CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Wanita Merokok?

14-8-2015 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 41228| Komen: 192

Description: Merokok? Sudah terang lagikan bersuluh ia amatlah bahaya untuk kesihatan. Bahayanya rokok kepada wanita adalah kerana wanita akan mengandung ...
Oleh Izzah Abbasy

Merokok? Sudah terang lagikan bersuluh ia amatlah bahaya untuk kesihatan. Bahayanya rokok kepada wanita adalah kerana wanita akan mengandung, melahirkan dan menyusukan bayi. Sementara lelaki tidak mempunyai payudara atau rahim untuk dijaga.




Kredit Foto : info-bogor.com



Bahan kimia yang terdapat pada rokok akan menyebabkan kanser, penyakit jantung, kesukaran pernafasan, sistem pencernaan yang lemah, menurunkan kesuburan dan memberi kesan buruk semasa kelahiran bayi.

Kenapa wanita merokok?

1. Ingin tampak kelainan
Wanita ini biasanya ingin dilihat berbeza daripada wanita lain. Jadi, bagi mereka apa lelaki buat, dia juga boleh buat.

2. Berani
Suka mencuba benda baru membuatkan wanita ini lebih berani. Seperti merokok jika berani mencuba, ia pasti akan menjerumuskan anda menjadi perokok.

3. Untuk menghilangkan tekanan
Sesetengah wanita beranggapan, merokok boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi. Setiap hisapan dan hembusan boleh mengkhayalkan seterusnya tekanan dan masalah dapat dilupakan.

4. Gaya wanita moden
Salah satu gaya hidup terkini yang membezakan wanita asli dan wanita moden ini adalah dengan merokok. Tidak semua begitu, penampilan juga dapat dibezakan. Tetapi, bagi mereka, gaya wanita moden perlulah lebih kebaratan dan merokok adalah salah satunya.

5. Pengaruh rakan
Rakan merupakan seorang yang boleh menentukan kita menjadi seorang yang baik atau tidak. Jika kita memilih rakan yang merokok, secara tidak langsung kita akan mudah untuk terpengaruh dengan mereka. Kadang-kadang rakan akan memaksa kita untuk mencuba atau menghisap rokok ini.

6. Ambil mudah soal kesihatan
Biasa dengarkah merokok boleh menguruskan badan? bagi wanita yang merokok, mereka ingin dapatkan berat badan yang ideal. Oleh sebab itu, mereka tidak kisah soal kesihatan dalaman. Dilihat cantik dan memiliki badan yang kurus daripada luaran sahaja ia sudah memadai.

Sukar untuk kita menyalahkan individu yang merokok ini. Apa yang penting, jika mempunyai rakan wanita yang merokok, berilah nasihat agar dia boleh menjalani kehidupan seperti wanita biasa. - CARI Infonet

6

Bagus
3

Marah
15

Terkejut

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote narif 17-6-2010 02:24 PM
pe pendapat korang about girls yang smoking?
DarlingDeary Post at 17-6-2010 12:16 AM


kalau ikutkan, memang nampak tak elok. tapi skang ni rasanye normal la tgk pompuan merokok. honestly kawan2 pompuan aku lagi ramai yg isap rokok dari tidak.

tapi kalau boleh kan, tunggu la umur 20-an sebelum isap rokok. hari tu tgh drive kat2 rumah aku ni, terjumpa 2 budak pompuan pakai baju sekolah isap rokok. sorang tu siap pakai tudung lagi   kalau la mak pak dia nampak, tatau aku apa jadi
Quote pelangipetang 17-6-2010 02:37 PM
kengkadang muka baik n tak sangka dorang ni merokok...
yang pakai tudun pon ade gak... dah mcm trendz....
Quote DarlingDeary 17-6-2010 02:38 PM
Reply 2# narif

merokok tu memang bad habit tapi tak perlu la pandang sebelah mata nad show gestures of judgment kan??
Quote DarlingDeary 17-6-2010 02:43 PM
Reply 2# narif


k kalau muka dia baik tapi smoking nampak dia buruk...

kalau muka dia kurang baik tapi smoking takpe ke?
Quote cik.panda 17-6-2010 02:54 PM
perempuan yang merokok ni bodoh, tak tau ke boleh bagi effect kat rahim
Quote kingdom_queen 17-6-2010 03:28 PM
Reply 6# cik.panda

salam.... cara cik panda bercakap tuh mcm cik panda pandai sgt... untuk "pengetahuan" cik panda, merokok bukan setakat effect kat rahim jer... jantung, peparu, otak malah setiap organ dalaman badan....
btw.. saya tgk pompuan yg berkerjaya besar like CEO, own business dan sebagainya pun merokok (bukan semua), adakah mereka bodoh? cik panda keje apa? makan gaji ker atau born with silver spoon?

moral kat sini... forum memang merupakan tempat for free speech tapi INGAT-INGAT SIKIT!

cheers!
Quote pelangipetang 17-6-2010 06:26 PM
jangan gadoh...:@ maseng2 punye pendapat ..
Quote cik.panda 17-6-2010 08:48 PM
Reply  cik.panda

salam.... cara cik panda bercakap tuh mcm cik panda pandai sgt... untuk "penget ...
kingdom_queen Post at 17-6-2010 15:28



    just because kerja CEO, pandai sangat la ye?
Quote narif 17-6-2010 09:01 PM
Reply  narif

merokok tu memang bad habit tapi tak perlu la pandang sebelah mata nad show gesture ...
DarlingDeary Post at 17-6-2010 12:38 AM


memang la tak pandang sebelah mata pun, who am i to judge. kawan aku macam2 orang ada, usahkan merokok, pengkid, lesbian, gay semua i kawan tau... bukan rugi pun kawan ngan semorang, lagi pun there's always something to learn from someone
Quote narif 17-6-2010 09:02 PM
Reply  narif

merokok tu memang bad habit tapi tak perlu la pandang sebelah mata nad show gesture ...
DarlingDeary Post at 17-6-2010 12:38 AM


itu reply kat pelangipetang kot
Quote adaraish 17-6-2010 09:03 PM
Reply 7# kingdom_queen


    You ni merokok jugak ke
Quote fhieya 17-6-2010 10:11 PM
npk kurang manislah...tp xkesah pon..
Quote cik_kiah 18-6-2010 12:56 AM
errrr xkesah pon....
hak masing2 katanya..beli rokok bkn guna duit aku
Quote cik_kiah 18-6-2010 12:57 AM
Reply  narif


k kalau muka dia baik tapi smoking nampak dia buruk...

kalau muka dia kurang b ...
DarlingDeary Post at 17-6-2010 14:43



makin buruk la kekdahnya
Quote narif 18-6-2010 04:53 AM
makin buruk la kekdahnya
cik_kiah Post at 17-6-2010 10:57 AM


lepas ni masuk thread 'dilema pompuan tidak menarik' le pulak
Quote DarlingDeary 18-6-2010 09:02 AM
ahaks..  

bagi aku ikut suka org tu la nak merokok ke taknak merokok ke duit poket sendiri aslkan dia tak mencuri ke merompak ke nak beli rokok dan menyusahkan org lain sudeeee..
Quote bottombikini 18-6-2010 09:16 AM
ramai wo sentap dgn topik ni..aku larik dulu!
Quote RedAlert 18-6-2010 09:52 AM
Dah biasa sangat tengok, tak da perasaan pun bila nampak pompuan merokok. Asalkan jgn hembus asap kat muka aku sudah...
Quote lickerman 18-6-2010 09:53 AM
...memang ler kurang elok jika melihat perempuan merokok... tapi bayangkan kalau mereka pakai sentel macam orang dolu-dolu..

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065184 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top