CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"RM2.6 Billion Adalah Daripada Penderma, Bukan 1MDB" - SPRM

4-8-2015 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 77216| Komen: 710

Description: Pendedahan terbaharu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjelaskan dana tersebut adalah daripada sumbangan penderma.
Oleh Adib Za

Jika sebelum ini, pelbagai spekulasi diberikan terhadap dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun, pendedahan terbaharu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjelaskan dana tersebut adalah daripada sumbangan penderma. 


Ini sekaligus menmbuktikan ia bukan berpunca daripada dana 1MDB.


“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara,” kata SPRM menerusi laporan Malaysiakini. 

“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM lagi memetik portal berkenaan. 


14

Bagus
21

Marah
21

Terkejut
24

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekod79 3-8-2015 05:37 PM
Untungla najib org derma billion kat die....
Quote cmf_Strawberry 3-8-2015 05:40 PM
Sanggup ya SPRM cakap macam tu.
Quote cicicumel 3-8-2015 05:43 PM
derma 2.6 billion..gilaaa
Quote Megahertz 3-8-2015 05:43 PM
semua menjadi balaci dan kekal dalam ketololan....
Quote EJALTI 3-8-2015 05:44 PM
SPRM: RM2.6 bilion duit penderma, bukan 1MDB

5:30PM - 3 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307199



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara,” kata SPRM.

“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.
Quote atira 3-8-2015 05:44 PM
RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan 1MDB - SPRM
Astro Awani | Ogos 03, 2015 17:21 MYT
[url=whatsapp://send?text=RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan 1MDB - SPRM%20http://www.astroawani.com/berita ... kan-1mdb-sprm-68292][/url]



SPRM: penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.

SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.



Quote atira 3-8-2015 05:45 PM
kesimpulan suci murni uols
Quote indah30 3-8-2015 05:45 PM
fuiyoh..untunglah manusia bernama najib razak..orang derma berbilion ringgit.
Quote atira 3-8-2015 05:46 PM
bestnye kalau ada sesapa nak derma kat aku sejuta pon cukup la..
boleh pencen bulan depan
Quote TuntungReturn 3-8-2015 05:47 PM
najib ni anak yatim ke org derma byak tu?
Quote EJALTI 3-8-2015 05:47 PM
Apalah nak jadi negara ku tercinta Malaysia....

Dah macam kartun uols....
Quote AbukRokok 3-8-2015 05:49 PM
untung kita ada PM y begitu berpengaruh  sehingga dpt derma berbulion dolar
xmcm madey kata femesss... tp dpt derma 200 juta ringgit je.

pembangkang dah setuju utk dedah penderma mereka xsabar nk tgk sapa pensderma umno yg baik hati tu
akak bg idea kt dorang raja saudi
Quote EJALTI 3-8-2015 05:49 PM
TuntungReturn replied at 3-8-2015 09:47 AM
najib ni anak yatim ke org derma byak tu?

Anak yatim la uols....

Ayah heshe dah meninggal dunia....
Quote kecimpret 3-8-2015 05:50 PM
Ihsan Perdana Sdn Bhd today denied transferring money into accounts of individuals including that of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. It said allegations that it transferred money for corporate social responsibility (CSR) programmes into Najib’s personal bank account were baseless. "The allegations are baseless and lies... I strongly deny any transfer of money into the personal account of the Prime Minister as alleged by media reports," the company's managing director Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman said in a statement today.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.2509Jt6N.dpuf


kompeni ni cakap tak penah transfer pape pun..sprm plak cakap ada transfer dr penderma...kesimpulannya dua2 penipu
Quote AbukRokok 3-8-2015 05:51 PM
ekod79 replied at 3-8-2015 05:37 PM
Untungla najib org derma billion kat die....

apa jd dengan kekayaan warisan harta pusaka tu ye
Quote KTMan 3-8-2015 05:52 PM
kegilaan apa ini, donation usd700? tak terima dek akal yg waras..
Quote mbhcsf 3-8-2015 05:52 PM
Edited by mbhcsf at 3-8-2015 05:57 PM

then cara tycoon UK  untuk elak cukai ialah dengan bat TRUST fund untuk asnaf or for general used....ada documentation  ...so custom and excise dah tak boleh sentuh
then lebih baik lagi buat open transparent elak fitnah.

sapa penderma pun tak kisah - kalau untuk for a good cause.

buat public trust fund - kebajikan sosial, pendidikan or medical , or research
kalau buat lagu ni kan org lebih suka.
Quote ultra78 3-8-2015 05:53 PM
Syukur alhamdulillah....boleh sujud syukur begitu

Quote bungarose 3-8-2015 05:53 PM
        sepandai2 tupai melompat akan akhirnya jatuh ketanah jua. semoga  kebenaran akan diketahui jua...malaysia ku tercinta

Lihat semua komen(710)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.632944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top