CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Fakta Bercinta Dengan Lelaki Lebih Muda

21-8-2015 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12999| Komen: 30

Description: Kata orang jika pasangan jauh lebih muda, kita nampak awet muda ...
Oleh Izzah Abbasy

Jika kita lihat trend artis pada hari ini, lebih memilih lelaki muda berbanding yang sudah matang. Bukanlah juga trend, ini soal jodoh. Betul tak? jika sudah berjumpa yang serasi dan memahami, apa salahnya.



Tapi, terdapat baik dan buruknya bercinta dengan lelaki lebih muda ini.

Yang Baik

1. Mungkin awet muda.
Kata orang jika pasangan kita jauh lebih muda, kita akan curi sedikit awet muda dari pasangan. Rakan-rakan takkan tahu yang si dia jauh lebih muda dari kamu kerana mungkin cara kamu berdua bercinta membuatkan nampak sebaya.

2. Mungkin mereka ini lebih manja.
Ada sesetengah wanita yang suka memanjakan pasangan mereka. Dan tak semua lelaki suka dimanjakan lagi-lagi lelaki yang berusia. Tapi berbeza dengan lelaki muda, mereka lebih suka di belai dan dimanjakan pasangan sebab itu dia memilih kamu!

Yang Buruk

1. Kurang matang.
Risiko bercinta dengan lelaki muda adalah dari segi kematangannya. Ia sedikit mencabar apabila kamu perlu beralah untuk beberapa perkara kerana sikapnya yang kurang matang. Jadi harus banyak bersabar melayan kerenah si dia yang muda!

2. Disebabkan kewangan.
Ya, mungkin juga. Jangan expect lelaki muda mempunyai kewangan yang kukuh, kalau ada pun cuma segelintir. Silap haribulan kamu yang perlu menyara si dia.

3. Komitmen.
Lelaki muda selalunya belum puas lagi dengan zaman bujangnya jadi untuk settle down akan menjadi list terakhir baginya. Usia kamu semakin meningkat dan rasanya dah tiba masa untuk berkahwin tapi rasanya bukan untuk dia. - CARI Infonet


Sumber asal : Majalah EH

26

Bagus
25

Marah
38

Terkejut
31

Sedih
30

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ieja_p2_bumbum 23-6-2015 08:09 AM
suami iols lebey muda setaon dari iols... tapi iols rasa dia lagi matang dari iols......
Quote freakashpop 23-6-2015 12:04 PM
Age is just a number. Hehehe. BF aku muda setahun dari aku. Tapi aku lebih nampak awet muda dari dia dari segi kematangan, no komen. Ada masa dia nampak matang terutama masa dia handle aku masa aku tengah marah and x berapa nak waras (biasa la perempuan). Ada masa pulak dia buat perangai tak matang, aku rasa bukan faktor umor, tp sebab dia anak bongsu (dia more chill), aku pulak anak sulong (seriusss manjang) Bab manja pulak, ok itu aku tak nafikan
Quote mattzzx 23-6-2015 12:56 PM
anak ikan lah tu.....
Quote kambeng_masam 23-6-2015 01:54 PM
beng umur muda setahun dari wife.....beng salu cakap kat dia yang beng ni ''hanak ikan'' dia...
Quote ms_meow 23-6-2015 07:59 PM
Me umo 29 n bf umo 21
Quote Wakai 24-6-2015 03:48 PM
ok sahaja..rasanya tiada masalah asalkan yg lelaki tu lgi matang daripada si perempuan
Quote midori888 24-6-2015 04:08 PM
stakat 1-5 tahun beza takde apa sgt...lain lah kalu beza 10-15 tahun or more....mamat tu dibesarkan zaman 2000an, ko plak dibesarkan zaman 80an....baru lah rasa bezanyer....nie stakat 1-5 tahun apa lah sgt....
Quote dinamokiev 25-6-2015 09:53 AM

BF nak main2 je tu
Quote ms_meow 25-6-2015 10:07 PM
dinamokiev replied at 25-6-2015 09:53 AM
BF nak main2 je tu

Me  pn xserius ng dia..kalo ada jdoh ada.. dlm ms sma bkwn ng org laim gak..
Quote potpetpotpet 26-6-2015 09:24 AM
betul.. age is just a number. kalau couple ngan orang lg berusia pon tapi x matang nak wat pe.. makan hati je..
Quote Gadis_sarawak 26-6-2015 10:31 AM
Suami iols muda 4 thn dri iols..sblom khwin kalau boleh tak nak lelaki muda dari iols takut lelaki  tu tak matang dan tak boleh bimbing iols serta tak stabil dari segi ekonomi...tapi sekarang alhamdulilah en.suami matang dan boleh bimbing..rs macam iols lak yang tak berape nak matang..hahaha..
Quote mawarika 26-6-2015 01:39 PM
Husband age 21 me 31
Quote vespa_oren 26-6-2015 06:15 PM
Housemate aku 2 org dah kawen bini lagi tua dri diaorg, aku yg agak berumur pun masih xkawen2 lagi
Quote kucingsenyum 6-7-2015 04:27 PM
ex bf muda 4 tahun...
x matang..manja..
x pandai nk selesaikan masalah sendiri(x berdikari)...
mula2 tahan lagi..
lepas 2 tahun I mintak putus...
sbb dia belum matang lagi....

pengalaman...
Quote suka2 8-7-2015 02:09 PM
pengalaman. xbf muda 3 thn. mula2 kawan tu ok xnampak ciri2 tak matang dsb. sangat ambitious, berkarisma, blablablaa... tapi bila dah makin close dan dia confess nak ada serius relationship dengan aku lama2 aku perasan yg makin lama makin nampak ciri2 tak matang. nak buat apa semua tanya aku dulu. lama2 aku rasa mamat ni bkn nak gf ke hapa. dia just nak kakak angkat kot buang masa aku betol...
Quote emerald-jade 9-7-2015 08:02 AM
beza 4 years.. but he more matured than me.. aku lagi manje..hihi..

career wise: both excel so xde rasa die lagi rendah.. lagi rasa dia much superior than me..
fincancial wise: both stable, selalu ckp kat aku takde duit bagi tau.. ni nak balik raya ni tanye ade duit ke tak?
investment wise: we both into investment.. both ade own properties, he invest more than me...
Quote barfi 6-3-2016 02:11 PM
I tak pernah berhubungan dengan lelaki lebih muda. Tapi pernah berhubungan dengan lelaki lebih tua. Tua 27tahun dari I.

Tapi kisah lama la.
Jijik betul perangai. Tua bangka pun masih nak enjoy macam org muda. Nak main game for the whole day. Asyik nak berkaroake je. Karoake pulak lagu budak2 muda.
Pastu nak melaram macam org muda je. Bawa heavybike bmw. Puihhhhhh.
Nasib baik ko dah berambus dari hidup aku.
Quote aciik 6-3-2016 05:01 PM
tua bangka tu nak main jer tu....
Quote AshSiddiqa 7-3-2016 11:52 AM
suami aku muda 2 thn jer dr aku.. ms knal tu dia 19thn ..aku 21thn..

Alhamdulillah dh 12 thn, dia mmg lebih matang dr aku.. dan dia sangat manjakan aku.. heheh.. dan dia bfikiran lbh jauh dr aku..  

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.088147 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top