CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2015 Juadah Kuih Lihat artikel

5 Popular Juadah di Pagi Hari Raya

14-7-2015 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 14939| Komen: 9

Description: Syawal menjelma memutik detik riang gembira di hati umat Islam. Menjadi suatu kewajipan di pagi raya ...
Oleh : Izzah Abbasy

Syawal menjelma memutik detik riang gembira di hati umat Islam. Menjadi suatu kewajipan di pagi raya untuk menyediakan juadah atau menu kepada tetamu dan ahli keluarga. Semestinya, ketupat, rendang, lemang, nasi impit dan kuah kacang akan menjadi santapan rasa setelah 30 hari kita berpuasa.


Lihat 5 juadah popular yang dihidangkan pada pagi hari raya.

1) Ketupat

Pelbagai jenis ketupat yang ada mengikut negeri dan tempat masing-masing. Ketupat yang biasa kita ketahui seperti ketupat kosong, ketupat kacang, ketupat manis dan lain-lain.

Kredit Foto : www.flickr.com

2) Rendang

Rendang biasanya dimakan dengan nasi impit atau ketupat. Pelbagai jenis rendang mengikut selera anda iaitu seperti rendang daging, rendang ayam, rendang tok, rendang itik dan sebagainya. Cara masak adalah sama sahaja.


Kredit Foto : www.friedchillies.com


3) Lemang

Menjelang hari raya, pasti ramai yang mula membakar lemang. Tidak kiralah, untuk jualan mahupun dihidangkan kepada ahli keluarga. Pasti meriah jika dapat bakar lemang pada malam raya kerana ia adalah salah satu aktiviti merapatkan silaturrahim. Bagi yang tidak berkesempatan pula, menempah atau membeli lemang pun sudah cukup untuk merasai kesedapan lemang ini.


Kredit Foto : www.flickr.com


4) Nasi Impit

Pembuatan nasi impit ini tidak sesukar dahulu. Kini, semua pasaraya ada menjual beras segera untuk nasi impit ini. Kita hanya perlu membasuh dan merebus sahaja. Kita tidak perlu lagi untuk membungkus dengan daun palas dan sebagainya.

utama.selerakuappetito.com


5) Kuah Kacang

Kuah kacang pula ada yang pedas dan ada yang manis. Semua bergantung kepada selera masing-masing. Kacang yang digoreng perlulah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tetapi lain tempat lain pembuatannya.

Kredit Foto : inmystudio.com.au

Rasa tak sabar pula nak tunggu hari raya apabila melihat juadah di atas. Perlu diingatkan, jangan makan berlebihan. Ia akan menaikkan berat anda malah membuatkan diri berasa malas sesudah kekenyangan. - CARI Infonet
21

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
29

Sedih
16

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote @inardni 14-7-2015 04:08 PM
bestnya...xsabar mkn ketupat kuah kacang
Quote imransulaiman 14-7-2015 04:35 PM
Tak sabar nak makan rendang
Quote amersudahbesar 15-7-2015 08:38 AM
xsabar nyer!!! ya Allah!
Quote aminsaniah 15-7-2015 08:52 AM
suka nasi himpit mkn dgn kuah kacang dan rendang...nyum..nyum
Quote piao 15-7-2015 10:40 AM
Rendang itik cili padi



Quote piao 15-7-2015 10:40 AM
Quote piao 15-7-2015 10:41 AM
Quote piao 15-7-2015 10:44 AM
Quote piao 15-7-2015 10:44 AM

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.324558 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top