CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Apa Dengan Krabi, Thailand?

17-8-2015 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 297619| Komen: 2514

Description: Apa yang menarik tentang Krabi? Sampai semua orang kalau tanya tempat menarik di Thailand pasti jawapannya adalah Krabi.

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.krabi-hotels.com

Apa yang menarik tentang Krabi? Sampai semua orang bila tanya tempat menarik di Thailand, pasti jawapannya adalah Krabi.

Krabi adalah sebuah bandar sederhana besar di pantai barat selatan Thailand. Bandar Krabi mempunyai penduduk sekitar kira-kira 25,000 orang. Walaupun Krabi adalah sebuah daerah yang kecil, tetapi pantai Krabi adalah antara yang tercantik di Thailand dan Asia Tenggara. Industri pelancongan merupakan industri terpenting di Krabi dan hampir 90 peratus penduduk di Krabi bergantung kepada industri ini.


Sumber foto : www.fansshare.com

Jom kita lihat apa yang menarik di Krabi dan aktiviti yang boleh dilakukan di tempat-tempat ini.

Sumber foto : www.mygola.com

Khao Panombenja
Bagi yang menggemari aktiviti mencabar, disini adalah tempat sesuai untuk anda merasai pengalaman menunggang Gajah. Pakej untuk Elephant Ride ini bermula dari 800 Baht untuk dewasa dan 400 Baht untuk kanak-kanak.

Sumber foto : bff-ramblings.blogspot.com

Emerald Pool Dan Hot Spring : Kolam Biru Air Panas Di Krabi
Airnya jernih kebiruan bak kristal, anda boleh melihat dasar kolam dengan begitu jelas. Jika berkunjung ke sini, jangan lupa bawa baju untuk mandi sekali. Pakej ke sini biasanya berharga dari 1,000 Baht setiap seorang.

Sumber foto : www.holidaygogogo.com

Krabi Night Market
Ini adalah destinasi wajib buat pelancong untuk aktiviti malam. Pelbagai jenis barang yang "rare" dan mungkin anda belum pernah lihat boleh didapati disini.
Krabi Night Market ini hanya dibuka pada hari Jumaat sehingga Ahad sahaja. Peniaga beragama Islam juga ramai berniaga makanan disini, jadi pengunjung Muslim usah risau tentang makanan Halal.

Sumber foto : www.gembiratourkrabi.com

Krabi Crab Statue
Krabi Crab Statue adalah
lokasi wajib anda singgah. Ia terletak di tepi tebing Muara Sungai Krabi dan disini bolehlah lepak-lepak tepi muara sambil bergambar.

Sumber foto : www.gembiratourkrabi.com

Pulau-Pulau Indah di Krabi
Banyak lokasi menarik dan menjadi tumpuan di Krabi untuk aktiviti snorkeling atau Island Hoping antaranya
Phi Phi Island, Talabeng Island /Koh Talabeng, Bamboo Island, Koh Lanta, Koh Hong dan banyak lagi.

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Krabi yang mungkin penulis terlupa kongsikan. Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membangkitkan rasa anda untuk mengenali Krabi lebih rapat. Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan! - CARI Infonet.


26

Bagus
34

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
27

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princ3ssfaith 11-6-2013 08:52 PM
Baru check in aonang goodwill..memang x sangka bilik rm50 smlm..besar,bersih,free wifi,..

update forummers yg akn ke krabi ::

2013
September
--budakcikangcute - 25-28 september 2013
--

october
-- 6/10-9/10 Lady_sarah83 Last edited by princ3ssfaith on 20-9-2013 09:30 PM

Quote amyainsamad 12-6-2013 09:51 AM
princ3ssfaith posted on 11-6-2013 08:52 PM
Baru check in aonang goodwill..memang x sangka bilik rm50 smlm..besar,bersih,free wifi,..

yeke???xde gambo??
Quote mijot 12-6-2013 10:34 AM
TT kalau boleh, sila copy info yg ada kt thread terdahulu.
senang org nak rujuk.
kalau takde, mungkin TT boleh buat info utk kita semua.
Quote lady_sarah83 12-6-2013 03:10 PM
princ3ssfaith posted on 11-6-2013 08:52 PM
Baru check in aonang goodwill..memang x sangka bilik rm50 smlm..besar,bersih,free wifi,..


ada gambar tak... hihi
Quote senahsirap 12-6-2013 04:25 PM
insyaAllah akan fly ke krabi end of june ni. betul2 tiket flight je yg dah book. hotel tak book lagi. tengah mentelaah rumah 2 dan baru sampai page 10. tapi rasanya cam nak amik aonang orchid. cuma nak tanya, ada sorang forummer @afieza_ariffin dekat rumah lama ada provide package stay dekat aonang orchid kan. masih ada lagi ke package tu. sebab masa saya baca tu posting awal 2012. sekarang dah mid 2013. afieza ni masih aktif tak?

nak tanya jugak, apa aktiviti yang sesuai kalau gi sana bawak baby umur 1tahun ye? kalau nak gi snorkelling sesuai ke? target utama gi sana nak rehat and makan2.
Quote nenektua 12-6-2013 04:52 PM
princ3ssfaith posted on 11-6-2013 08:52 PM
Baru check in aonang goodwill..memang x sangka bilik rm50 smlm..besar,bersih,free wifi,..

hotel goodwill ni belah mana ek?
dekat tak dengan area mcdonald or starbuck tu?

Quote princ3ssfaith 12-6-2013 10:10 PM
Ada sesiapa otai lama yg bleh tolong copy info2 yg perlu utk thread baru ni? Sy beginner aje..hihi..nanti lepas blik hari jumaat,saya tepek gambo...

Yg frust ..minggu ni cuaca krabi ..dijangka hujan..phi2 island td , x dpt pergi maya bay sbb big wave katanya..huhu

Aonang goodwill dkt area mcdonald jugak.dkt dgn msjid yg tgh renovate...byk kedai mkn muslim kat sblah sini...

Dapat phi2 island 950/pax utk speedboat.

Elepant trekkint+ emerald pool,hot spring utk one day 900/pax

Mlm td pergi steambot restaurant dkt hotel 149/pax..ada grill n mknn lain.minum x termasuk .juice 40 baht je. Nanti sy share lg ape yg saya tau...

Semua duit dlm nilai baht ye.hehe
Quote princ3ssfaith 12-6-2013 10:12 PM
lady_sarah83 posted on 12-6-2013 03:10 PM
ada gambar tak... hihi

Nanti balik sy tepek gambar ye.
Quote princ3ssfaith 12-6-2013 10:14 PM
mijot posted on 12-6-2013 10:34 AM
TT kalau boleh, sila copy info yg ada kt thread terdahulu.
senang org nak rujuk.
kalau takde, mung ...

Yg mane ye sy perlu tolong copy.saya pun beginner jugak kat sini..boleh mintak tunjuk ajar


Quote aks_berhad 14-6-2013 06:30 PM
ermmm...tengah berkampung kt dlm bilik hotel nie. hujan dr sampai td....skalindgn ribut. patot la low season june, coz musim hujan. xbole nk g pipinisland. dah buk ground trip pg td. jenuh menawar....
Quote missLalak 14-6-2013 11:01 PM
saya pi 20-24 Aug!! ni. Harap2 cuaca ok time tu ork?
Quote cassriena 15-6-2013 09:04 AM
princ3ssfaith posted on 11-6-2013 08:52 PM
Baru check in aonang goodwill..memang x sangka bilik rm50 smlm..besar,bersih,free wifi,..

yg aonang goodwill ni dekat dengan pantai tak?  murahnya dapat rate RM50 tu
Quote princ3ssfaith 15-6-2013 11:06 AM
aks_berhad posted on 14-6-2013 06:30 PM
ermmm...tengah berkampung kt dlm bilik hotel nie. hujan dr sampai td....skalindgn ribut. patot la lo ...

Sama la.dua hari main hujan..semalam dh balik.
Quote princ3ssfaith 15-6-2013 11:07 AM
cassriena posted on 15-6-2013 09:04 AM
yg aonang goodwill ni dekat dengan pantai tak?  murahnya dapat rate RM50 tu

Jauh sikit..tp jalan2 smbil tgok kedai2. X rasa jauh sgt je..boleh sewa motor..hihi..x pun naik je tuktuk ...
Quote cmf_GAIA 15-6-2013 12:28 PM
standard ah rm50 tu.....kalo kat Krabi Town boleh dapat bilik RM30 lagi, ada wifi tapi takde ac
Quote smeetasmitten 15-6-2013 09:58 PM
Tumpang tanya, kita tak perlu visa kalau nak ke Thailand kan?
Quote nuds 15-6-2013 11:41 PM
kalau naik bas dr epot...bas berenti dpn mc d tak?? kena picit loceng ke ape...saya stay orchird
Quote princ3ssfaith 16-6-2013 01:27 AM
nuds posted on 15-6-2013 11:41 PM
kalau naik bas dr epot...bas berenti dpn mc d tak?? kena picit loceng ke ape...saya stay orchird

Tak perlu picit loceng.masa naik bas kat epot,terus bgtau nk ke hotel aonang orchird
Quote princ3ssfaith 16-6-2013 01:28 AM
smeetasmitten posted on 15-6-2013 09:58 PM
Tumpang tanya, kita tak perlu visa kalau nak ke Thailand kan?

Stakat saya ke krabi ni, visa x diperlukan..

Lihat semua komen(2514)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.338146 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top