Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Close

Mulai 1 September Pengasingan Sisa Pepejal Dilaksanakan, Bersediakah Anda?

11-8-2015 04:50 PM| Komen: 15



Artikel : TS LOO
Video : TS LOO dan Firdausz





Berikutan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM1.4 bilion bagi kos perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pada tahun lalu dan bagi mengelak pembaziran kepada kerajaan serta kerugian kepada masyarakat, kerajaan akan mewajibkan setiap isi rumah melaksanakan pengasingan sisa pepejal secara berperingkat.


Mulai 1hb September, usaha pengasingan tersebut berkuatkuasa sepenuhnya di semua negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembesihan Awam 2007 atau Akta 672.


Antaranya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.


Selain meningkatkan aktiviti 3R atau Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula), difahamkan pelaksanaan tersebut merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan yang ketika ini semakin kritikal.  


Walaupun, setakat ini amalan kitar semula seluruh negara masih belum mencapai sasaran dan hanya berada pada tahap 10.5 peratus daripada jumlah bahan buangan yang dilupuskan berbanding negara maju yang melebihi 40 peratus.


Tetapi, menerusi kajian yang dilaksanakan sebelum ini, terdapat peningkatan dalam jumlah janaan sisa pepejal iaitu daripada 19,000 tan metrik pada tahun 2005 meningkat kepada 33,000 tan metrik pada tahun 2013.


Oleh kerana, purata pertambahan jana tahunan adalah dua kali ganda iaitu 6.7 peratus berbanding di peringkat global iaitu tiga peratus sahaja.


Jadi, mampukah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar? - CARI Infonet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
37
Marah
8
Terkejut
6
Sedih
13
Lawak
10
Bosan
22
Komen: 15
Komen

Komen Terbaru

Quote hasmania 7-9-2015 12:10 PM
nampak gaya nya kena sediakan 4 plastik :-
1)- untuk sisa makana sahaja ....
2)- untuk polisterin, pampers, kotak2 kecil...dll
3)- untuk botol-botol....
4)- untuk apa lagi ??????..........

    ...............kalau duduk arpatrment deorang nampak ke siapa yg tak ikut undang2 nih ....camane  deorang nak saman ???? deorang bukan tahu siapa yg tak ikut peraturan kan ????

Lain-lain Komen

Quote revolusi_30 11-8-2015 05:05 PM
Thread dah ada la

@axl_bach
Quote axl_bach 11-8-2015 05:08 PM
dah ada ker??

ko tag aku plak dah cam aku bleh tutup,lol

@Muntz @spiderman80
Quote pooh~key 11-8-2015 05:10 PM
Thread dah ada ke?
Quote diandra88 11-8-2015 05:37 PM
bagus lah kalau asing sampah.. tp tolong la buat akta tu memudahkan rakyat sikit
Quote munchkin 11-8-2015 08:47 PM
Dah ready. Tapi MEREKA yg tak ready. Sisa domestik je letak dalam tong hijau. Sisa recycle fia suruh letak luar tong sampah. Pastu dia cakap lagi apa apa sampah letak luar tong sampah tak dikutip. Bodoh punya sistem!!!!!!!! Takkan nak letak sampah dah asing bersepah kat atas jalan. BODOH!!!!
Quote munchkin 11-8-2015 08:50 PM
Bila suruh sediakan tong (which dulu dia kata nak bagi setiap rumah satu tong utk sampah dah diasingkan) dia senyap je. Bila kata kalau tak mampu setiap rumah, letak lah hujung jalan no problem nak hantar. Pun senyap!!!!!!  2-3 jalan share tong recycle pun takpe. Tapi mereka ni tak ready. Nak kuatkuasa baru pastu nak kaji. As always. Idiots. Aku boleh drive letak depan rumah pengarah depa ni.
Quote piao 12-8-2015 09:21 AM
hmmm sakai betul lah kerajaan ni... kalau nak buat dari dulu dah buat... ketinggalan zaman betul... orang sibuk 1mdb dia sebuk pasal sampah..... tak cukup sisa pepajal sampah masyarakat lagi serius woi
Quote Superkroni 1-9-2015 08:10 AM
SETIAP RUMAH BG 3 TONG SAMPAH LE.BANGANG BT KEJE
Quote NAT_11 1-9-2015 08:15 AM
Macam mana nak asingkan..............???

* 1 bungkus sisa-sisa makanan macam sayo, perot ikan & binatang
*  1 bungkus kertas & pembalot semasa beli ikan tu
* 1 bungkus botol kicap, cuka, botol-botol air plastik, kaca-kaca pecah.

GINI KE CARA MENGASINGKAN SISA TU..............??????
Quote salwani911 1-9-2015 08:27 AM
nak mudah, sisa kering yg bukan organik masukkan dalam plastik asing dan kutipan akan dibuat seminggu sekali. sisa basah proceed masuk dlm tong sampah hijau dpn rumah, yg tu kutipan 2 x seminggu. sisa kering tuyg korang kumput tu ada hari kutipan seminggu sekali. kena alert tgk kt taman uolss spatutnya ada signboard jadual kutipan tu. pastu tiba hari kutipan sisa jenis kitar semula/ kebun dan pukal, uolss pagi tu bwk kuar plastik letak sebelah tong hijau. sepatutnya depa kutip. klu x kutip uolls buat aduan.
Quote sambaldurian 3-9-2015 11:25 AM
bape bnyk plastik kena ada ni. klu pampers bayi ke. pad wanita ke (oops) tu nk cmpak mana. apartment semua 1 tong besar je kn lantak le.
Quote gaara_X 3-9-2015 11:38 AM
semua pihak kena bersama² menjayakan.....koz kebersihan itu dituntut oleh agama.....
Quote Simunggu 3-9-2015 01:54 PM
cina sisa pepejal kah?...boleh buang?
Quote harmerz01 7-9-2015 12:01 PM
Perlu aktifkan kempen mengenainya untuk kefahaman .... tahun berikutnya baru penguatkuasaan.
Quote hasmania 7-9-2015 12:10 PM
nampak gaya nya kena sediakan 4 plastik :-
1)- untuk sisa makana sahaja ....
2)- untuk polisterin, pampers, kotak2 kecil...dll
3)- untuk botol-botol....
4)- untuk apa lagi ??????..........

    ...............kalau duduk arpatrment deorang nampak ke siapa yg tak ikut undang2 nih ....camane  deorang nak saman ???? deorang bukan tahu siapa yg tak ikut peraturan kan ????

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.075801s Gzip On
To Top