CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Makanan Ringan Atau 'Snek' Yang Sihat

10-8-2015 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18099| Komen: 10

Description: Makanan ringan samada snek (snack foods) ataupun snek kurang zat (junk foods) adalah makanan mudah guna yang termasuk dalam kategori makanan segera. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit unt ...


Oleh : TSLOO

Makanan ringan samada snek (snack foods) ataupun snek kurang zat (junk foods) adalah makanan mudah diguna pakai yang termasuk dalam kategori makanan segera, ia hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit untuk disediakan samada sejuk ataupun panas. 


Meskipun, makanan ringan sering disebutkan sebagai makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan tapi sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan dan cara penyediaannya. 

Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan ringan yang menyihatkan, antaranya :



1. Kacang

  

Segenggam kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang lain dalam sehari tidak akan menggemukan. 


Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, fosforus dan kandungan protein yang tinggi. 


Ia bukan sahaja dapat mengalas perut yang sedang berkeroncong, malah makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis akan dapat membantu kekurangan zat di dalam badan.





2. Telur
Telur sering dikaitkan dengan kegemukan kerana mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. 

Walau bagaimanapun, jika kita bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, ia akan menjadi hidangan yang sihat kerana manfaat telur lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya. 

Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin serta mineral malah mengandungi sumber protein yang tinggi dan boleh membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama.



3. Avokado
Avokado adalah sejenis buah yang kaya dengan lemak, tidak tepu dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. 

Mengambil avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah. 

Selain disediakan dalam bentuk jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwich atau dimakan bersama sushi.




4. Ayam goreng
Ayam goreng mengandungi protein yang tinggi iaitu sebanyak 16% dan lemak sebanyak 15%. 

Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B1, B2, niasin, kalsium dan zat besi. 

Sekiranya minyak yang digunakan semasa menggoreng berkualiti, ayam goreng boleh menjadi sumber makanan yang baik.




5. Yogurt
Susu yang berasa masam ini bukan sahaja sedap malah mempunyai khasiat yang pelbagai. Selain kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium. 

Ia juga mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin yang dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.




6. Cendawan
Cendawan adalah makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang dengan lebih lama. 

Ia bukan sahaja mampu merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah, malah dapat meningkatkan sistem ketahanan badan. 

Makan semangkuk sup cendawan lebih elok berbanding mengunyah sepotong pizza atau sepinggan mee segera.



7. Roti Gandum
Bagi yang sedang mengamalkan diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) adalah hidangan ringan yang kaya dengan vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan yang memberikan rasa kenyang dengan lebih lama. - CARI Infonet



Rujukan gambar:
http://drrozmey.files.wordpress. ... jpg?w=300&h=199
http://www.healthy-dietpedia.com ... inkberry-yogurt.jpg
http://www.cuti.com.my/album/alb ... 0kacang%20tanah.JPG
http://2.bp.blogspot.com/-CIWyFb ... cendawan+butang.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-S-67eT ... m+goreng+renyah.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-rhQgGv ... /Buah%2BAvokado.JPG
http://www.nibbledish.com/public ... _130b121ac7_o.jpgtr



8

Bagus
8

Marah
24

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samperit 8-8-2015 10:55 PM
ayam goreng?
Quote ma_rul 26-10-2015 03:03 PM
ada ke orang nk makan avokado sebagai snek
Quote manjalara_01 27-10-2015 02:19 PM
Edited by manjalara_01 at 27-10-2015 02:20 PM
ma_rul: ada ke orang nk makan avokado sebagai snek

i pun x suke avokado....

alhamdulillah...dh tukar makan roti putih ke wheat bread...
tp the best roti is roti buatan sendiri la....cause kalau tgk ramuan..roti yg kite beli utk makan hari2..tu
mcm2 ramuan...die pakai...so paham2 je la...
Quote twinkleboo 9-4-2019 04:10 PM
Ayam goreng tuu
Quote JustineFoong 26-8-2019 02:42 PM
Edited by JustineFoong at 26-8-2019 02:51 PM

Kacang. Walaupun kacang mengandungi kandungan lemak yang tinggi, penyelidikan menunjukkan bahawa kacang bermanfaat untuk kesihatan termasuk

(i) mengawal tahap gula darah;
(ii) memperbaiki nisbah LDL iaitu mengurangkan LDL (low density lipoprotein, atau cholesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (high-density lipoprotein, atau cholesterol baik);   
(iii) membekalkan lemak tak tepu yang diperlukan.

Artikel untuk bacaan lanjut:
10 Healthy Nuts for Keto Diets
5 Healthy Nuts for Diabetics
15 Seemingly Harmless Foods That Will Harm You And Your Baby
5 Nuts for Brain Health

Quote lynakajang 14-10-2019 04:27 PM
Telur dan ayam goreng dikira ringan eh? Ehhh?
Quote lynakajang 14-10-2019 04:29 PM
ma_rul replied at 26-10-2015 03:03 PM
ada ke orang nk makan avokado sebagai snek

Mkn sebagai inti sandwich sedap. Makan dgn sushi pun sedap. Jadikan milkshake + choc = SYURGA DUNIA
Quote brownsaga 20-10-2020 07:57 PM
Ayam goreng????

Roti????

4 keping roti bersamaan dengan sepinggan nasi so sila makan paling banyak pun dua keping saje
Quote Chimicuri 18-3-2021 10:53 PM
Avocado tu .. good fat.
Quote Bylaaz 19-3-2021 10:04 PM
Info yang bergunaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048030 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top