CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

DETIK SENAMAN LEBIH BERBALOI DENGAN JABRA SPORT COACHTM WIRELESS

4-8-2015 06:05 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 1841| Komen: 0

Description: Bagi memastikan matlamat kecergasan serta prestasi optimum dicapai ketika anda menggabungkan aktiviti larian dengan latihan silang, pengesan pergerakan TrackFitTM...
 Ingin menikmati muzik kegemaran atau mendahagakan motivasi tambahan daripada jurulatih peribadi? Tidak lengkap aktiviti senaman anda baik  burpee, lunge, plank ataupun cangkung tanpa bertemankan Jabra Sport Coach Wireless. Peneraju produk yang menawarkan solusi senaman wireless dengan bimbingan menerusi corong telinga beserta teknologi audio Dolby premium ini menjanjikan pengalaman senaman silang yang lebih menarik. 

Seramai 81 peratus pengguna dilaporkan bersenam dengan muzik. Maka, Jabra Sport Coach memudahkan mereka mengecapi motivasi tambahan ketika bersenam. Dengan adanya teknologi Dolby Sound, pengguna dapat menikmati irama kegemaran menerusi prestasi audio terbaik melalui alat pendengaran wireless. Pendek kata, tiada lagi alasan untuk tidak bersenam dengan khusyuk!



Produk audio pertama untuk latihan silang
Sebagai produk gabungan muzik dan bimbingan senaman dalam bangunan pertama seumpamanya, Jabra Sport Coach inovatif ini adalah solusi audio untuk aktiviti sukan terkini daripada Jabra. Jabra telah menerajui bidang ini dengan memperkenalkan produk yang membolehkan pengguna memantau kadar degupan jantung buat julung kalinya menerusi produk pemenang anugerahnya, set alat pendengaran Jabra Sport Pulse Wireless. Menerusi Sport Coach Wireless, Jabra kini memperluas rangkaian produk audio sukan yang menawarkan solusi bimbingan melalui pendengaran. Malah, ia turut menyelitkan kehangatan trend terkini iaitu latihan silang dalam produknya.  

Berlatih bersama ‘Jurulatih Peribadi’

Direka untuk memenuhi keperluan golongan penggemar latihan silang, Jabra Sport Coach Wireless boleh mereka senaman mengikut kehendak peribadi berdasarkan lebih 40 jenis senaman sedia ada. Hanya menggunakan telefon pintar, aplikasi Sport Life boleh dimuat turun dan anda boleh mereka senaman peribadi serta mengikuti latihan audio waktu nyata melalui alat pendengaran yang unik. 

Setiap Detik Senaman Lebih Berbaloi

Bagi memastikan matlamat kecergasan serta prestasi optimum dicapai ketika anda menggabungkan aktiviti larian dengan latihan silang, pengesan pergerakan TrackFitTM yang bersepadu akan berfungsi ketika anda menggabungkan aktiviti larian dengan latihan silang. TrackFitTM berupaya mengesan kadar kelajuan, jarak, jumlah langkah, rentak serta kalori yang dibakar menerusi kaedah terkini agar setiap detik senaman anda berbaloi. 

Kecapi Hasil Dalam Masa Tersingkat

Menurut pakar-pakar kesihatan & senaman dari Kolej Perubatan Sukan Amerika, latihan silang atau latihan berjeda yang ekstrem merupakan trend senaman paling popular pada tahun 2015. Kaji selidik telah menunjukkan keberkesanan kaedah senaman ini sebagai cara terbaik untuk memperbaiki prestasi, kadar kelajuan, tenaga dan menegangkan otot serta memberi hasil yang ketara dalam masa tersingkat. 

Ciri-cirinya:
Aplikasi Jabra Sport Life memudahkan penyepaduan pengurusan latihan
Advanced Motion Sensor mampu merakam semua aktiviti dan prestasi data ketika anda berlari
Aplikasi Jabra Sound hadir dengan teknologi Dolby® Sound Enhancement bagi merancakkan senarai pilihan lagu serta saluran YouTube anda
Prestasi audio Stereo Tanpa Tali yang premium (A2DP)
Mudah menjawab dan membuat panggilan
Kawalan pada set alat pendengaran membolehkan panggilan dan muzik dikawal dari jarak jauh (AVRCP)
Ultra ringan (16 g. / 0.56 oz.)
Kalis peluh, debu dan tahan lasak untuk keadaan ekstrem. Diuji mengikut piawaian ketenteraan Amerika Syarikat dan hadir dengan perlindungan Gred Taktikal IP55
Sambungan mudah dengan 2 peranti secara serentak menerusi Advanced Multiuse™ 
Padanan mudah dengan peranti yang menyokong NFC
Tempoh berbual & menikmati muzik yang lama – tempoh berbual selama 5.5 jam/menikmati muzik, tempoh bersedia boleh bertahan sehingga 10 hari
Boleh disepadukan dengan aplikasi kesihatan daripada jenama terkemuka lain bagi menyatukan data sejarah latihan
3 pilihan warna: Biru, Merah dan Kuning

Kini, Jabra Sport Coach Wireless boleh didapati di semua  IT Hypermarket Sdn Bhd, epiCentre, Machines, Radioshack dan Viewnet Computer Systems pada harga pasaran RM649 setiap satu. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://my.jabra.com/Products/Bluetooth/JABRA_Sport_Coach_Wireless/Jabra_Sport_Coach_Wireless_Blue
7

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.027368 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top