CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama.
Untuk maklumat lanjut:
Klik sini
DescriptionPada Selasa, 18 Ogos, panda gergasi betina Liang - Liang yang menjadi ikonik hubungan Malaysia-China telah selamat melah ...
ADVERTISEMENT
Oleh :
Dean BZ
Pada Selasa, 18 Ogos, panda gergasi betina Liang - Liang yang menjadi ikonik hubungan Malaysia-China telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 petang tadi di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara.
Memetik laporan thestar.com.my, nitizen mula mencadangkan pelbagai nama menarik untuk anak panda gergasi itu. Salah satu nama yang paling banyak dicadangkan adalah Merdeka, sempena kelahiran panda gergasi itu pada bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan buat Malaysia.
"Merdeka," cadang pengguna Facebook bernama Vijyah Balakrishnan.
Gin Hsia pula mencadangkan
'Harapan' manakala Danny Wong mencadangkan nama
'Ling Ling'.
Namun, ada juga komen-komen berbaur sindiran agar panda itu dinamakan sebagai ‘derma’. -
CARI Infonet.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My