Kes panahan petir dalam negara ini dilaporkan berada di tahap yang agak tinggi iaitu dengan jumlah 230 orang.
Jumlah tersebut dikutip untuk tempoh tujuh tahun lalu dan ia lebih tinggi berbanding negara lain, memetik laporan Harian Metro.
Ini dijelaskan oleh Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir yang berkata,
“Kajian yang dibentangkan itu melihat terdapat 230 mangsa petir dalam tempoh tujuh tahun dan sudah tentu ia dianggap tinggi. Apa yang dapat dilihat juga, berdasarkan kes yang dilaporkan berlaku di negara ini juga terdapat beberapa insiden membabitkan lebih daripada seorang.
“Ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan bilangan mangsa akibat panahan petir. Jika kita ambil contoh di Amerika Syarikat (AS), nisbah kematian mangsa akibat panahan petir ialah 0.6 per satu juta penduduk,” ujarnya menerusi akhbar tersebut. - CARI Infonet