Artikel dan video oleh : FirdausZ Seni tertua ini dijumpai sejak zaman Neolitik lagi dengan penemuan ukiran dari era Pra Cucuteni di Romania. Tatu di Mesir merupakan lambang bagi meningkatkan status wanita manakala di kalangan lelaki mungkin sebagai suatu hukuman. Selari dengan kepercayaan yang dianuti, tatu menurut cerita mempunyai kuasa penyembuhan, simbol kuasa serta puak. Tatu zaman moden kini, lebih diterima sebagai fesyen kerana keunikan yang menarik hati penggemar tatu. Tatu juga dilihat sebagai salah satu cabang perniagaan yang menguntungkan serta memiliki peminat yang tersendiri. - CARI Infonet. |