatuh bulan 2,1 semestinya syok puasa kat negara scandi. 2 jam je
Quote azman1 7-7-2015 10:24 PM
Alion replied at 7-7-2015 07:08 PM
Sini bila lagi nak keluar fatwa boleh buka awal jika cuaca panas atau kerja tempat panas.

Setakat ni belum ada lg orang yg jatuh sakit atau mati sbb berpuasa ...kalau ada pun yg sakit atau benar2 x larat mereka boleh berbuka( tidak teruskan ibadat puasa tu hingga tiba waktu berbuka ), sungguh mudah x perlu tunggu fatwa
Quote azman1 7-7-2015 10:24 PM
Alion replied at 7-7-2015 07:08 PM
Sini bila lagi nak keluar fatwa boleh buka awal jika cuaca panas atau kerja tempat panas.

Setakat ni belum ada lg orang yg jatuh sakit atau mati sbb berpuasa ...kalau ada pun yg sakit atau benar2 x larat mereka boleh berbuka( tidak teruskan ibadat puasa tu hingga tiba waktu berbuka ), sungguh mudah x perlu tunggu fatwa
Quote Alion 7-7-2015 10:40 PM
azman1 replied at 7-7-2015 10:24 PM
Setakat ni belum ada lg orang yg jatuh sakit atau mati sbb berpuasa ...kalau ada pun yg sakit atau ...

Jika tak silap fatwa cuma nasihat. Dari mulut manusia juga. Bukan hukum yg wajib ikut.
Quote lavakopiputih 7-7-2015 11:08 PM
thread makan diri sendiri..

bahlol punyer tt..



Quote zorrro_03 7-7-2015 11:47 PM
Alion replied at 7-7-2015 07:08 PM
Sini bila lagi nak keluar fatwa boleh buka awal jika cuaca panas atau kerja tempat panas.

Kalau setakat cuaca di.negara malaysia ini, tidak timbul isu sampai boleh merosakkan organ bagai. Pondan ka lapar sikit menggelupur?
Quote Alion 7-7-2015 11:51 PM
zorrro_03 replied at 7-7-2015 11:47 PM
Kalau setakat cuaca di.negara malaysia ini, tidak timbul isu sampai boleh merosakkan organ bagai.  ...

Lapar & dahaga masa lama bukan rosak besar serta merta. Tapi tiap kali tejadi ada kesan. Contohnya buah pinggang lebih mudah rosak jika kurang air.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.262155 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top