CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pandangan Awal Ashaari Terhadap 'Haters'

18-8-2015 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 19726| Komen: 100

Description: Pasangan in, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sememangnya aktif memuat naik aktiviti mereka di laman sosial Instagram.
Oleh Adib Za

Pasangan in, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sememangnya aktif memuat naik aktiviti mereka di laman sosial Instagram.

Oleh yang demikian, tidak hairan selain menerima banyak sokongan dan komen membina daripada peminat mereka, kedua selebriti ini tidak terlepas daripada menerima kritikan demi kritikan daripada mereka yang dikenali sebagai 'haters'.

Ini termasuklah isu pakaian Scha yang dikatakan kurang sesuai baru-baru ini dan video anak mereka yang dijadikan bahan kutukan di kalangan netizen. 

Melihatkan situasi ini, Awal meluahkan reaksinya kepada mereka yang dipanggil 'haters' ini.

(Sumber foto: Instagram)


"Haters sentiasa mencari jalan untuk membenci, sebab itu mereka dipanggil dengan nama demikian. Kenapa kami perlu fokus kepada segelintir yang berfikiran negatif sedangkan masih ada ratusan ribu lagi yang cukup positif dalam menerima apa yang saya dan isteri paparkan di laman sosial?


"Justeru saya tidak terlalu memikirkan apa yang berlaku di laman sosial dengan terperinci kerana ia sekadar tempat untuk saya kongsikan gambar dan aktiviti harian kami. Kalau tak suka atau meluat, itu bukan masalah kami.

"Tiada apa yang perlu diperkatakan terhadap golongan negatif seperti ini. Bagi saya, mereka tidak wujud dalam kamus hidup ini, jadi ia sekadar membuang masa. Setiap institusi kekeluargaan ada cara yang tersendiri untuk dikendalikan. Keluarga saya tak mungkin sama dengan keluarga orang lain dan begitulah sebaliknya.

"Kepada mereka yang berasakan apa yang mereka lakukan itu sempurna, tidak mengapa. Teruskanlah berfikiran begitu asalkan jangan menghukum orang lain yang anda tak tahu sama ada apa yang mereka lakukan itu mungkin lebih betul, lebih baik atau mungkin lebih sempurna daripada apa yang anda mampu lakukan," begitulah luahan rasa Awal.

Kepada para netizen, kurangkanlah memberi pandangan negatif anda. Lebih baik melakukan sesuatu yang berfaedah daripada terus mengkritik itu dan ini. - CARI Infonet

(Sumber artikel: Beautifulnara)

14

Bagus
21

Marah
6

Terkejut
21

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_jeangrey 18-8-2015 04:37 AM
mak scha yg kerepot tu pun gigih berskirt paras lutut uolss....dah style keluarga diorg camtu...mmg takkan terima pandangan org luar
Quote LiveYourLife 18-8-2015 04:43 AM
Iyolah  awal!
Quote leezzaliza 18-8-2015 05:53 AM
Bior la.. Aku yg tanggung dosa bini aku.. Kate awal sotong
Quote Lunitun 18-8-2015 06:19 AM
lantak u lah awal n scha..asalkan uols bahagia
Quote Sandal 18-8-2015 07:10 AM
dah nak glamer sesangat, pakai je beg plastik ni skali.

Quote AshkieLa 18-8-2015 07:34 AM
ni laa dia org kata makin tua makin galaks menyeksi...
dlu rasa mcm x seksi sgt pun scha ni.. dan disukai ramai walau ala2 boyish..
la nih dah ade laki...dah ade anak... dah makin berumur... makin buang tebiat laks.. dgn sombong badak memasing
Quote fifie_olin 18-8-2015 07:36 AM
sejak kawin ni awal byk sentap dr scha..
scha diam jek mls nk kecoh
ape2 la awal
Quote larikesurga 18-8-2015 07:38 AM
awal dan akhir......
Quote alieyrina 18-8-2015 07:42 AM
Esok jd apa2 keta hilang ka minik hilang ka jgn duk mintak tolong kt orang...jgn duk suruh netizens cari..tp baju sha tu memg vass sgt..aku like !
Quote fuzzyfuzzy 18-8-2015 08:14 AM
bukan masalah kami konon..tapi ko juga yg asik menyentap...pstu respon tulis komen panjang2 kt IG ko tu...
kalo bukan masalah ko, tak yah la amik port...buat  dono sudah la...
Quote Nham22 18-8-2015 08:19 AM
Awal belom insaf lg..sbb Tuhan belom tarik nikmat die..die just excident then luka sana sini... belom sampai tahap hilang anggota badan ke ape..masih lg gigih awal ni..
Quote nyampuk 18-8-2015 08:20 AM
ko awal boleh tak jari tu jgn nak hazab sgt... dr dulu  meluat la awal ko kesah ker tak...masalah ko la


Quote batman_2007 18-8-2015 08:21 AM
Tahun bila ntah,Ada satu seluar awal pakai ikat dgn riben kuning. Nightmare aku tgk
Quote ninalee 18-8-2015 08:24 AM

"Pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Awal Ashaari serta anak mereka, Lara Alana sentiasa mencuri perhatian ramai."

aku nampak ni je mula2 baca. adoiii
Quote royaldanish 18-8-2015 08:37 AM
awal ni bongkak n sombong... kawan aku tgh sorong stroller ada baby die kat dalam skali keta mahal ni kemain eksenn laju bila kawan aku toleh tgk2 awal sehariannn bawa keta... mengada nau..

Scha ok sikit...adik dia Marissa tu mmg berabis tayang perut... baju raya pesenn apa ntah yg tayang perut dia pakai...studi Ostolia katakan
Quote aqilalala 18-8-2015 08:38 AM
awal menjawab tak relevan lansung..jawapan cliche je bagi..
mcm baca skrip..org dok komen pasal bini dia seksi.bukan isu haters ke apa...

cuba la jawab pasal skirt jarang tu..tau pulak takut nak jawab pasal keseksiannnn
Quote budakmanentah 18-8-2015 09:08 AM
cmf_jeangrey replied at 18-8-2015 04:37 AM
mak scha yg kerepot tu pun gigih berskirt paras lutut uolss....dah style keluarga diorg camtu...mmg  ...

haah...aku pon terkejut tgk mak scha pakai skirt tu...daring sungguh
Quote tomet05 18-8-2015 09:10 AM
aper der  hal lah kan
Quote ridz09 18-8-2015 09:18 AM
budakmanentah replied at 18-8-2015 09:08 AM
haah...aku pon terkejut tgk mak scha pakai skirt tu...daring sungguh

Gambo ade tak, nak jugak nengok kedaringan mak schawan ni, hehe

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057889 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top