CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rombakan Kabinet Selepas Hari Raya Aidilfitri - Awang Selamat

12-7-2015 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3344| Komen: 5

Description: Susulan krisis 1MDB yang semakin hangat diperkatakan di kalangan masyarakat, pada masa yang sama tekanan yang dihadapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tinggi, baru-baru ini ter ...

sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/-



Susulan krisis 1MDB yang semakin hangat diperkatakan di kalangan masyarakat, pada masa yang sama tekanan yang dihadapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tinggi, baru-baru ini tersebar berita di mana kabinet akan dirombak dalam masa terdekat ini. 

Menurut akhbar rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia, hari ini memaparkan sebuah artikel yang ditulis oleh Awang Selamat mengatakan rombakan kabinet akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.


"Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif. Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua anggota Kabinetnya. "



"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis." 


Awang Selamat turut menyebut dalam artikelnya bahawa ini jelas membuktikan Datuk Seri Najib mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Jadi tidak dapat dinafikan hasil rombakan kabinet tersebut mampu mewujudkan perubahan drastik malah ada juga kemungkinan besar memberi kejutan lebih besar.


Awang Selamat turut menyebut bebarapa nama menteri yang mungkin akan ditukar potfolio, antaranya termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal,  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sebelum ini pernah menyeru pihak kerajaan segerakan siasatan ke atas isu 1MDB supaya kewibawaan kerajaan tidak terjejas. 


Dalam pada itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Rahman Dahlan pula akan ditukar potfolio kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia sementara Shabery Cheek akan menerajui kementerian lain. 


Selain itu, jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, G. Palanivel berkemungkinan akan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan.
 

Awang Selamat turut mengatakan, rombakan kabinet kali ini dijangka akan wujud dua muka baharu untuk jawatan timbalan menteri. - CARI Infonet




11

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
18

Sedih
10

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote fezy 13-7-2015 11:10 PM
Rombak pun tapi kok puncaknya masih sama, xde motif pun
Quote giyomi 13-7-2015 04:48 PM
Nampak sgt permainan dia di sini, yg menyokong dia julang yg tidak di tolak...Najib-najib bila lar nak sedar kekurangan diri tu
Quote boyagombak 13-7-2015 11:01 AM
Najib lah yg patut dirombak, digombal, dicapatikan krn itulah punca utama krisis ekonomi Mesia. Rasa2nya smua Menteri ptt dirombak lalu dicampak lalu gantikan dgn muka2 baru
Quote lampor 13-7-2015 04:49 AM
Si najib taknak rombak skali?
Quote Mary_jane 12-7-2015 11:00 PM
Sahih ke ni?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040553 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top